" Oh Tuhanku, dosaku amat besar, namun jika aku bandingkan dengan ampunanMu, pastilah ampunanMu jauh lebih besar........."
Kaum wanita zaman dahulu mampu memahami dengan baik bahawa hakikat sembahyang adalah hubungan ( komunikasi ) antara hamba dengan Allah. Dalam hubungan antara hamba dengan Khaliq, maka hanya orang-orang yang khusyuk sajalah yang mendapat balasan baik dari sembahyangnya:
" Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya...." ( surah al-Mukminun : ayat 1 - 2 )
Bertolak dari pengertian mendalam itulah mereka sentiasa bersemangat untuk menghidupkan malam-malam mereka dengan solat yang khusyuk, dan meninggalkan urusan dunia buat sementara. Mereka menyedari bahawa bekalan yang paling baik untuk akhirat dan untuk menyeru sesama kaum muslimin adalah solat, sebab solat memberikan kekuatan untuk menghadapi kesusahan.
Menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, terutama mengerjakan solat adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menurut satu riwayat daripada Anas bin Malik r.a. nahawa Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke dalam masjid, kemudian melihat ada tali yang melintang antara dua sudut masjid, maka baginda bertanya " untuk apa tali ini " mereka berkata : " tali ini milik zainab, jika dalam keadaaan lemah, ia berpegang pada tali ini. Rasulullah s.a.w. bersabda : " bukalah tali ini, smbahyang lah kamu sesuai dengan kemampuan kamu, jika lemah maka solatlah dalam keadaan duduk."
Menerusi hadis tersebut dapat diambil kesimpulan bahawa para wanita ketika itu benar-benar memaksa diri mereka untuk mendapat redha Allah. Lalu Nabi s.a.w. melarang mereka memaksakan diri melakukan hal-hal yang di luar kemampuan mereka. Sesungguhnya ibadah yang paling baik adalah yang dilakukan secara berterusan meskipun sedikit.
Sebaliknya, kaum wanita pada zaman sekarang menggunakan seluruh waktu mereka untuk urusan keduniaan. Bukankah sebaiknya mereka bangun di tengah malam untuk melakukan solat supaya mereka mampu mengalahkan syaitan. Ketahuilah bahawa perkara terbaik adalah yang pertengahan. " Celakalah orang-orang yang berlebihan, " Rasulullah s.a.w. mengulangnya sebanyak tiga kali, ini menunjukkan betapa buruknya melakukan sesuatu yang berlebihan di luar kemampuan.
No comments:
Post a Comment