Saturday, June 9, 2012

renungkan



Duhai sahabat-sahabat sealiran darah denganku dalam agama yang benar ini.. Ini adalah gambar mayat.. Mayat yang telah beberapa hari/minggu terbiar, lalu ia dimakan ulat dan menjadi busuk.. Ini adalah jasad manusia.. Selalunya apabila seseorang itu meninggal dan ia dimasukkan ke dalam kubur, maka mayatnya akan hancur di dalam tanah, kita tak dapat melihat mayat itu bagaimana hancurnya, namun ambil la gambar ini sebagai pedoman bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati dan setiap yang mati itu pasti akan binasa kecuali mereka yang dipilih Allah..

Kita bermaksiat atas bumi Allah, tapi kita mengharap supaya Allah tidak siksa kita di dalam kubur dan memasukkan kita dalam syurga, tapi apa usaha kita atas muka bumi ini supaya Allah redha dan kasih pada kita? Mengapa kita susah mahu patuh kepada perintah Allah dan mengapa kita masih tak mahu meninggalkan maksiat? Mengapa pula kita selalu menunda taubat? Melihat mayat saja sudah berasa geli, tapi tahukah bahawa kita akan menjadi seperti ia jika kita tidak menjaga agama Allah dan tidak langsung mahu menjadi orang yang soleh di sisi Allah..

Dan masih ramai pula antara kita yang masih bermusuh antara satu sama lain serta umpat mengumpat sesama mereka.. Daging inilah yang akan disuapkan ke mulut-mulut kita andai itu kerja kita di dunia..

No comments:

Post a Comment