Wanita sering dikaitkan dengan kelemahan jiwanya, kerana nafsu yang lebih tebal membuatkan ketahanan jiwa seorang wanita itu menjadi lemah jika dibandingkan dengan seorang lelaki.
Wanita hanya mempunyai sebahagian akal dan dengan sembilan bahagian nafsu, jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai sembilan bahagian akal dan sebahagian nafsu.
Nafsu perempuan yang terlalu berbeza dengan nafsu lelaki, oleh kemahuan wanita sering dikongkong oleh nafsu jahatnya, hinggakan tindakannya di dorong oleh nafsu hatinya sahaja. nafsu yang sering inginkan perhiasan yang berlebihan, inginkan kemewahan yang melimpah, memandang hina dan merendah-rendahkan orang lain adalah nafsu jahat yang sering menguasai wanita. Begitu juga dengan nafsu sedih derita, kecewa akan menguasai diri wanita dengan begitu dahsyat sekali.
Ujian yang kecil sudah cukup untuk menggugat kestabilan hidup seorang wanita itu, wanita adalah insan yang kuat nafsu dan tinggi emosinya. Keputusan dan tindakan seorang wanita itu sering tidak adil dan penuh emosi. Bukan akalnya tidak cerdik tetapi akalnya tidak kuat untuk menumpaskan desakan nafsu yang sembilan itu.
Cara terbaik melawan hawa nafsu wanita :
- menuntut ilmu : ilmu adalah makanan akal, fikiran dapat diteguhkan dengan rajinnya seseorang itu menambah ilmu. Kekuatan fikiran yang diusahakan itu mestilah dihalakan ke arah mencari iktibar, hikmah serta pengajaran dari al-Quran, sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " berfikir sesaat lebih baik dari dua rakaat sembahyang yang tidak khusyuk ".
- mendapat bimbingan lelaki : mendapat bimbingan lelaki yang baik akan menaikkan taraf seorang wanita itu, jalan terbaik untuk mengendali wanita dengan memimpin emosinya, hal ini boleh dilakukan oleh lelaki yang bijak seperti guru, bapa, keluarga, suami atau anggota masyarakat.
- kemampuan wanita beribadah : bagi wanita mukallaf bersyahadah, menunaikan solat dan berpuasa adalah satu kewajipan dan pada waktu-waktu tertentu seperti waktu haid dan nifas wanita diberi kelonggaran untuk meninggalkan ibadah tersebut bahkan haram melakukannya.
- kemampuan akal dan kehalusan fikiran : wanita sering dikuasai perasaan, perasaan sering dipengaruhi oleh nafsu lebih dari pertimbangan akalnya. Tindakan atau keputusan yang dilakukan sering berbeza-beza bergantung kepada tekanan terkuat dalam perasaan ketika itu. ketika seorang wanita itu marah, tindakan keras dan sering melulu menghukum, sewaktu ia simpati, terlalu menunjukkan belas kasihan sehingga di luar garis keadilan. Wanita yang sama cerdik dengan lelaki akan jadi kurang cerdik dalam bertindak berbanding dengan lelaki kerana kecerdikannya sudah dipengaruhi oleh nafsu.
No comments:
Post a Comment