Setiap kejadian Allah ada sebab dan ada musabbah.....dan Allah jua sering kali memberi alamat dan petanda sebelum sesuatu perkara terjadi.....ini semua membukti keadilan Allah kepada hambaNya...malangnya hanya hamba yang alpha akan petanda yang diberikan...
Setiap perkara yang dijadikan oleh Allah s.w.t mempunyai
tanda dan dalilnya. Ini kerana setiap perbuatan Allah s.w.t ada hikmahnya –
Cuma tidak semua manusia dapat mencapainya. Ini kerana isti’dad (kesediaan)
untuk menerima ilmu dan tajalli ini adalah menurut usaha masing-masing. Di sini
diperturunkan beberapa tanda kewalian ( tahap terakhir jalan Sufi iaitu menjadi
Kekasih Allah s.w.t). Antaranya:
Mempunyai lebih
dari satu nama rahsia
Disahkan sebagai
“gembala “ Allah s.w.t (tanda awal) – sebabnya , selepas ini mereka perlu
mengembala manusia.
Terbuka langit
ketika ditalqinkan (tanda awal)
Banyak kali
berjumpa dengan Nabi Khidr a.s (selalunya dalam keadaan jaga) – riwayat tentang
Nabi Khidr a.s sudah wafat ini tidak benar sebab mereka mengira Nabi Khidr a.s
hidup di alam bumi ini sedang tempat hakikinya di tempat lain. Yang pasti
mereka yang berkata demikian (walaupun bertaraf Imam )i.e berijtihad demikian
kerana mereka sendiri tidak pernah berjumpa dengan Nabi Khidr a.s apalagi
belajar dengannya.
Sudah berjumpa
dengan semua 25 nabi a.s termasuk 313 nabi , ahli Badar dan ahli Uhud.
Kadang-kadang khususan dengan 14 syahid Badar.
Dianugerahi oleh
Allah s.w.t Selawat dan Istigfar sendiri
Dibimbing secara
ladunni oleh Nabi tertentu juga para malaikat yang 4 ( Jibrail, Mikhail,
Isrofil, Izroil (a.s) dan seorang sahabat yang 4 ( Saidina Abu Bakar, Umar ,
Utsman dan Ali r.anhum)
Kedudukan tertentu
sebagai ahli Baits ( ini seperti sabda Rasulullah s.a.w terhadap Salman r.a ) –
samada disahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri atau Saidatina Fatimah r.a .
Pengesahan wilayah
oleh gurunya dengan dihadiri para maliakat , wali qutb dan Rasulullah s.a.w
sendiri beserta beberapa Nabi a.s lain (khasnya yang pernah mengajarnya secara
ladunni).
Menyintai orang Arab – ini kerana seorang
Sufi ini bila berjumpa para Nabi a.s dan para malaikat a.s semua mereka
berjubah dan beserban –iaitu berpakaian seperti seorang Arab. Itu sebabnya,
salah satu panggilan Nabi s.a.w ialah “ Ya Arabiyyun”.
Selalu duduk dalam
sabar dan syukur ( tanda awal) . Contohnya tuduhan dan fitnah banyak berlaku .
Nabi s.a.w sendiri dituduh orang gila. Nabi Sulaiman a.s dituduh seorang
pengamal sihir. Oleh itu , dia yang duduk dalam sabar dan syukur ini tahu
bagaimana dan untuk apa ayat “ Innahu min Sulaiman wainnahu Bismillah ArRahman
ArRahim” digunakan.
Kesimpulannya
Sebarang tulisan dan huraian tentang Sufi dan amalan Sufi
mestilah dilakukan oleh orang yang sudah mengalaminya. Menjadi satu kesalahan
jika orang yang tidak bertarekat dan menjalani perjalanan Sufi menulis
tentangnya sebab selok belok dan liku –liku perjalanannya agak rumit dan
memerlukan banyak mujahadah serta tunjuk ajar daripada guru yang mursyid.
Seperti yang dihurai oleh seorang ahli Sufi mazhab Shafie ,
Ala adDawlah as Simnani ((1261-1336) dalam kitabnya Syaqaiq al Hada’iq) , jalan
Sufi diumpamakan sebagai sebuah pohon :
Dosa dan taubat adalah akarnya, pembebasan diri ( dari
kepentingan duniawi) dan pengasingan diri adalah kulitnya , pengakuan akan keEsaan
Allah adalah buahnya , kesabaran , kesucian, ketelusan dan kesalihan adalah
daunnya; doa (wirid) , malu, kasih sayang dan kesetiaan adalah bunganya ;
kemiskinan , peleburan diri (fana’) , keberhasilan dan keselamatan adalah
ranting- rantingnya.
No comments:
Post a Comment