Allah Maha Kaya....diberikan kepiada setiap manusia kenikmatan untuk kita hargainya dengan memperbanyakkan kesyukuran....juga kadang kala diuji pula dengan didatangkan pelbagai musibah berupa kesakitan untuk kita menilai kembali siapa kita di sisi Allah....Allah berikan kita pancaindera yang sempurna dan dalam kesempurnaan itu ada kekurangan untuk kita muhasabah diri..
Cuba semak balik dan renungkan dalam diri kita...
apakah punca-punca penyakit yang singgah dalam hidup seseorang......
Kekurangan sesetengah fungsi dan
penyakit terhadap pancaindera sedikit sebanyak menggangu kita berinteraksi
dengan orang lain dan persekitaran kita. Tetapi dengan kemajuan pelbagai
teknologi perubatan dalam dan luar negara, banyak masalah yang dihadapi berjaya
diatasi dengan pembedahan ataupun pemindahan organ walaupun ia sejenis kanser.
Mari kita kenali apakah punca dan
tanda-tanda kanser serta rawatan yang sesuai jika ia menyerang pancaindera
manusia iaitu lidah, kulit, mata, hidung dan telinga. Ayuh kita selidik.
Lidah
Kanser lidah di Malaysia berada di
tangga keenam. 5.2% ditemui di kalangan lelaki india dan 7.7% di kalangan
wanita India.
Punca
- Tembakau (tindakan menguyah atau menyentil tembakau)
- Perokok
- Minum alkohol berlebihan
- Menyentil pinang
- Terdedah pada pancaran matahari berlebihan
Tanda-Tanda
- Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan
- Ulser mulut tidak sembuh lebih dari tinga minggu
- Gumpalan tisu yang tidak susut selepas rawatan
- Tompokan putih atau merah di bahagian mulut
- Kebas pada bahagian lidah yang berpanjangan
- Kepayahan untuk menelan, menggerakkan rahang atau lidah
- Kesakitan di bahagian dalam keongkong yang berpanjangan
- Bengkak pada rahang dan leher lebih dari tiga minggu
- Tiada selera makan dan berat badan menurun
- Hilatosis atau nafas berbau
Rawatan
Rawatan bagi kanser mulutu ialah
pembedahan. Pembedahan yang dilakukan pada kanser mulut tahap 1 dan 2 mempunyai
peluang pemulihan yang tinggi namun bakal meninggalkan kecacatan muka yang
sedikit. Sel-sel kanser mulut biasanya merebak ke bahagian limfa dan aliran
vena bahagian kepala dan leher. Oleh itu pembedahan akan melibatkan tisu-tisu
kanser dan sistem limfa sekelilingnya.
Hidung
Kanser nasofaringeal (hidung)
merebak di dalam nasafarinks iaitu satu bahagian di belakang hidung dan di atas
tekak. Ia terletak betul-betul di bawah dasar tengkorak dan hanya sedikit di
atas lelangit lembut. Terdapat berjenis-jenis ketumbuhan atau tumor yang boleh
merebak di dalam nasofarinks sam ada benigna yang tidak berbahaya atau
malignant (berbahaya). Ketumbuhan yang berbahaya ini boleh menembusi sekeliling
tisu dan kemudiannya merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.
Siapa
Yang Berisiko?
- Lelaki. Ketumbuhan adalah tiga kali lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita
- Berusia lebih daripada 35 tahun. Satu umur yang secara relatifnya adalah awal untuk satu-satu kanser berkembang
Penyelidikan berterusan sedang
dijalankan dengan meluas bagi mempeljarai tentang punca-puncanya. Ia
berkemungkinan disebabkan faktor genetik dan persekitaran. Selain itu,
kekerapan memakan jeruk atau makanan yang tinggi kandungan garamnya seperti
ikan, daging, telur masin, sayuran jeruk dan lain-lain sejak dari kanak-kanak
juga turut menyumbang.
Petanda
Awal Kanser Nasofaringeal
- Terjadi titisan hidung
- Masalah hidung berdarah
- Hidung tersumbat
- Masalah pendengaran di sebelah telinga atau rasa berdesign di sebelah atau kedua-dua telinga
Tanda-Tanda
lain (Mungkin Sudah Lewat)
- Penglihatan menjadi berganda atau kabur akibat serangan saraf-saraf yang mengawal pergerakan mata
- Pening kepala
- Rasa kebas di separuh bahagian muka
- Mengalami masalah pertuturan
- Terdapat ketulan di leher
Peluang untuk menyembuhkan kanser
nasofaringeal adalah tinggi, iaitu antara 80 hingga 90 peratus sekiranya ia
berjaya dikesan pada peringkata awal lagi.
