Monday, June 21, 2010

Menangis Suatu Terapi dan Perubatan




Air mata tidak keluar dengan sebab tertentu kecuali ia menjdi faktor penting yang bukan hanya dapat membersihkan mata daripada racun, namun juga dapat membantu tubuh membuang racun-racun. Dengan hal demikian, akan muncul ketenangan jiwa.



Al-Quran memuji orang-orang selalu menangis yang disebabkan mencapai tahap makrifatullah kepada Allah dan kerana takut kepadaNya. Di dalam sebuah hadis ada dinyatakan yang bermaksud " Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.



Menangis adalah merupakan keharusan bagi lelaki dan perempuan pada zaman ini, kerana menangis mempunyai faedah kesihatan yang cukup banyak dan bermacam jenis. Menangis bukanlah tanda lemah dan tidak dewasanya seseorang itu. Bahkan menangis merupakan terapi kesihatan yang sangat berguna dan bermanafaat yang dapat digunakan dalam mengubati penyakit-penyakit berbahaya. Perkara ini sesuai dengan kenyataan berikut :

menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan dari tubuh manusia. Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.
otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.

menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. Setelah menangis kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya sehingga akan muncul perasaan tenang.

apabila anda berada pada satu ketika di mana menangis itu dibolehkan dan secara sosial dapat diterima, maka demi kesihatan anda, janganlah anda merasa ragu-ragu untuk menangis dan melepaskan perasaan sedih atau emosi yang terpendam di dalam batin anda.

menangis amat berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi kita, kesalahannya apabila kita mengekang keinginan menangis ketika kita dihadapkan pada keadaan yang mengharuskan kita menangis.

air mata mengandungi berbagai-bagai hormon yang dikeluarkan oleh tubuh ketika kita mengalami ketegangan jiwa. oleh sebab itu semasa kita menangis hormon-hormon ketegangan itu dengan sendirinya hilang.
Menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. menangis juga dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan setelah ia keluar dari pejabat.

Oleh yang demikian ... menangislah ! ...kerana menangis itu adalah ubat...

No comments:

Post a Comment