Monday, June 4, 2012

Seorang Sufi....Tanda-tanda Kesufian....




Setiap kejadian Allah ada sebab dan ada musabbah.....dan Allah jua sering kali memberi alamat dan petanda sebelum sesuatu perkara terjadi.....ini semua membukti keadilan Allah kepada hambaNya...malangnya hanya hamba yang alpha akan petanda yang diberikan...
Setiap perkara yang dijadikan oleh Allah s.w.t mempunyai tanda dan dalilnya. Ini kerana setiap perbuatan Allah s.w.t ada hikmahnya – Cuma tidak semua manusia dapat mencapainya. Ini kerana isti’dad (kesediaan) untuk menerima ilmu dan tajalli ini adalah menurut usaha masing-masing. Di sini diperturunkan beberapa tanda kewalian ( tahap terakhir jalan Sufi iaitu menjadi Kekasih Allah s.w.t). Antaranya:

    Mempunyai lebih dari satu nama rahsia
    Disahkan sebagai “gembala “ Allah s.w.t (tanda awal) – sebabnya , selepas ini mereka perlu mengembala manusia.
    Terbuka langit ketika ditalqinkan (tanda awal)
    Banyak kali berjumpa dengan Nabi Khidr a.s (selalunya dalam keadaan jaga) – riwayat tentang Nabi Khidr a.s sudah wafat ini tidak benar sebab mereka mengira Nabi Khidr a.s hidup di alam bumi ini sedang tempat hakikinya di tempat lain. Yang pasti mereka yang berkata demikian (walaupun bertaraf Imam )i.e berijtihad demikian kerana mereka sendiri tidak pernah berjumpa dengan Nabi Khidr a.s apalagi belajar dengannya.
    Sudah berjumpa dengan semua 25 nabi a.s termasuk 313 nabi , ahli Badar dan ahli Uhud. Kadang-kadang khususan dengan 14 syahid Badar.
    Dianugerahi oleh Allah s.w.t Selawat dan Istigfar sendiri
    Dibimbing secara ladunni oleh Nabi tertentu juga para malaikat yang 4 ( Jibrail, Mikhail, Isrofil, Izroil (a.s) dan seorang sahabat yang 4 ( Saidina Abu Bakar, Umar , Utsman dan Ali r.anhum)
    Kedudukan tertentu sebagai ahli Baits ( ini seperti sabda Rasulullah s.a.w terhadap Salman r.a ) – samada disahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri atau Saidatina Fatimah r.a .
    Pengesahan wilayah oleh gurunya dengan dihadiri para maliakat , wali qutb dan Rasulullah s.a.w sendiri beserta beberapa Nabi a.s lain (khasnya yang pernah mengajarnya secara ladunni).
    Menyintai orang Arab – ini kerana seorang Sufi ini bila berjumpa para Nabi a.s dan para malaikat a.s semua mereka berjubah dan beserban –iaitu berpakaian seperti seorang Arab. Itu sebabnya, salah satu panggilan Nabi s.a.w ialah “ Ya Arabiyyun”.
    Selalu duduk dalam sabar dan syukur ( tanda awal) . Contohnya tuduhan dan fitnah banyak berlaku . Nabi s.a.w sendiri dituduh orang gila. Nabi Sulaiman a.s dituduh seorang pengamal sihir. Oleh itu , dia yang duduk dalam sabar dan syukur ini tahu bagaimana dan untuk apa ayat “ Innahu min Sulaiman wainnahu Bismillah ArRahman ArRahim” digunakan.

Kesimpulannya

Sebarang tulisan dan huraian tentang Sufi dan amalan Sufi mestilah dilakukan oleh orang yang sudah mengalaminya. Menjadi satu kesalahan jika orang yang tidak bertarekat dan menjalani perjalanan Sufi menulis tentangnya sebab selok belok dan liku –liku perjalanannya agak rumit dan memerlukan banyak mujahadah serta tunjuk ajar daripada guru yang mursyid.

Seperti yang dihurai oleh seorang ahli Sufi mazhab Shafie , Ala adDawlah as Simnani ((1261-1336) dalam kitabnya Syaqaiq al Hada’iq) , jalan Sufi diumpamakan sebagai sebuah pohon :

Dosa dan taubat adalah akarnya, pembebasan diri ( dari kepentingan duniawi) dan pengasingan diri adalah kulitnya , pengakuan akan keEsaan Allah adalah buahnya , kesabaran , kesucian, ketelusan dan kesalihan adalah daunnya; doa (wirid) , malu, kasih sayang dan kesetiaan adalah bunganya ; kemiskinan , peleburan diri (fana’) , keberhasilan dan keselamatan adalah ranting- rantingnya.

Gambaran Seorang Sufi....



Menyusuri perjalanan seorang sufi membuat kita sering bermuhasabah tentang diri kita...dimanakah kita di dunia ini...adakah layak kita digelar seorang mukmin atau muslim semata....yang pasti antara keduanya membawa pengertian yang amat berbeza.....tanyalah diri wahai sebenar diri....adakah aku seorang muslim yang mukmin atau tidak.........