Rawatan
Doktor akan menggunakan kaedah
endoskopi, ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) atau pengimejan
resonans magnetik (MRI) untuk mengenalpasti ketumbuhan tersebut. Rawatan
radiasi dan kemoterapi adalah rawatan standard untuk memulihkan penhidap barah
nasofaringeal. Pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya insiden kanser
nasofaringeal berulang semula setelah pesakit diberikan rawatan radiasi.
Kulit
Tumor kulit bersifat beningna (tidak
berbarah) atau malignan (berbarah). Ada tiga jenis barah kulit, iaitu barah sel
asas, sel barah skuamas dan melonoma malignan
Rawatan
Rawatan untuk barah kulit berbeza
mengikut kedudukan, tahap, kelangsungan barah serta kesihatan keseluruhan
pesakit. Dalam kebanyakan kes, doktor akan mengambil satu bahagian kecil tisu
biasa yang dipanggil biopsi. Tisu tersebut diperiksa di bawah mikroskop oleh
ahli dematopatologi untuk menentukan jenis-jenis penyakit seterusnya menentukan
rawatan yang sesuai.
Telinga
Biasanya kanser telinga dikaitkan
dengan msalah kanser otak. Petanda awal ialah bunyi berdesing dalam telingan
atau dikenali sebagai tinnitus. Rawatannya ialah melalui pembedahan dan juga
kemoterapi yang sesuai.
Jika disebabkan masalah seperti tahi
telinga, telinga bernanah dan sebagainya, masalah ini dikenali sebagai
tinnitus. Namun ia akan hilang dengan cara membuang tahi dan nanah tersebut. Ia
juga boleh diubati dengan antibiotik. Jika pesakit mengalami masalah pada
koklea pula, mereka tidak akn mendengar langsung sebarang bunyi sama ada dari
luar atau dalam.
Tinnitus
Disebabkan Oleh
- Sukar tidur malam
- kepenatan
- Mood tidak stabil
- Stres
Rawatan
keadaan tinnitus tidak boleh dirawat
atau diubati tetapi individu boleh mengawalnya dengan cara menerima keadaan
tersebut dengan hati yang tenang. Dalam hal ini, penghidap mungkin perlu
mendapatkan bimbingan psikogloi bagi membantu mereka mengawal keadaan agar tidak
runsing dan risau.
Penggunaan alat bantuan pendengaran
juga mampu menangani keadaan itu namun ia tidak boleh mengatasi masalah
tersebut sepenuhnya.
Dalam mengelak masalah tinnitus,
setiap individu disaran untuk menjalani gaya hidup sihat. Selain itu, penyakit
seperti diabetes dan darah tinggi boleh menggangu deria pendengaran sekaligus
mendedahkan pengidapnya kepada masalah tinnitus.
Mata
Ia juga dikenali sebagai
‘retinoblastoma’ iaitu sejenis ketumbuhan yang bermula dari sel-sel retina dan
akhirnya menjadi kanser.
Tanda-tanda
- Leukocoria, Anak mata kelihatan berwarna ptuih. Ia adalah warna kanser tersebut yang telah membesar dalam ruang mata
- Juling, Kanser menyebabkan fungsi melihat hilang, akibatnya mata menjadi malas dan juling
- Glaukoma, tekanan introokular mata menjadi tinggi kerana ruang mata terisi ketumbuhan. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun ia menyebabkan bola mata membesar
- Mata menjadi merah tanpa sebab atau kecederaan
- Protosis, mata menonjol kerana kanser telah merebak keluar dari bola mata
Rawatan
Ia boleh menyebabkan kematian jika
tidak dirawat atau membuang terus mata yang berpenyakit. Ia boleh digantikan
dengan prostesis atau mata palsu.
Jadi sekiranya anda ada tanda-tanda
seperti diatas jangan tunggu lagi. Buat pemeriksaan lanjut dengan doktor.
Mengecah adalah lebih baik daripada merawat.
Penawar kanser dan herba: Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
ReplyDeleteSyukran...setiap penyakit ada ubatnya...semuanya berlaku dengan keizinan daripada Allah SWT.... والله اعلم بالصواب
ReplyDelete