Monday, June 21, 2010

Tip Sihat Gaya Rasulullah s.a.w.


    Akhlak nabi sungguh elok hingga Allah memujinya.
    " Sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang terpuji".Nabi tidak pernah menolak makanan. Rasulullah tidak bersusah payah mencari makanan di luar, baginda sukakan makanan yang mudah diperolehi. Apabila tiada sebarang makanan di rumahnya, nabi menahan lapar dan menyambungnya dengan puasa sunat.


Kita disarankan oleh nabi supaya mengunyah makanan sebanyak 32 kali. Kajian perubatan moden mendapati apabila kita mengunyah dengan secukupnya, ia memberikan kesempatan kepada enzim yang dikeluarkan air liur bagi menghuraikan makanan sbelum makanan ditelan dan masuk ke dalam perut. Ini membantu mempercepatkan proses pencernaan. Hasilnya perut, kelenjar-kelenjar pencernaan dan usus kurang dibebankan.


Bekas makanan yang ideal diperbuat daripada seramik ataupun porselin. Ini kerana kedua-duanya tidak dipengaruhi sifat panas ataupun keasidan makanan. Sejak dahulu lagi, para pengamal perubatan Islam menggalakkan kita supaya minum dengan bekas yang diperbuat daripada seramik ataupun kaca. Ini juga membolehkan kita melihat air yang kita minum, adakah terdapat bendasing yang tidak diingini.

Menangis Suatu Terapi dan Perubatan




Air mata tidak keluar dengan sebab tertentu kecuali ia menjdi faktor penting yang bukan hanya dapat membersihkan mata daripada racun, namun juga dapat membantu tubuh membuang racun-racun. Dengan hal demikian, akan muncul ketenangan jiwa.



Al-Quran memuji orang-orang selalu menangis yang disebabkan mencapai tahap makrifatullah kepada Allah dan kerana takut kepadaNya. Di dalam sebuah hadis ada dinyatakan yang bermaksud " Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.



Menangis adalah merupakan keharusan bagi lelaki dan perempuan pada zaman ini, kerana menangis mempunyai faedah kesihatan yang cukup banyak dan bermacam jenis. Menangis bukanlah tanda lemah dan tidak dewasanya seseorang itu. Bahkan menangis merupakan terapi kesihatan yang sangat berguna dan bermanafaat yang dapat digunakan dalam mengubati penyakit-penyakit berbahaya. Perkara ini sesuai dengan kenyataan berikut :

menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan dari tubuh manusia. Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.
otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.

menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. Setelah menangis kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya sehingga akan muncul perasaan tenang.

apabila anda berada pada satu ketika di mana menangis itu dibolehkan dan secara sosial dapat diterima, maka demi kesihatan anda, janganlah anda merasa ragu-ragu untuk menangis dan melepaskan perasaan sedih atau emosi yang terpendam di dalam batin anda.

menangis amat berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi kita, kesalahannya apabila kita mengekang keinginan menangis ketika kita dihadapkan pada keadaan yang mengharuskan kita menangis.

air mata mengandungi berbagai-bagai hormon yang dikeluarkan oleh tubuh ketika kita mengalami ketegangan jiwa. oleh sebab itu semasa kita menangis hormon-hormon ketegangan itu dengan sendirinya hilang.
Menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. menangis juga dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan setelah ia keluar dari pejabat.

Oleh yang demikian ... menangislah ! ...kerana menangis itu adalah ubat...