Monday, April 18, 2011

Perbetulkan niat...





Setiap insan yang dilahirkan didunia ini mempunyai matlamat hidup masing-masing...namun begitu setiap langkah perjalanan hidup kita tidak terlepas dari cubaan dan dugaan dari Allah. Persoalannya...mampukah kita kita mengharungi setiap halangan yang mendatang...dengan tuntutan dunia ini yang semakin hari semakin mendesak kita melakukan pelbagai perubahan...


Kaum wanita adalah kaum yang amat istimewa...insan yang dilahirkan dalam segala kelemahan ini memerlukan bimbingan dan pimpinan dan insan yang bergelar lelaki...Adakah diluar sana kaum adam yang mampu untuk menjadi pemimpin yang baik .... melihat kepada dunia hari ini...kaum adam yang semakin pupus dari segi akhlak dan sahsiah yang mahmudah....rasanya amat mustahil boleh menjadi ketua dan pembimbing yang baik....tapi kuasa dan kudrat Allah tiada siapa dapat menafikannya.....hanya doa dipanjatkan agar hidayah dan petunjuk sentiasa mengiringi perjalanan hidup ini.


Begitu sukar untuk bertemu dengan sang pria yang mampu menjadi pembimbing kepada kaum hawa....jika dilihat diluar sana...betapa ramai kaum lelaki yang bergelar bapa...suami..abang...hanya melihat sahaja kemungkaran yang dilakukan oleh ahli keluarganya..dimanakah suara-suara lantang yang memperjuangkan kalimah dan syariat Islam...takutkah kalian dengan ahli keluarga sendiri sehingga tega membiarkan terus dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah... Betapa ramai ibubapa hari ini yang begitu berfikiran terbuka sehingga kehidupan dan pergaulan anak-anak menyerupai kaum musyrikin...berbanggakah mereka apabila dengan cara pemakaian anak-anak mereka yang sentiasa mengikut peredaran zaman...sehingga melanggar batas-batas syariat..


Apakah punca kepada permasalahan ini...ilmu dan penghayatan kepada ilmu itu merupakan satu daripada jawapan persoalan tersebut...kemajuan yang dikejar.kemewahan yang diimpikan memaksa manusia hari ini melupakan tujuan sebenar insan dilahirkan kedunia ini...." tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu "...itulah mafhum ayat yang mesti dihayati...seandainya kita sentiasa mengingati firman Allah tersebut insyaAllah hidup kita akan sentiasa berada dilandasan yang benar..sebab itu kita dianjurkan supaya sering mengingati kematian....dan itulah tanda-tanda orang yang bijak....agar dengan itu kita akan takut untuk melakukan kemungkaran terhadap Allah...


Kesedaran terhadap pentingnya ilmu semakin berkurangan...apa yang menjadi tumpuan adalah ilmu fardu kifayah semata dan meminggirkan keperluan ilmu fardu ain...kalau adapun hanyalah sekadar memenuhi tuntutan akademik semata... apa pun sebelum terlambat...betulkan niat kita agar kita tidak tersasar jauh dari matlamat hidup dan tujuan sebenar kita diberi peluang menikmati keindahan hidup yang bersifat sementara ini.......


Sebagai wanita yang bergelar ibu......jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dalam mendidik zuriat yang dianugerahkan oleh Allah....Buat wanita yang bergelar isteri......tumpukan ketaatan buat suami tercinta dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah....... jua tak lupa wanita yang bergelar anak kepada ibubapa yang bertuah.... selamilah jiwa ibu kita yang sering menangis dek keterlaluan dan keterlanjuran bahasa dan tingkahlaku yang mengguris hati dan perasaan....tidak berbekaskah segala pengorbanan dan susah payah mereka membesarkan kita.........jangan lupa ....... segalanya nanti akan diperhitungkan dihadapan Tuhan Rabbul Jalil......