Perjalanan
mencari yang haq
Ada dua
jalan yang ditempuh orang dalam mencari yang haq dengan masing-masing dalilnya
:
Man
`arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu
Barang
siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal Tuhannya. (Dalil ini yang
sangat popular dikalangan sufi, meditator , filosofi, teolog)
Man
`arafa rabbahu faqad `arafa nafsahu
Barang
siapa yang kenal Tuhannya pasti dia akan kenal dirinya.
Pada
jalan pertama, biasanya dilakukan oleh para pencari murni, mereka belum
memiliki panduan tentang Tuhan dengan jelas. Dia hanya berfikir dari yang
sangat sederhana …iaitu ketika ia melihat sebuah alam tergelar, muncul
pemikiran pasti ada yang membuatnya atau ada yang berkuasa dibalik alam ini,
... mustahil alam ini ada begitu saja … dan alam merupakan jejak-jejak
penciptanya … Dengan falsafah inilah orang akhirnya menemukan kesimpulan bahawa
Tuhan itu ada.
Sebagian
meditator atau ahli sufi menggunakan pendekatan falsafah ini dalam mencari
Tuhan, iaitu tahap mengenal diri dari segi wilayah-wilayah alam pada dirinya,
misalnya mengenali hatinya dan suasananya, fikiran, perasaannya, dan lain-lain
sehingga dia boleh membezakan dari mana ilham itu muncul, ... apakah dari
fikirannya, dari perasaannya, atau dari luar dirinya…
Akan
tetapi penggunaan jalur seperti ini sering kali membuat orang mudah tersesat,
kerana pada tahap-tahap wilayah ini manusia sering terjebak pada 'keghaiban'
yang dia lihat dalam perjalanannya, ... yang kadang-kadang membuat hatinya
tertarik dan berhenti sampai disini, kerana kalau tidak mempunyai tujuan yang
kuat kepada Allah pastilah orang itu menghentikan perjalanannya …. Kerana
disana dia boleh melihat fenomena / keajaiban alam-alam dan mampu melihat
dengan kasyaf apa yang tersembunyi pada alam ini … akhirnya mudah muncul
'keakuannya' bahawa dirinyalah yang paling hebat …akan tetapi jika dia kuat
terhadap Tuhan adalah tujuannya, pastilah dia selamat sampai tujuannya…..
Teori
yang dilakukan tersebut adalah jalan terbalik, kerana dalam pencariannya ia
telusuri jejak atau tanda-tanda yang ditinggalkannya (melalui ciptaan / alam),
... ibarat seseorang mencari kuda yang hilang, yang pertama di telusuri adalah
jejak tanda kaki kuda, kemudian memperhatikan suara ringkik kuda dan akhirnya
di temukan kandang kuda dan yang terakhir dia menemukan wujud kuda yang
sebenarnya ….Hal ini sebenarnya sangat menyulitkan para pelaku pencari Tuhan,
... kerana terlalu lama di dalam mengideantifikasi alam-alam yang akan di
laluinya ….
Dalil
yang ke dua : adalah melangkah kepada yang paling dekat dari dirinya …iaitu
Yang Maha Dekat, ... langkah ini yang paling cepat di tempuh dibanding dalil
pertama… Kerana dalil pertama banyak dipengaruhi oleh para filosofi pada zaman
pertengahan dalam hal ini falsafah Yunani. Teologi Kristian dan Hindu telah
banyak mempengaruhi falsafah ini. sehingga Al Ghazali pantas mengkritik kaum
filosofi dengan menulis kitab tentang tidak setujunya dengan idea falsafah masa
itu iaitu Tahafut Al Falasifah / kerancuan falsafah ….
Alghazali
membantah pemikiran yang dimulai dengan rangkaian berfikir terbalik, ... beliau
mengajukan gagasan bahawa umat Islam harus memulakan pemikirannya dari sumber
pangkal ilmu pengetahuan iaitu Tuhan, bukan dimulai dari luar yang tidak boleh
dipertanggung jawabkan kebenarannya, ertinya sangat berbahaya kerana di dalam
falsafah memulakan berfikirnya dari tahap yang benar menuju zat dibalik
semuanya berasal. Sedangkan di dalam Islam menunjukkan keadaan Tuhan serta
jalan yang akan di tempuh sudah di tulis dalam Alqur'an agar umat manusia tidak
tersesat oleh rekaan-rekaan fikiran yang belum tentu kebenarannya…
Pencarian
kita telah di tulis dalam Alqur'an dan Allah menunjukkan jalannya dengan sangat
sederhana dan mudah …tidak menunjukkan alam-alam yang mengakibatkan menjadi
rancu dan bingung … kerana alam-alam itu sangat banyak dan kemungkinan
menyesatkan kita amat besar…
Mari kita
perhatikan cara Tuhan menunjukkan para hamba yang mencari Tuhannya .
"Dan
apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah)
bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala
perinta-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu
berada dalam kebenaran." (QS. Al Baqarah: 186)
"Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang di bisikkan
oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." (QS.
