Saturday, May 29, 2010

Untuk Renungan ..........


• Luqman al Hakim ra: "Hai anakku, dunia itu adalah lautan, sedangkan iman
adalah perahu. Pelautnya adalah ketaatan dan pantainya adalah akhirat.
. Seluruh ubat adalah dalam BERSERAH DIRI kepada ALLAH, memutuskan sebab-sebab
dan mencabut dari para pemiik dari segi hatimu. Ubat itu adalah dalam
mentauhidkan ALLAH dengan hati tidak dengan lisan saja.
• Kebenaran itu di dalam hati, rahsia dan pengertian-pengertian sedangkan yang
batal adalah berada di dalam hawa nafsu, naluri, adat kebiasaan, dunia dan apa
yang selai Allah azza wa jalla. Hati ini tidak beruntung sehingga ia berhubungan
dengan dekat kepada Allah azza wa jalla yang qadim, azali dan kekal abadi.
• Imam Asy Syafi'i dan Imam Ahmad r.a berkata: "Pena itu makhluk sedangkan yang
tertulis di dalamnya itu bukan makhluk dan hati itu makhluk sedangkan yang
dihafal di dalamnya (Al Quran yang dihafal) adalah bukan makhluk."
• Nabi Muhammad saw bersabda dan bermaksud:- "Di dalam diri anak Adam (manusia)
terdapat segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik maka baiklah seluruh
tubuhnya dan apabila segumpal daging itu rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya,
ketahuilah itulah hati".
• "Bukan semua yang kamu suka & sangkakan BAIK itu SEBENARNYA baik untuk kamu,
sedangkan ianya dibenci oleh Allah...Dan bukan semua yang kamu benci itu buruk
bagi kamu, sedangkan SEBALIKNYA ia di sukai oleh Allah...
• "Ikhlaslah menjadi DIRI sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah."
• "Orang yang paling berkuasa, adalah orang yang menguasai DIRInya sendiri"
• Perkataan yang paling indah ialah ALLAH; Lagu yang paling lunak adalah AZAN;
Kitab Suci yang paling sempurna ialah AL-QURAN; Senaman yang paling afhdal di
dunia adalah SOLAT; Sakhsiah yang paling dituntut adalah mengikut SUNNAH
RASULULLAH s.a.w.

Thursday, May 27, 2010

Novel Remaja "INSYIRAH"


Sebuah novel remaja Islam amat sesuai dibaca oleh semua para remaja di luar sana. Novel ini suamiku beli untuk dihadiahkan kepada anak buahku yang bernama " Nurul Insyirah". tetapi buat masa ni novel tu aku simpan dulu tunggu dia dah masuk alam remaja ( sekolah menengah ) nanti baru aku hadiahkan buku tersebut. Sebenarnya jauh disudut hatiku ingin sekali agar insyirah menjadi seperti seperti watak insyirah dalam novel tersebut. Aku amat tertarik dengan watak insyirah yang berjaya mengharungi suka duka dan liku-liku alam remaja yang mana sekarang ni sukar sekali untuk mncari seorang remaja yang begitu berpegang teguh dengan dengan adab-adab keislaman yang diterapkan ibu dan bapanya semenjak kecil. Alam persekolahan yang kita lihat sinonim dengan budaya "couple " dan seolah-olah menjadi satu kemestian bagi mereka jika tidak mereka dianggap ketinggalan dalam pergaulan dan dunia remaja. Namun begitu budaya tersebut bukanlah ditolak mentah-mentah oleh bapa insyirah sebaliknya ianya dibenarkan dengan bersandarkan kepada syariat Islam mesti terus dipertahankan dan jangan dipinggirkan. Inilah yang menjadikan novel ini seronok dan menarik untuk dibaca. Ada baiknya jika remaja diluar sana berpeluang memiliki novel ini dan menghayatinya sendiri.....Novel ini telah memenangi novel remaja terbaik...

Cuti Persekolahan............

Hujung pertengahan semester sekolah masing-masing bergelut dengan peperiksaan pertengahan tahun. Jika kanak-kanak sibuk mengulangkaji pelajaran, ibubapa pula bersama-sama menemani anak-anak, para guru pula resah gelisah memikirkan kertas-kertas soalan yang akan diperiksa sepanjang cuti persekolahan. emmmm..... alamatnya terperuklah kat rumah cuti ni. Segala perancangan terpaksalah ditangguhkan dulu. Nampaknya akupun salah seorang daripada orang yang terpaksa mengurung diri di rumah menghabiskan kertas jawapan yang belum selesai diperiksa. Kalau boleh hajat di hati cuti ni nak bawa anak buah aku berjalan-jalan dan dok di bahau atau di seremban. Tengoklah macam mana kalau sempat balik kampung, kidnap budak-budak tu untuk seminggu. Masalahnya awal cuti ni ada pulak " kem perkampungan ilmu " untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 hai apa nak buat.........

Thursday, May 20, 2010

pancaroba remaja

Saban hari kita dihidangkan di dada-dada akhbar tentang salah laku remaja yang semakin hari semakin membimbangkan. Apakah kita sebagai masyarakat hanya melihat dan mendengar sahaja tanpa sebarang reaksi. Persepsi masyarakat lebih suka menunding jari ke arah guru-guru dan kononnya para guru gagal memainkan peranan mereka sebagai pendidik, dengan meletakkan tanggungjawab mendidik ke atas bahu guru, ibu bapa seolah-olah lepas tangan mendidik anak mereka. Tumpuan yang lebih kepada ilmu fardu kifayah menyebabkan ibu bapa sanggup berhabisan kerananya sedangkan keperluan ilmu fardu ain dikesampingkan sahaja dan ada kalanya terus diabaikan. Hasilnya ...... kita lihat sekarang ini para remaja tidak mempunyai benteng diri yang kukuh untuk mengharungi pancaroba dunia yang semakin mencabar. Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa ilmu agama merupakan jawapan kepada segala permasalahan yang wujud pada hari ini. Cuba tanya pada diri kita sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan ajaran Allah dalam kehidupan kita. Kesibukan mencari harta menyebabkan kita alpha tanggungjawab kita terhadap Allah. Tumpuan terhadap anak-anak hanya sekadar menyediakan keperluan fizikal mereka tanpa mengambil kira keperluan spiritual mereka. Remaja hari ini lebih terdedah kepada internet yang merupakan penyumbang terbesar gejala tidak sihat dan memenuhi kehidupan remaja mereka dengan aktiviti tidak sihat, oleh itu menjadi tanggungjawab kita semua memantau dan mencari jalan supaya para remaja tidak terpengaruh dengan budaya barat yang hanya ingin menghancurkan remaja Islam..........