Keadaan ( atau hal ) seorang Sufi

Seseorang ahli Sufi dapat membuktikan apa yang orang awam selalu ditanya dan tidak dapat menjawab : apa buktinya Fatihah itu Ummul Kitab? Dengan membaca Fatihah kepada seseorang Nabi a.s atau malaikat , Nabi a.s atau malaikat itu terus hadir dihadapannya –itulah pembuktiannya. Hal atau keadaan seorang Sufi sentiasa menuju kea rah insanul kamil (atau nafsu kamaliyah). Jika dia berada lama dalam hal ini , diharus turun balik ke nafsu mutmainnah kerana menjadi tugasnya untuk bercampur dengan manusia dan menyebarkan misinya untuk membawa manusia mengenal Allah s.w.t. Dia membawa nubuwwah dalam wilayah , kerana wilayah itu lebih am (general) dari nubuwwah. Dia rapat dengan al-Quran dan memahami hakikat al-Quran dalam dirinya – itu sebabnya akalnya bernama aqal Qur’ani ( ini terbukti mengikuti sunnah sebab Nabi Muhammad s.a.w sendiri dihuraikan oleh Saidatina Aisyah r.a sebagai Quran berjalan) . Antara hal-hal yang pelik berlaku ialah Quran turun dari langit terus masuk ke kepala dan dadanya ( dua peristiwa yang berbeza) selalu pada suatu malam Jumaat atau ketika waktu khutbah Jumaat . Dengan prasyarat (dalam bentuk tajalli ini) ini dia akan dapat memahami makna batin al-Quran (selain daripada makna zahir yang boleh dipelajari dari tulisan para Imam –imam mufassirin yang terkenal seperti Ibn Kathir , al-Qurtubi dll) , had dan mathla’nya. 4 dimensi al-Quran ini pula melambangkan pendedahan tentang rahsia alam nasut (makna zahir) , alam malakut (makna batin) , alam jabarut ( hadd) dan alam lahut ( mathla’). Dalam makam-makam dan waktu tertentu ahli Sufi ini akan diajari oleh salah seorang dari 25 nabi-nabi a.s . Itu sebabnya Ibn Arabi menulis kitab Fusus al-Hikam untuk menerangkan dan menghuraikan hikmah-hikmah para anbiya’ tersebut untuk ahli Sufi akan datang kerana hikmah mengatasi ilmu pengetahuan manusiawi. Dia dapat dengan inayah Allah s.w.t mengosongkan jiwanya untuk menerima hikmah ini kerana ilmu kenabian dan wilayah adalah ilmu yang tidak berdasarkan akal melainkan diganti oleh Allah s.w.t dengan akal Qur’ani , bukan akal biasa yang berfikir mengikut hukum fizik ( sebab musabab).

Diantara bukti atau tanda kenaikan maqam seseorang ahli Sufi ialah penerimaan khirqah (jubah) atau mungkin burdah (serban atau kain penutup kepala) . Ini selalunya diterima atau disampaikan oleh gurunya daripada orang lain . Dengan memakainya dia akan dapat bertabarruk dan dapat mengalami hal (keadaan) orang yang pernah memakainya – contohnya dapat melihat cahaya Dzat Allah s.w.t seperti yang dialami Nabi Musa a.s . Penyingkapan lain antaranya ialah mengalami dan menyelami zaman perjanjian dengan Rabb iaitu zaman roh melakukan perjanjian dengan Allah s.w.t iaitu era “ alastu birobbikum , qolu bala syahidna” – almasyadu tauhidi .

Jika dia berbuat kesalahan , gurunya akan memerintahkannya melaksanakan solat taubat yang perlbagai : antaranya solat taubat anggota luar ( tangan , kaki, hidung , mulut , mata dan telinga) dan juga solat taubat anggota dalaman dan juga 7 lathaif. Allah s.w.t akan membuka sebahagian rahsia roh – selain daripada melihat rohani seseorang dalam pelbagai wajah dia juga akan dapat melihat roh pelbagai objek contohnya roh Kaabah dan roh Hajar Aswad. Oleh itu dia tidak hairan mendengar cerita bagaimana para waliyullah zaman dahulu (contohnya Sh. Ahmad Yasawi rah.) dapat menghadirkan Kaabah dan Hajar Aswad dihadapan anak muridnya. Kerana memahami dan mengenal roh Hajar Aswad misalnya , bukan saja dia akan kucup tetapi dia juga akan memeluk Hajar Aswad itu sebab roh Hajar Aswad itu “adalah Dia dan bukan Dia” sekaligus – itu sebabnya hadith menyebutkan bahawa mereka yang mencium Hajar Aswad sebenarnya bersalaman dengan Tangan Allah s.w.t.

Mereka akan melihat banyak pembuktian hadith dalam perjalanan hidup mereka , antaranya melihat malaikat mengajar mereka yang belum khatam al-Quran sewaktu hidupnya , dengan al-Quran di dalam kubur (alam barzakh). Ini selalunya berlaku kepada mereka yang menyesal dan kemudian bersungguh-sungguh untuk menperdalami al-Quran diwaktu tua. Oleh itu , penampakan ini sebenarnya adalah maksud “ Carilah (pelajarilah) ilmu hingga ke liang lahad”. Dia akan selalu terkenang kata-kata azimat gurunya “ orang yang bodoh masuk neraka, orang yang pandai masuk surga” – sebab orang yang bodoh itu malas mencari ilmu sedang orang yang pandai itu rajin dan berusaha bersungguh sungguh mencari ilmu.

