Monday, June 11, 2012

RedhaMu Ya Allah....dambaanku


Semua benda yang cantik dan menarik di dunia ini akan menjadi buruk dan hancur satu hari nanti......begitu juga dengan penghujung kehidupan manusia dan tidak ada satu pun
yang dapat menyelamatkannya daripada berlaku....sejak lahir manusia melalui proses
ketuaan yang tetap sehinggalah sampai ajalnya....Fakta ini amat jelas bagi semua orang, namun manusia tetap terbawa-bawa dengan kejadian-kejadian seharian..mereka terlalu menumpukan perhatian kepada urusan-urusan dunia daripada apa yang sepatutnya....
Mengejar sesuatu manfaat yang akhirnya akan hilang kepentingannya adalah sia-sia belaka...dengan bersikap jahil terhadap fakta ini dan meneruskan usaha-usaha bagi tujuan mendapatkan objektif keduniaan semata-mata akan menyebabkan manusia tidak habis-habis menyesal...



Walaupun diri anda sukar menuruti suara hati...janganlah berpura-pura tidak mengetahui
bahawa suara hati anda sebenarnya membimbing ke jalan yang benar.....
ingatlah Allah 
memiliki suara hati yang mutlak...Sekiranya anda berterusan mengikut ajaran al-Quran
dan sentiasa peka kepada suara hati anda, Allah SWT akan menganugerahkan
anda balasan yang tidak terhingga walaupun perbuatan-perbuatan anda itu
nampaknya remeh sahaja. Disebaliknya bagi orang-orang yang berterusan bersikap jahil kepada ajaran al-Quran dan suara hati mereka...sudah tentu balasan Allah tidak akan sama..



No comments:

Post a Comment