Monday, December 1, 2014

RESEPI KEK LAPIS KUKUS ASAM MANIS




Kek Lapis Kukus Asam Manis

Bahan-bahan
 
5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
1½ cwn gula halus
1 sudu besar ovallette
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
150 ml susu cair (susu segar pun boleh)
½ sudu kecil garam
100 ml minyak jagung/masak
1½ sudu kecil esen vanila
beberapa titis pewarna kuning dan hijau
Hawflakes @ asam manis secukupnya (lagi bnyk lagi sedap)

Cara:

 
Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
Masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.

 
Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 10 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 10 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.



RESEPI KUIH LAPIS SERI WANGI




Kuih Lapis Seri Wangi 

Bahan-bahan (loyang 8 inci) 

Bahan A
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tpng jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat 


Bahan B
1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan-di simpul- ganti
1 sk pandan paste. 


Bahan C
3 sb rata serbuk koko*
4 sb air suam utk bancuh koko*-boleh ganti dgn 1 sb coklat emulco pewarna hijau, perisa pandan 


Cara-cara. 

Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya. 

Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong.
Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya.

RESEPI APPLE CAKE




Apple Cake  

Bahan-Bahan

(loyang 8 inci)
500gm Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buang empulur tengah, cincang 1cm kiub
150gm Gula Perang
3 biji Telur (Gred A)
1 cwn Minyak jagung/minyak masak
1 sudu teh Parutan Kulit lemon
200gm Tepung Naik Sendiri
1/3 sudu teh Serbuk Kayu Manis


Cara-Cara

Letakkan gula, telur dan minyak ke dlm mangkuk, pukul sehingga pekat.
Campurkan parutan kulit limau.
Ayakkan tepung dan serbuk kayumanis ke dlm adunan dan kacau rata.
Gaulkan epal sehingga rata .
Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan dan bakar 170C selama 45-50minit atau sehingga masak.
Biarkan kek betul2 sejuk, barulah di potong.
** Kalau guna tepung gandum, tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayakkan bersama. Saya guna epal Gala sbb rasanya
yg masam manis.

RESEPI BISKUT SAMPRIT CHEESE




BISKUT SAMPRIT CHEESE

BAHAN-BAHANNYA

200g mentega (yg tulen akan membuatkan biskut lebih sedap)
100g cream cheese
130g gula icing
200g tepung jagung kupu2
140g tepung kastad(birds custard)
180 g tepung gandum
2 biji kuning telur
2 camb susu pekat manis
1/2 camt esen vanilla
ceri merah @ kismis hitam@ choc chip untuk hiasan


CARA-CARANYA

Pukul mentega,cream cheese sehingga gebu.Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji2.Pukul perlahan sampai sebati.Campurkan kesemua tepung,masukan sedikit2 sambil dikacau dengan spatulla sehingga menjadi doh.Biarkan 5-10 min.Picit dengan acuan samprit.letakan ceri @kismis hitam @choc chip sebagai hiasan.Bakar 15 min,suhu 150*C dengan api bawah.

RESEPI NASI ARAB




Resepi Nasi Arab Simple

Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas) 


Bahan-Bahan Tumis

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar 


Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh

Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih

Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis 


Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam 

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
 
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.

4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu. 

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi 

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori. 

Cara-Cara untuk Memasak Ayam 

1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan. 

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh 

1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi
1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.