Wednesday, December 15, 2010

Sembahyang Adalah Penawar Bagi Hati Yang Susah..

" Oh Tuhanku, dosaku amat besar, namun jika aku bandingkan dengan ampunanMu, pastilah ampunanMu jauh lebih besar........."
Kaum wanita zaman dahulu mampu memahami dengan baik bahawa hakikat sembahyang adalah hubungan ( komunikasi ) antara hamba dengan Allah. Dalam hubungan antara hamba dengan Khaliq, maka hanya orang-orang yang khusyuk sajalah yang mendapat balasan baik dari sembahyangnya:
" Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya...." ( surah al-Mukminun : ayat 1 - 2 )
Bertolak dari pengertian mendalam itulah mereka sentiasa bersemangat untuk menghidupkan malam-malam mereka dengan solat yang khusyuk, dan meninggalkan urusan dunia buat sementara. Mereka menyedari bahawa bekalan yang paling baik untuk akhirat dan untuk menyeru sesama kaum muslimin adalah solat, sebab solat memberikan kekuatan untuk menghadapi kesusahan.
Menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, terutama mengerjakan solat adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menurut satu riwayat daripada Anas bin Malik r.a. nahawa Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke dalam masjid, kemudian melihat ada tali yang melintang antara dua sudut masjid, maka baginda bertanya " untuk apa tali ini " mereka berkata : " tali ini milik zainab, jika dalam keadaaan lemah, ia berpegang pada tali ini. Rasulullah s.a.w. bersabda : " bukalah tali ini, smbahyang lah kamu sesuai dengan kemampuan kamu, jika lemah maka solatlah dalam keadaan duduk."
Menerusi hadis tersebut dapat diambil kesimpulan bahawa para wanita ketika itu benar-benar memaksa diri mereka untuk mendapat redha Allah. Lalu Nabi s.a.w. melarang mereka memaksakan diri melakukan hal-hal yang di luar kemampuan mereka. Sesungguhnya ibadah yang paling baik adalah yang dilakukan secara berterusan meskipun sedikit.
Sebaliknya, kaum wanita pada zaman sekarang menggunakan seluruh waktu mereka untuk urusan keduniaan. Bukankah sebaiknya mereka bangun di tengah malam untuk melakukan solat supaya mereka mampu mengalahkan syaitan. Ketahuilah bahawa perkara terbaik adalah yang pertengahan. " Celakalah orang-orang yang berlebihan, " Rasulullah s.a.w. mengulangnya sebanyak tiga kali, ini menunjukkan betapa buruknya melakukan sesuatu yang berlebihan di luar kemampuan.

Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 H

Salam Maal Hijrah........ Tahun baru hijrah telah meninggalkan seribu kenangan yang begitu mengusik perasaan. Hanya harapan di tahun baru ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Dosa-dosa semalam sentiasa menjadi igauan di siang hari..... sememangnya setiap insan di dunia ini bukannya maksum...tidak sunyi dari melakukan kesilapan.....dan kesilapan itu sewajarnya kita akui dan cubalah untuk memperbaiki diri....lantaran Allah bersifat Maha Pengampun....maka pohonlah kemaafan dan keampunan dari Allah....moga-moga kehidupan kita selepas ini lebih bererti dan diberkati oleh Allah...

Itulah yang menjadi harapanku di tahun baru ini, untuk menjadi insan yang lebih baik daripada hari semalam...semalam yang telah di lalui sememangnya tidak lagi boleh kita ubah...yang termampu kita lakukan....perbaiki diri dan sedaya mungkin menjadi hamba Allah yang patuh pada setiap syariat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam al-Quran....Sesungguhnya Allah menyukai orang bertaubat lantaran kesilapan yang telah dilakukan.....jangan ditunggu hari esok atau hari tua baru keinginan untuk bertaubat itu menjengah...kita tidak boleh mengandaikan bila kita akan kembali mengadap Ilahi....justeru janganlah ditangguh kewajipan untuk bertaubat.....



Kadang-kadang terfikir juga....mengapa kita mudah sangat melakukan dosa....kita bukannya tidak tahu bahawa itu adalah satu kesalahan dan perkara Allah tidak suka....tetapi mengapa kita masih melakukannya....adakah kita merasa seronok dengan maksiat yang kita lakukan...biarpun keseronokan itu hanya bersifat sementara....itulah yang dikatakan iman manusia ada kala ianya meningkat dan tidak mustahil ia menurun seolah-olah kita baru mengenal Islam dan ada ketikanya tindak tanduk kita tidak ubah seperti insan-insan yang digelar musyrikin.....sama ada kita menyedarinya atau tidak itulah yang sering berlaku dalam kehidupan kita seharian.


Alunan kalimah-kalimah Allah begitu menyentuh perasaan...kadang-kadang tanpa disedari airmata keinsafan laju mengalir sebagai tanda protes hati terhadap setiap perlakuan yang telah jauh menyimpang daripada landasanNya. Ku syukuri Ya Allah......masih ada lagi peluang untukku memperbaiki diri di tahun baru hijrah ini...benarlah apa yang telah sejarah rungkaikan...untuk berjaya dan untuk menjadi manusia yang lebih cemerlang di dunia dan di akhirat kita perlu berhijrah....meninggalkan segala kekusutan, kekecewaan dan segala kealpaan kita sebelum ini....berhijrahlah...berubahlah....insya Allah kehidupan yang menunggu kita di hadapan lebih bersinar dan akan sentiasa bersinar selagi kita menjadikan al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. sebagai panduan dan pegangan hidup kita.


Mampukah kita berdiri dilandasan yang benar sekiranya di kiri dan kanan kita sentiasa mengajak kita melakukan perkara yang dimurkai Allah. Walaupun hati kecil ini selalu menjerit dan merintih.......mengapa....mengapa.....dan mengapa masih ada lagi insan yang masih belum menyedari dan insaf meskipun usia sudah jauh pergi dan semakin bertambah pula dari hari ke hari. Selagi hidayah Allah belum tiba...begitulah agaknya kehidupan yang akan dilalui setiap hari....mana mungkin hidayah itu kunjung tiba sekiranya tidak dicari....hanya atas kehendak Allah...ianya akan berlaku....seperti yang terjadi pada insan-insan yang terpilih.....


Semoga di tahun baru ini...kehidupan kita semua lebih terarah kepada Ilahi....bukannya terus hanyut dan leka dalam kehidupan yang tidak menjanjikan apa-apa ini... dan semoga dosa-dosa silam tidak lagi diulangi dan menjadi kekesalan yang tidak berpenghujung....... berunahlah untuk diri kita dan kerana mengharapkan keredhaan Ilahi....tanpaNya siapalah kita di dunia yang fana' ini....