Sebaik-baik wanita ialah isteri, yang apabila kamu memandangnya ialah menggirangkan kamu, jika engkau memerintah dituruti perintah engkau, jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Perempuan tidak berhak keluar rumah melainkan jika terpaksa ( kerana sesuatu urusan yang mustahak ) dan ia tidak berhak melalui jalan-jalan melainkan ditepi-tepinya.
Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya, " tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun." Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
Wanita yang mati dalam keadaan suaminya redha tidak marah padanya, nescaya ia masuk syurga.
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah ( perang sabil )
Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkan.