Saturday, June 9, 2012

renungkan



Duhai sahabat-sahabat sealiran darah denganku dalam agama yang benar ini.. Ini adalah gambar mayat.. Mayat yang telah beberapa hari/minggu terbiar, lalu ia dimakan ulat dan menjadi busuk.. Ini adalah jasad manusia.. Selalunya apabila seseorang itu meninggal dan ia dimasukkan ke dalam kubur, maka mayatnya akan hancur di dalam tanah, kita tak dapat melihat mayat itu bagaimana hancurnya, namun ambil la gambar ini sebagai pedoman bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati dan setiap yang mati itu pasti akan binasa kecuali mereka yang dipilih Allah..

Kita bermaksiat atas bumi Allah, tapi kita mengharap supaya Allah tidak siksa kita di dalam kubur dan memasukkan kita dalam syurga, tapi apa usaha kita atas muka bumi ini supaya Allah redha dan kasih pada kita? Mengapa kita susah mahu patuh kepada perintah Allah dan mengapa kita masih tak mahu meninggalkan maksiat? Mengapa pula kita selalu menunda taubat? Melihat mayat saja sudah berasa geli, tapi tahukah bahawa kita akan menjadi seperti ia jika kita tidak menjaga agama Allah dan tidak langsung mahu menjadi orang yang soleh di sisi Allah..

Dan masih ramai pula antara kita yang masih bermusuh antara satu sama lain serta umpat mengumpat sesama mereka.. Daging inilah yang akan disuapkan ke mulut-mulut kita andai itu kerja kita di dunia..

Kembalikan Kami Ke Dunia..


"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini, setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yg zalim." "Duduklah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata kepadaku" (al-Mu'minun 107,108)

Golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "wahai Tuhanku, kembalikanlah daku supaya aku dapat mengerjakan amal soleh dalam perkara-perkara yg telah aku tinggalkan". Tidak! Mana boleh? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh sehingga hari mereka dibangkitkan semula. (al-Mu'minun 99-100)

Sesungguhnya, kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata "alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amal dan menerima balasan)". (an-Naba' 40)

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada Allah serta taat kepada rasul Allah. (Al-Ahzaab 66)

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka, lalu mereka berkata : "Sekiranya kami dikembalikan ke dunia, kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman". (al an'aam 27)

Dan berilah amaran kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu, dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan ? (Ibrahim: 44)

Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya sambil berkata: "alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yg benar bersama-sama rasul? (al-furqaan 27)

Dan jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin.” (as-Sajadah: 12)

Nota: Gambar Hiasan, bukannya neraka sebenar kerana neraka itu satu tempat yang sangat dahsyat yang tak pernah mata melihatnya, tak pernah telinga mendengarnya, tak pernah hati terlintas mengenainya.

Kenali Penyakit....


Allah Maha Kaya....diberikan kepiada setiap manusia kenikmatan untuk kita hargainya dengan memperbanyakkan kesyukuran....juga kadang kala diuji pula dengan didatangkan pelbagai musibah berupa kesakitan untuk kita menilai kembali siapa kita di sisi Allah....Allah berikan kita pancaindera yang sempurna dan dalam kesempurnaan itu ada kekurangan untuk kita muhasabah diri..

Cuba semak balik dan renungkan dalam diri kita... 
apakah punca-punca penyakit yang singgah dalam hidup seseorang......

