Wednesday, November 5, 2014

TEMBOSA / KARIPAP IKAN






Assalamualaikum...pagi tadi sarapan tembosa/karipap ikan....nak bagitau kulit karipap ni tersangat rangup...6 jam pun still lagi rangup walaupun sejuk...pada kawan2  saya kalu nak cuba ini resepinya...

1 1/2 cawan gandum
1sb penuh tepung beras
1sb penuh tepung ubi
1/2 sb gula
secubit garam

 
1 1/2 sb marjerin atau shortening terpulang (saya punya guna shortening)
4 sudu besar minyak panas
air secukupnya (saya guna air sejuk peti ais)


Cara-caranya:

gaul bahan2 kering gandum, tpg beras, tpg ubi, gula, garam, shortening/marjerin
kemudian curah minyak panas dan gaul lagi
dan curah air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat ditangan dan lembut
gelek doh tadi nipis dan guna acuan karipap dan isi inti kesukaan anda
goreng dlm api sederhana panas
insyaallah jadi licin molek je


inti ikan plak..

ikan kembung 2 ekor direbus
bawang merah 2 biji sederhana besar
bawah putih
lada hitam ditumbuk kasar
kelapa kering sedikit optional*
dan santan sedikit sahaja

ikan diambil isi diblend dengan bawang merah, bawang putih dan halia sedikit
panaskan kuali dan 2 sudu minyak masak
tumis bahan2 blend tadi dan 3 sudu santan
perasakan
masukkan kelapa kering dan lada hitam
kacau sehingga agak2 kering dan nampak berketul2 cantik..

MEE CALONG





Semalam punya cite..rai tetamu dengan mee calong...bertambah2x tetamu tu makan mee calong ni..3x tau hehehe.mee calong yang terkenal di sekitar Kuantan terutama Beserah, Sg Karang dan balok...dr kecik sampai le besar ...tak pernah jemu...mak selalu duk masak mee calong ni...ni belajor dari mak le ni..tapi kalau kat kampung Beserah ni mmg banyak kedai2 yang jual mee calong ni..

Resepi..

Mee kuning @ mee lidi dicelur @ mee hoon dicelur
daun sup + daun bawang dipotong halus
bawang goreng
nak special sikit tambah telur yang direbus dlm kuah mee calong...

Kuah Calong
air 1 periuk
lada sulah


setengah genggam bilis (ditumbuk)
bahan tumis (2 biji bawang besar + 2ulas bawang putih dimayang halus, kayu manis, bunga lawang digoreng dlm minyak panas hingga layu tp jangan sampai garing sangat ye)
daun bawang +daun sup potong kasar2


Cara-caranya:

masak air 1 periuk, masukkan lada sulah kemudian masukkan bilis tumbuk..agak2 dah mendidih masukkan bahan tumis tadi..dan masukkan daun bawang dan sup slow kan api perasakan dgn garam dan perisa

butir ikan dan keropok lekur (2 in 1)
1 kilo ikan kembong diambil isi sahaja
1 1/2 cawan tpung ubi kayu@kanji
1-1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecik ajinomoto
3/4 cawan air ais


1 periuk air mendidih masak atas dpur
blend semua sampai hancur dan sebati (rasa dulu ok ke tak kalau tawar tambah garam)
amik sikit tpg ubi letak kat tangan dan amik sikit adunan ikan tu bulat2kan kecik2 je..buat separuh adunan separuh adunan lagi boleh buat kopok lekur..
adunan butir yang dibulat2kan masukkan dlm air menddih masak hingga butir terapung..tunggu dlm 5 minit baru angkat

KUIH BOM IKAN





Hari ni nak share kuih paling ganas dan paling bahaya... hehehe Kuih Bom Ikan @tepung paung insyaallah tak meletup pun walaupun letup2 manja.. diam2 je masuk minyak...baik betul kuih bom ni dan insyaallah hasilnya pun bulat2 comel je.. kene betul2 ikut step ni masa nak goreng..semoga bermanfaat dan selamat mencuba:

Resepinya

2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tpung gandum
sedikit garam
2 sudu kelapa parut/kering terpulang nak isi pun boleh tak isi pun boleh
1 cawan air - jgn curah sampai habis nanti lembik..agak2 kalau tak lekat kat tangan tu ok


cara-caranya

dlm satu bekas, campurkan tpg pulut dan tpg gandum, kelapa parut/kering dan garam...sebatikan
kemudian curah air sedikit demi sedikit sehingga tak lekat kat tangan.. adunan ni tak keras dan tak lembik..mcm nak buat onde2.. tutup kejap adunan ni ngan kain tau plastik elak dia keras..


inti sambal ikan + kelapa
3 ekor ikan kembung
2 biji bwang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1cawan santan cair
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
garam, gula
1/2cawan kelapa parut - 


kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan
ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus..air rebusan jangan dibuang .. kemudian ambil isi ikan sahaja

Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi..n tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar

kemudian menggunakan kuali.. panaskan 1 sudu minyak..masukkan bahan kisar tadi ..masukkan santan, lada hitam garam gula.masukkan kelapa tadi .. kemudian rasa dah ok.kacau sebati sehingga agak kering..siap
bulatkan2 doh sebesar kuih onde2/kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh...leperkan diatas tpak tangan..kemudian taruk inti ikan..tutup balik dan bulatkan balik...buat sampai abis adunan..

lebihan serunding ikan ni bolehla di simpan freezer utk kegunaan akan dtg..nak buat pulut serunding ikan ke..nak buat nasi kerabu ke..nak buat pulut panggang ke dll

panaskan minyak dlm periuk /kuali ..minyak tu kalau boleh biarlah banyak mcm nak mcm cucur pisang tu... panaskan minyak..dah panas. nak tau minyak tu panas atau tidak..cuba letakkan sikit aje (secoet)adunan..kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas .tutup api/alihkan sebelah yang takde api ..biar sekejap dlm 2 minit..masukkan doh2 tersebut dlm minyak tadi..jgn dekat2 kan ye sbb ia melekat nanti..dlm 2 minit kemudian baru bukak api dapur/letak kat api ... buka api perlahan ye..
goreng dlm 3 minit api perlahan kacau2 la kuih tersebut... kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning..angkat... kalau lama sangat nanti keras plak kuih ni..

DAGING DENDENG






Dendeng Daging sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat... dendeng ni nak makan esok pagi tapi dah tinggal semangkuk kecik je..anak2 makan dengan nasi panas tadi..
Resepinya

Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar


bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang


Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa


bahan D
air rebusan daging


Cara-caranya

Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap


Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk  guna lesung batu buat sampai habis
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan

skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..

*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba

Kuah Yong Tau Fu





Resepinya Kuah Yong Tau fu

10 tangkai cili kering
gula melaka atau 2 sudu gula merah
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto


Cara-cara

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api
    yang kecil. jangan lama sangat ye nanti hangus dan hasil pun kurang sedap
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. tapis supaya hasil
    pun cantik..
3. panaskan air bersama gula melaka. tapis ye takut ada pasir2 halus...
4. kemudian cili yang telah dikisar tadi dan air gula serta belacan.
    setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
   

masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).