Sunday, November 20, 2011

Mencintaimu Dalam Diam...............



Cukup cintai dalam diam,
Bukan kerana membenci hadirnya,
Tetapi menjaga kesuciannya,
... Bukan kerana menghindari dunia,
Tetapi meraih syurga-NYA,
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya,
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.
Cukup cintai dari kejauhan
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
Menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi?
“... boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
Kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
Nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
Gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
Kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dengan cara-Nya yang tersendiri.
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

No comments:

Post a Comment