Dalam banyak keadaan Nabi-nabi yang datang mengajarinya adalah dari kalangan ulul azmi – mereka jugalah yang menjaga Lathaif-lathaif dalam diri kita. Kadang- kadang tersingkap (ini selalunya berlaku atas keperluan atau permintaan dari seseorang) penampakan samada seseorang itu bercakap bohong atau benar atau dapat melihat penceramah agama yang bercakap dalam TV keadaan sebenar orang itu – sebab cahaya atau zulumat yang keluar dari mulutnya dapat dilihat. Mereka juga memahami bahawa makhluk-makhluk bathil juga adalah ciptaan Allah s.w.t dan selalau meletakkan perlindungan dalam doa “ Aku berlindung dariMu dengan Mu”. Dalam banyak keadaan manusia biasa akan selalu memandang serong terhadap banyak perbuatannya – tapi dia tidak memperdulikan pandangan manusia sebaliknya dia taat terus kepada perintah Tuhannya , sebab dia melihat “kebatinan” sesuatu perbuatan dan tidak menumpukan kepada zahirnya perbuatan itu. Mereka juga akan mengalami mikraj (sebagaimana yang dihurai oleh Imam Qusyairi bahawa Rasulullah s.a.w mengalami mikraj secara ruh 33 kali sebelum mikraj dengan jasad dan ruh) secara ruh selain daripada mikraj ketika solat ( ke Sidratul Muntaha atau bawah Arsy).Dia akan diajari oleh gurunya banyak ilmu yang tidak tertulis dalam kitab atau buku yang merupakan sebahagian daripada ilmu asrar (rahsia) yang hanya boleh diajar kepada orang yang layak – dalam kes ini seseorang sufi itu diberi penempatan khawas oleh gurunya untuk seterusnya mencapai maqam khawasul khawass. Keadaannya adalah seperti yang disebut dalam al-Quran “ Masing-masing kelompok tempat minumnya sendiri “ (Al Baqarah 2 ayat 260) , sedang gurunya seperti Rasulullah s.a.w akan mengatakan “ Aku hanya seorang manusia biasa seperti kamu” ( Al Kahfi 18 ayat 110). Kekusyukan dalam setiap ibadatnya (khasnya solat dan zikir) sangat penting baginya agar dia tidak melanggar perintah Allah agar tidak mengingat (menempatkan) yang lain seperti yang difirmankan dalam surah Al jinn 72 ayat 18. Dia selalu mengingati pesan Allah sw.t bahawa syaitan adalah musuhnya – dan syaitan itu diperanginya dengan bersungguh-sungguh (dengan jihad) . Pada musuh dari kalangan manusia dia akan berdoa “ Wahai Allah , banyakkanlah hartanya dan anak-anaknya” sebab pasti dengan dua ujian ini musuhnya akan binasa.

Zikirnya ahli Sufi sangat berbeza dengan zikir orang awam. “ Dan ingatlah Tuhanmu di saat kamu lupa” ( Al Kahfi 18 :24) – iaitu dia berzikir dengan memfana’kan diri (lupa diri) iaitu balik kepada kejadian awal diri manusia seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t “ Bukankah telah datang kepada manusia waktu dari kehidupannya , ketika ia bahkan belum boleh disebut” ( Surah 76 ayat 1). Banyak juga hikmah yang dia dapatkan dan salurkan kepada orang ramai (khasnya rakan-rakan dan orang yang berdekatan dengannya ) contohnya , dia anjurkan :

    Guna surah-surah pendek (Juz Amma) dalam al Quran sebagai mas kahwin walaupun sudah ada wang dan hadiah disertakan dalam sesuatu pernikahan.
    Menasihati orang lain untuk bersabar dan bersyukur – dia memahami hakikat ketunggalan (sebatang karanya ) manusia- sebenarnya kekasih Adam a.s adalah Allah s.w.t bukan Hawa a.s , sebab Hawa itu datang dari dirinya Adam (tulang rusuknya). Begitu juga , seseorang suami atau isteri berfikir isteri atau suaminya itu kekasihnya , tetapi cuba renungkan – ibubapa mertua juga adalah ibu dan bapa kita. Oleh itu dari satu segi isteri atau suami kita itu “adik beradik” kita – jadi , kesimpulannya Allah s.w.t jualah Kekasih kita sebab suami atau isteri hanya “adik beradik”.
    Pada pandangan mereka manusia semua sama (baik Islam atau kafir) dan tidak membeza-bezakan mereka ( sebab yang Islam hari ini mungkin murtad esok atau yang kafir hari ini mungkin jadi islam esok). Binatang-binatang seperti kucing , burung dan lain-lain suka mengusapkan badan kepada ahli Sufi untuk mengambil cahaya dan keberkatannya.