Kekurangan sesetengah fungsi dan penyakit terhadap pancaindera sedikit sebanyak menggangu kita berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran kita. Tetapi dengan kemajuan pelbagai teknologi perubatan dalam dan luar negara, banyak masalah yang dihadapi berjaya diatasi dengan pembedahan ataupun pemindahan organ walaupun ia sejenis kanser.
Mari kita kenali apakah punca dan tanda-tanda kanser serta rawatan yang sesuai jika ia menyerang pancaindera manusia iaitu lidah, kulit, mata, hidung dan telinga. Ayuh kita selidik.
Lidah
Kanser lidah di Malaysia berada di tangga keenam. 5.2% ditemui di kalangan lelaki india dan 7.7% di kalangan wanita India.
Punca
  • Tembakau (tindakan menguyah atau menyentil tembakau)
  • Perokok
  • Minum alkohol berlebihan
  • Menyentil pinang
  • Terdedah pada pancaran matahari berlebihan
Tanda-Tanda
  • Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan
  • Ulser mulut tidak sembuh lebih dari tinga minggu
  • Gumpalan tisu yang tidak susut selepas rawatan
  • Tompokan putih atau merah di bahagian mulut
  • Kebas pada bahagian lidah yang berpanjangan
  • Kepayahan untuk menelan, menggerakkan rahang atau lidah
  • Kesakitan di bahagian dalam keongkong yang berpanjangan
  • Bengkak pada rahang dan leher lebih dari tiga minggu
  • Tiada selera makan dan berat badan menurun
  • Hilatosis atau nafas berbau
Rawatan
Rawatan bagi kanser mulutu ialah pembedahan. Pembedahan yang dilakukan pada kanser mulut tahap 1 dan 2 mempunyai peluang pemulihan yang tinggi namun bakal meninggalkan kecacatan muka yang sedikit. Sel-sel kanser mulut biasanya merebak ke bahagian limfa dan aliran vena bahagian kepala dan leher. Oleh itu pembedahan akan melibatkan tisu-tisu kanser dan sistem limfa sekelilingnya.
Hidung
Kanser nasofaringeal (hidung) merebak di dalam nasafarinks iaitu satu bahagian di belakang hidung dan di atas tekak. Ia terletak betul-betul di bawah dasar tengkorak dan hanya sedikit di atas lelangit lembut. Terdapat berjenis-jenis ketumbuhan atau tumor yang boleh merebak di dalam nasofarinks sam ada benigna yang tidak berbahaya atau malignant (berbahaya). Ketumbuhan yang berbahaya ini boleh menembusi sekeliling tisu dan kemudiannya merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.
Siapa Yang Berisiko?
  • Lelaki. Ketumbuhan adalah tiga kali lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita
  • Berusia lebih daripada 35 tahun. Satu umur yang secara relatifnya adalah awal untuk satu-satu kanser berkembang
Penyelidikan berterusan sedang dijalankan dengan meluas bagi mempeljarai tentang punca-puncanya. Ia berkemungkinan disebabkan faktor genetik dan persekitaran. Selain itu, kekerapan memakan jeruk atau makanan yang tinggi kandungan garamnya seperti ikan, daging, telur masin, sayuran jeruk dan lain-lain sejak dari kanak-kanak juga turut menyumbang.
Petanda Awal Kanser Nasofaringeal
  • Terjadi titisan hidung
  • Masalah hidung berdarah
  • Hidung tersumbat
  • Masalah pendengaran di sebelah telinga atau rasa berdesign di sebelah atau kedua-dua telinga
Tanda-Tanda lain (Mungkin Sudah Lewat)
  • Penglihatan menjadi berganda atau kabur akibat serangan saraf-saraf yang mengawal pergerakan mata
  • Pening kepala
  • Rasa kebas di separuh bahagian muka
  • Mengalami masalah pertuturan
  • Terdapat ketulan di leher
Peluang untuk menyembuhkan kanser nasofaringeal adalah tinggi, iaitu antara 80 hingga 90 peratus sekiranya ia berjaya dikesan pada peringkata awal lagi.
Rawatan
Doktor akan menggunakan kaedah endoskopi, ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk mengenalpasti ketumbuhan tersebut. Rawatan radiasi dan kemoterapi adalah rawatan standard untuk memulihkan penhidap barah nasofaringeal. Pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya insiden kanser nasofaringeal berulang semula setelah pesakit diberikan rawatan radiasi.
Kulit
Tumor kulit bersifat beningna (tidak berbarah) atau malignan (berbarah). Ada tiga jenis barah kulit, iaitu barah sel asas, sel barah skuamas dan melonoma malignan
Rawatan
Rawatan untuk barah kulit berbeza mengikut kedudukan, tahap, kelangsungan barah serta kesihatan keseluruhan pesakit. Dalam kebanyakan kes, doktor akan mengambil satu bahagian kecil tisu biasa yang dipanggil biopsi. Tisu tersebut diperiksa di bawah mikroskop oleh ahli dematopatologi untuk menentukan jenis-jenis penyakit seterusnya menentukan rawatan yang sesuai.
Telinga
Biasanya kanser telinga dikaitkan dengan msalah kanser otak. Petanda awal ialah bunyi berdesing dalam telingan atau dikenali sebagai tinnitus. Rawatannya ialah melalui pembedahan dan juga kemoterapi yang sesuai.
Jika disebabkan masalah seperti tahi telinga, telinga bernanah dan sebagainya, masalah ini dikenali sebagai tinnitus. Namun ia akan hilang dengan cara membuang tahi dan nanah tersebut. Ia juga boleh diubati dengan antibiotik. Jika pesakit mengalami masalah pada koklea pula, mereka tidak akn mendengar langsung sebarang bunyi sama ada dari luar atau dalam.
Tinnitus Disebabkan Oleh
  • Sukar tidur malam
  • kepenatan
  • Mood tidak stabil
  • Stres
Rawatan
keadaan tinnitus tidak boleh dirawat atau diubati tetapi individu boleh mengawalnya dengan cara menerima keadaan tersebut dengan hati yang tenang. Dalam hal ini, penghidap mungkin perlu mendapatkan bimbingan psikogloi bagi membantu mereka mengawal keadaan agar tidak runsing dan risau.
Penggunaan alat bantuan pendengaran juga mampu menangani keadaan itu namun ia tidak boleh mengatasi masalah tersebut sepenuhnya.
Dalam mengelak masalah tinnitus, setiap individu disaran untuk menjalani gaya hidup sihat. Selain itu, penyakit seperti diabetes dan darah tinggi boleh menggangu deria pendengaran sekaligus mendedahkan pengidapnya kepada masalah tinnitus.
Mata
Ia juga dikenali sebagai ‘retinoblastoma’ iaitu sejenis ketumbuhan yang bermula dari sel-sel retina dan akhirnya menjadi kanser.
Tanda-tanda
  • Leukocoria, Anak mata kelihatan berwarna ptuih. Ia adalah warna kanser tersebut yang telah membesar dalam ruang mata
  • Juling, Kanser menyebabkan fungsi melihat hilang, akibatnya mata menjadi malas dan juling
  • Glaukoma, tekanan introokular mata menjadi tinggi kerana ruang mata terisi ketumbuhan. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun ia menyebabkan bola mata membesar
  • Mata menjadi merah tanpa sebab atau kecederaan
  • Protosis, mata menonjol kerana kanser telah merebak keluar dari bola mata
Rawatan
Ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat atau membuang terus mata yang berpenyakit. Ia boleh digantikan dengan prostesis atau mata palsu.
Jadi sekiranya anda ada tanda-tanda seperti diatas jangan tunggu lagi. Buat pemeriksaan lanjut dengan doktor. Mengecah adalah lebih baik daripada merawat.