Thursday, February 28, 2013

Manusia Tenang Dan Hebat Apabila.......





BENDA MANUSIA JADI TENANG DAN HEBAT...

Kata Imam Malik manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 benda ini :

1. Kenderaan yang pantas
2. Rumah yang lapang
3. Pakaian yang cantik
4. Lampu yang terang

Maka, ada orang bertanya kepada Imam Malik, apakah yang dimaksudkan kenderaan yang pantas? Maka Imam Malik menjawab
 KENDERAAN YANG PANTAS bermaksud AKAL YANG BIJAK.

Ada orang bertanya lagi, apa yang dimaksudkan rumah yang lapang?
Maka Imam Malik menjawab

RUMAH YANG LAPANG maknanya KESABARAN YANG TINGGI.

Kata Imam Malik lagi, PAKAIAN YANG CANTIK bermaksud AKHLAK YANG BAIK.

Akhirnya, LAMPU YANG TERANG kata Imam Malik maknanya ILMU YANG MENERANGI.

Perjalanan Haji.....episod 1




BERTOLAK  DARI RUMAH TAMAN BAHAU


KELANA JAYA

LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK...LABBAIKA LA SYARIKA LAKA  LABBAIK..INNAL HAMDA WANNIKMATA LAKA WALMULK LA SYARIIKA LAKA.....

Antara berjuta hambaMu dibumi bertuah ini..aku rasakan diri ini amat bertuah kerana terpilih untuk menjadi tetamuMu di bumi barakah Baitullah...bukan sedikit mereka yang menanamkan rasa cinta untuk kesana..peluang itu takkan aku lepaskan untuk ku serahkan diri dan menghambakan diriku padaMu Ya Allah..

Lebih 40 hari disana benar-benar mengajar diriku tentang apa itu hidup dan peluang yang diberikan untuk mengisi sebuah kehidupan...meskipun bukan sedikit ujian dan cabaran yang ku hadapi..semuanya ku tempuhi dengan redha kerana aku sedar rezeki yang Engkau janjikan untuk setiap hambaMu adalah berbeza...kiranya aku antara insan yang terpilih untuk menjalani ujianMu bagi menyucikan diri daripada dosa dan noda yang membelenggu diri sepanjang hidupku....mudah-mudahan ianya dapat meningkatkan ketaqwaanku padaMu..Terlalu manis pengalaman berada dibumi Makkah....





BAGASI DARI ANDALUSIA TRAVEL
PEMERIKSAAN PASSPORT DI TERMINAL HAJI JEDDAH

Perjalanan ibadah haji pada musim haji 1433 H adalah tarikh yang sangat bermakna....tanggal 7 oktober 2012 ...dengan menaiki pesawat Saudi Arabia...pada jam 1.40 pagi aku dan suami berlepas bersama-sama jemaah haji dari pakej yang lain dan  telah selamat mendarat di Terminal Haji di Jeddah pada jam 6 pagi waktu Jeddah...lebih kurang jam 11 pagi waktu Malaysia.... rombongan yang aku ikuti di bawah kelolalaan Andalusia...sebuah nama pakej yang tak perlu diperkenalkan lagi...semua orang kenal....ye lah kot....tambahan pula di bawah bimbingan Datuk Hj Daud Che Ngah...mantan  pembimbing Jemaah Haji ( Tabung Haji ). Alhamdulillah.....proses check in berjalan lancar....tiada kesesakan di kaunter...seterusnya kami dibawa ke tempat yang dikhaskan untuk jemaah haji Malaysia untuk berehat sambil menunggu bas yang akan membawa kami ke Mekah.....lebih kurang 5 jam menunggu , akhir kami dibawa ke Mekah menaiki bas.... sepanjang  perjalanan tersebut  aku terasa amat teruja sekali untuk menjejakkan kaki ke tanah suci....walaupun ini bukan pertama kali aku ke sini...perjalanan kali ini terasa benar kelainannya....
RUANG MENUNGGU DI TERMINAL HAJI, JEDDAH



Hampir dua jam....akhirnya kami sampai jua ke tanah suci Mekah...terik mentari dah mula terasa....maklumlah dah jam 2 petang  rupanya..seterusnya kami dibawa ke hotel tempat penginapan...Hotel Royal Sultan...jarak ke Masjidilharam lebih kurang 350 meter...tak lah jauh sangat...tak sampai 10 minit pun... keselesaan?????......itu tak menjadi persoalan....yang penting ada tempat untuk merehatkan badan....ini lah yang dikatakan ujian dan cabaran yang perlu dihadapi  oleh "duyuf Ar-Rahman " ( tetamu Allah ) dalam perjalanan kerohaniannya menuju Allah....
Jam 3 petang...mutawif minta kami berkumpul setelah selesai check in dan hantar bagasi ke bilik masing-masing  untuk melaksanakan tawaf umrah dan bersaie seterusnya bertahallul....jemaah lelaki dah tak sabar nak pergi....agaknya...nak cepat buka pakaian ihram kot....barulah bebas dan selesa...kami di bawa oleh mutawif untuk solat asar di dataran luar masjidilharam.....ini untuk memudahkan kami berkumpul semula bagi melaksanakan ibadah tawaf bersama-sama.......