Al Qaaf: 16)
Ayat-ayat
diatas, mengungkapkan keadaan Allah sebagai wujud yang sangat dekat, dan kita
diajak untuk memahami pernyataan tersebut secara sempurna. Alqur'an
mengungkapkan jawapan secara dimensi dan dilihat dari perspektif seluruh sisi
pandangan manusia sesempurnanya. Saat pertanyaan itu terlontar, dimanakah Allah
? Maka Allah menjawab: Aku ini dekat, kemudian jawapan meningkat sampai kepada,
Aku lebih dekat dari urat leher kalian .Atau dimana saja kalian menghadap di
situ wujud wajah-Ku…dan Aku ini maha meliputi segala sesuatu ….
Sebenarnya
tidak ada alasan bagi kita jika dalam mencari Tuhan melalui tahap terbalik…
Pada
tahap pertama beliau nampak alam dan segala kejadian adalah satu bersama Allah.
Dan pada tahap kedua nampak alam sebagai bayangan Allah; dan pada tahap ke tiga
beliau nampak Allah adalah berasingan dari pada segala sesuatu di alam ini.
Kalau hal ini hanya sebatas penjelasan terstruktur kepada muridnya, saya anggap
hal ini tidak menjadi persoalan, ... akan tetapi jika tahap-tahap ini merupakan
metologi dalam mencari Tuhan, ... saya kira ini berbahaya, kerana yang akan
berjalan adalah fikirannya atau otaknya, … yang akhirnya timbul khayalan atau
khayalan.
Di dalam
Islam memulakannya dengan pengenalan kepada Allah terlebih dahulu iaitu dengan
zikrullah (mengingat Allah), ... kemudian kita di perintah langsung
mendekati-Nya, kerana Allah sudah sangat dekat..tidak perlu anda mencari
jauh-jauh melalui alam-alam yang amat luas dan membingungkan ..alam itu sangat
banyak dan bertingkat-tingkat. Tidak perlu kita memikirkannya…cukupkan jiwa ini
mendekat secara langsung kepada Allah … kerana orang yang telah berjumpa
alam-alam belum tentu ia tunduk kepada Allah, kerana alam disana tidak ada
bezanya dengan alam di dunia ini kerana semua adalah ciptaan-Nya !!
Akan
tetapi jika anda memulakan dengan cara mendekatkan diri kepada Allah, maka
secara automatik anda akan diperlihatkan / dipersaksikan kepada kerajaan Tuhan
yang amat luas. Maka saya setuju dengan dalil yang kedua, barang siapa kenal
Tuhannya maka dia akan kenal dirinya. Sebab kalau kita kenal dengan
pencipta-Nya, maka kita akan kenal dengan keadaan diri kita dan alam-alam
dibawahnya, kerana semua berada dalam genggaman-Nya…kerana Dia meliputi segala
sesuatu …kerana Dia ada dimana saja kita ada, ... dan Dia sangat dekat.
Betapa
rumitnya perjalanan yang dilalui oleh pencari, seperti apa yang yang saya tulis
pada bab Membuka hijab….dan bagi yang tidak kenal Alqur'an akan mudah sekali
berhenti dan tersesat kepada alam-alam itu …kerana ilham itu amat banyak yang
muncul dari segala suara alam-alam tersebut (tolong anda baca tahap spiritual
yang di tulis pada bab Membuka hijab, kerana akan membantu penjelasan saya ini
)
Kesimpulan
:
Islam
mengajarkan didalam mencari Tuhan, telah diberi jalan yang termudah dengan
dalil barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya … hal ini telah
ditunjukkan oleh Allah bahawa Allah itu sangat dekat, ... atau dengan dalil
…barang siapa yang sungguh-sungguh datang kepada Kami, pasti kami akan
tunjukkan jalan-jalan Kami... (QS: Al ankabut: 69 )
"Wahai
orang-orang yang beriman jika kamu bertakwa kepada Allah niscaya dia akan
menjadikan bagimu furqan (pembeza)." (QS : Al Anfaal: 29)
Ayat-ayat
ini membuktikan di dalam mendekatkan diri kepada Allah tidak perlu lagi melalui
proses pencarian atau menelusuri jalan-jalan yang di temukan oleh kaum falsafah
atau ahli spiritual di luar Islam, ... kerana mereka di dalam perjalanannya
harus melalui tahap-tahap alam-alam … Islam di dalam menemuhi Tuhannya harus
mampu memfanakan alam-alam selain Allah dengan konsep laa ilaha illallah … laa
syai'un illallah … laa haula wala quwwata illa billah … tidak ada Tuhan kecuali
Allah … tidak ada sesuatu (termasuk alam-alam) kecuali Allah, ... tidak ada
daya dan upaya kecuali kekuatan Allah semata ….maka berjalanlah atau
melangkahlah kepada yang paling dekat dari kita terlebih dahulu bukan melangkah
dari yang paling jauh dari diri kita ….