Thursday, May 20, 2010
pancaroba remaja
Saban hari kita dihidangkan di dada-dada akhbar tentang salah laku remaja yang semakin hari semakin membimbangkan. Apakah kita sebagai masyarakat hanya melihat dan mendengar sahaja tanpa sebarang reaksi. Persepsi masyarakat lebih suka menunding jari ke arah guru-guru dan kononnya para guru gagal memainkan peranan mereka sebagai pendidik, dengan meletakkan tanggungjawab mendidik ke atas bahu guru, ibu bapa seolah-olah lepas tangan mendidik anak mereka. Tumpuan yang lebih kepada ilmu fardu kifayah menyebabkan ibu bapa sanggup berhabisan kerananya sedangkan keperluan ilmu fardu ain dikesampingkan sahaja dan ada kalanya terus diabaikan. Hasilnya ...... kita lihat sekarang ini para remaja tidak mempunyai benteng diri yang kukuh untuk mengharungi pancaroba dunia yang semakin mencabar. Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa ilmu agama merupakan jawapan kepada segala permasalahan yang wujud pada hari ini. Cuba tanya pada diri kita sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan ajaran Allah dalam kehidupan kita. Kesibukan mencari harta menyebabkan kita alpha tanggungjawab kita terhadap Allah. Tumpuan terhadap anak-anak hanya sekadar menyediakan keperluan fizikal mereka tanpa mengambil kira keperluan spiritual mereka. Remaja hari ini lebih terdedah kepada internet yang merupakan penyumbang terbesar gejala tidak sihat dan memenuhi kehidupan remaja mereka dengan aktiviti tidak sihat, oleh itu menjadi tanggungjawab kita semua memantau dan mencari jalan supaya para remaja tidak terpengaruh dengan budaya barat yang hanya ingin menghancurkan remaja Islam..........
Subscribe to:
Posts (Atom)