Subhanallah....

hanya itu kalimah terkeluar dari bibirku...saat melihat kaabah di depan mata kini...ramainya hambaMu Ya Allah....datang menyahut panggilanMu..."Labbaikallahumma Labbaik........."
Mutawif membawa kami melaksanakan ibadah tawaf dalam kumpulan jemaah Andalusia.....biasalah.... orang teramat ramai...mula-mula memanglah dilakukan dalam kumpulan...tetapi bila dah masuk pusingan 4, 5 dan seterusnya..aku dah tak nampak mana mutawif dan jemaah andalusia yang lain....sudahnya aku dengan suami menghabiskan pusingan tawaf berdua aje...nasib baik pengalaman menunaikan umrah tahun 2008 dahulu banyak membantu...kalau tak panik juga...
selesai ibadah tawaf...aku bersama suami menuju ke tempat untuk saie....musim haji ni...tak dapat nak solat sunat tawaf depan kaabah....cari je...mana-mana tempat yang kosong....
Ibadah saie kami lakukan sendirian juga tanpa mutawif dan jemaah andalusia yang lain...entah kemanalah mereka...menjelang maghrib aku belum jua selesai mengerjakan ibadah saie...sedangkan makin ramai jemaah yang datang untuk solat berjemaah sehingga ruang untuk saie ditingkat 2 makin penuh sampaikan laluan saie pun menjadi ruang solat....aku dan suami terpaksa keluar dan mencari ruang kosong untuk solat maghrib walaupun pusingan saie hanya tinggal satu pusingan je lagi...nak tak nak kena sambung selepas solat maghrib.......alhamdulilah ....selesai je solat aku menyambung semula saie yang masih berbaki satu pusingan dan seterusnya melaksanakan tahallul  dengan bercukur... 
Selesai solat isyak aku dan suami balik ke hotel dan makan malam....tak sempat nak mandi...dah tertidor....keletihan yang amat sangat...
Jam 2.30 pagi aku dah terjaga...sekarang masa untuk mandi dan bersiap-siap untuk ke masjid....kemudian telefon suami untuk bersama-sama ke masjid....
Selesai solat Subuh aku tidak mengikut suamiku balik ke hotel sebaliknya mengulang semula ibadah tawaf dan saie yang aku lakukan semalam...bukannya apa....entah mengapa aku berasa was-was...bimbang tawaf yang dilakukan semalam tidak sah...rasa-rasanya macam dah terbatal wuduk aku semasa mengerjakan tawaf tersebut...rupanya aku tak keseorangan..ada seorang kakak tu mempunyai masalah yang sama macam aku juga...kebetulan pula ada seorang jemaah yang baru tiba malam tadi ingin turut serta bersama-sama dengan kami melakukan tawaf..dia tak pernah datang ke Mekah sebelum ni..jadi dia minta aku membimbing dia sepanjang ibadah tawaf tersebut...
Daripada keseorangan...rupanya Allah menghantar dua orang rakan untuk menemaniku...syukur ya Allah ...Engkau permudahkan segala urusanku...
Selesai sahaja ibadah tawaf kami bergerak ke tempat saie...tetapi belum pun memulakan saie, tiba-tiba rakanku  mengajak aku untuk ketandas...kami cuba keluar ke tandas melalui celah-celah manusia yang terlalu padat di dataran Kaabah...tanpa aku sedari rupanya aku terpisah dari mereka...bukan senang untuk menjejak rakan di antara ribuan manusia...akhirnya aku membawa haluanku sendiri...mencari tandas bukanlah mudah, tambahan pula aku telah tersilap mencari jalan keluar...entah pintu mana aku keluar tak tahulah...aku cuba bertanya pada polis arab, dia hanya cakap
 " di sana "...aku ikut aje arahan dia...tapi tersesat juga...akhirnya aku berjumpa dengan sepasang suami isteri jemaah Indonesia, mengajak aku mengikutnya bila   aku memberitahunya bahawa aku telah tersesat....mereka membawa aku ke tandas dan seterusnya melakukan saie bersama-sama mereka...
sememangnya di tanah suci, manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan 
dan Allah temukan aku dengan insan yang berhati mulia, isterinya memegang erat tanganku...bimbang akan terpisah
Ketika sedang melakukan ibadah saie, aku terpandang kawanku yang terpisah tadi, jadi aku mempercepatkan langkah agar dapat bersama mereka semula.....
Alhamdulillah....selesai juga umrah wajibku....lega dan tenang sekali rasanya bila keraguan dan was-was tidak lagi bermain di minda....

Sesungguhnya memang benarlah Allah Maha Penyayang...
DIA ilhamkan padaku perasaan ragu-ragu agar segala ibadah yang aku lakukan diterimaNya....bila aku rujuk masalah tersebut kepada Ustaz Haji Lukmanul Hakim      ( Pensyarah USIM   Pakar Rujuk Hal Ehwal Ibadah Haji ) yang berkhidmat dengan Andalusia, dia memberitahu aku dikehendaki membayar dam kerana telah telah bertahallul sedangkan ibadah tawaf diragui (tidak sah)....jadi aku membayar dam sebanyak 60 riyal dan diberikan kepada  6 orang miskin. (pekerja-pekerja didalam Masjidil Haram ) memang menunggu je orang membayar dam pada mereka....rezeki musim haji...

Selesai ibadah umrah....kini  menunggu saat untuk wuquf...
lambat lagi....
masa yang terluang dipenuhi dengan melakukan ibadah-ibadah sunat dan juga umrah sunat
disamping menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Makkah...
LADANG TERNAKAN UNTA DI HUDAIBIAH
BERLATAR BELAKANG  JABAL RAHMAH
















Meneruskan  perjalanan ke Padang Arafah untuk WUQUF......bersambung.............