Menyusuri perjalanan seorang sufi membuat kita sering bermuhasabah tentang diri kita...dimanakah kita di dunia ini...adakah layak kita digelar seorang mukmin atau muslim semata....yang pasti antara keduanya membawa pengertian yang amat berbeza.....tanyalah diri wahai sebenar diri....adakah aku seorang muslim yang mukmin atau tidak.........
Keadaan ( atau hal ) seorang Sufi
Seseorang ahli Sufi dapat membuktikan apa yang orang awam
selalu ditanya dan tidak dapat menjawab : apa buktinya Fatihah itu Ummul Kitab?
Dengan membaca Fatihah kepada seseorang Nabi a.s atau malaikat , Nabi a.s atau
malaikat itu terus hadir dihadapannya –itulah pembuktiannya. Hal atau keadaan
seorang Sufi sentiasa menuju kea rah insanul kamil (atau nafsu kamaliyah). Jika
dia berada lama dalam hal ini , diharus turun balik ke nafsu mutmainnah kerana
menjadi tugasnya untuk bercampur dengan manusia dan menyebarkan misinya untuk
membawa manusia mengenal Allah s.w.t. Dia membawa nubuwwah dalam wilayah ,
kerana wilayah itu lebih am (general) dari nubuwwah. Dia rapat dengan al-Quran
dan memahami hakikat al-Quran dalam dirinya – itu sebabnya akalnya bernama aqal
Qur’ani ( ini terbukti mengikuti sunnah sebab Nabi Muhammad s.a.w sendiri
dihuraikan oleh Saidatina Aisyah r.a sebagai Quran berjalan) . Antara hal-hal
yang pelik berlaku ialah Quran turun dari langit terus masuk ke kepala dan
dadanya ( dua peristiwa yang berbeza) selalu pada suatu malam Jumaat atau
ketika waktu khutbah Jumaat . Dengan prasyarat (dalam bentuk tajalli ini) ini
dia akan dapat memahami makna batin al-Quran (selain daripada makna zahir yang
boleh dipelajari dari tulisan para Imam –imam mufassirin yang terkenal seperti
Ibn Kathir , al-Qurtubi dll) , had dan mathla’nya. 4 dimensi al-Quran ini pula
melambangkan pendedahan tentang rahsia alam nasut (makna zahir) , alam malakut
(makna batin) , alam jabarut ( hadd) dan alam lahut ( mathla’). Dalam
makam-makam dan waktu tertentu ahli Sufi ini akan diajari oleh salah seorang
dari 25 nabi-nabi a.s . Itu sebabnya Ibn Arabi menulis kitab Fusus al-Hikam
untuk menerangkan dan menghuraikan hikmah-hikmah para anbiya’ tersebut untuk
ahli Sufi akan datang kerana hikmah mengatasi ilmu pengetahuan manusiawi. Dia
dapat dengan inayah Allah s.w.t mengosongkan jiwanya untuk menerima hikmah ini
kerana ilmu kenabian dan wilayah adalah ilmu yang tidak berdasarkan akal
melainkan diganti oleh Allah s.w.t dengan akal Qur’ani , bukan akal biasa yang
berfikir mengikut hukum fizik ( sebab musabab).
Diantara bukti atau tanda kenaikan maqam seseorang ahli Sufi
ialah penerimaan khirqah (jubah) atau mungkin burdah (serban atau kain penutup
kepala) . Ini selalunya diterima atau disampaikan oleh gurunya daripada orang
lain . Dengan memakainya dia akan dapat bertabarruk dan dapat mengalami hal
(keadaan) orang yang pernah memakainya – contohnya dapat melihat cahaya Dzat
Allah s.w.t seperti yang dialami Nabi Musa a.s . Penyingkapan lain antaranya
ialah mengalami dan menyelami zaman perjanjian dengan Rabb iaitu zaman roh
melakukan perjanjian dengan Allah s.w.t iaitu era “ alastu birobbikum , qolu
bala syahidna” – almasyadu tauhidi .
Jika dia berbuat kesalahan , gurunya akan memerintahkannya
melaksanakan solat taubat yang perlbagai : antaranya solat taubat anggota luar
( tangan , kaki, hidung , mulut , mata dan telinga) dan juga solat taubat anggota
dalaman dan juga 7 lathaif. Allah s.w.t akan membuka sebahagian rahsia roh –
selain daripada melihat rohani seseorang dalam pelbagai wajah dia juga akan
dapat melihat roh pelbagai objek contohnya roh Kaabah dan roh Hajar Aswad. Oleh
itu dia tidak hairan mendengar cerita bagaimana para waliyullah zaman dahulu
(contohnya Sh. Ahmad Yasawi rah.) dapat menghadirkan Kaabah dan Hajar Aswad
dihadapan anak muridnya. Kerana memahami dan mengenal roh Hajar Aswad misalnya
, bukan saja dia akan kucup tetapi dia juga akan memeluk Hajar Aswad itu sebab
roh Hajar Aswad itu “adalah Dia dan bukan Dia” sekaligus – itu sebabnya hadith
menyebutkan bahawa mereka yang mencium Hajar Aswad sebenarnya bersalaman dengan
Tangan Allah s.w.t.
Mereka akan melihat banyak pembuktian hadith dalam
perjalanan hidup mereka , antaranya melihat malaikat mengajar mereka yang belum
khatam al-Quran sewaktu hidupnya , dengan al-Quran di dalam kubur (alam
barzakh). Ini selalunya berlaku kepada mereka yang menyesal dan kemudian
bersungguh-sungguh untuk menperdalami al-Quran diwaktu tua. Oleh itu ,
penampakan ini sebenarnya adalah maksud “ Carilah (pelajarilah) ilmu hingga ke
liang lahad”. Dia akan selalu terkenang kata-kata azimat gurunya “ orang yang
bodoh masuk neraka, orang yang pandai masuk surga” – sebab orang yang bodoh itu
malas mencari ilmu sedang orang yang pandai itu rajin dan berusaha bersungguh
sungguh mencari ilmu.
Dalam banyak keadaan Nabi-nabi yang datang mengajarinya
adalah dari kalangan ulul azmi – mereka jugalah yang menjaga Lathaif-lathaif
dalam diri kita. Kadang- kadang tersingkap (ini selalunya berlaku atas
keperluan atau permintaan dari seseorang) penampakan samada seseorang itu
bercakap bohong atau benar atau dapat melihat penceramah agama yang bercakap
dalam TV keadaan sebenar orang itu – sebab cahaya atau zulumat yang keluar dari
mulutnya dapat dilihat. Mereka juga memahami bahawa makhluk-makhluk bathil juga
adalah ciptaan Allah s.w.t dan selalau meletakkan perlindungan dalam doa “ Aku
berlindung dariMu dengan Mu”. Dalam banyak keadaan manusia biasa akan selalu
memandang serong terhadap banyak perbuatannya – tapi dia tidak memperdulikan
pandangan manusia sebaliknya dia taat terus kepada perintah Tuhannya , sebab
dia melihat “kebatinan” sesuatu perbuatan dan tidak menumpukan kepada zahirnya
perbuatan itu. Mereka juga akan mengalami mikraj (sebagaimana yang dihurai oleh
Imam Qusyairi bahawa Rasulullah s.a.w mengalami mikraj secara ruh 33 kali
sebelum mikraj dengan jasad dan ruh) secara ruh selain daripada mikraj ketika
solat ( ke Sidratul Muntaha atau bawah Arsy).Dia akan diajari oleh gurunya
banyak ilmu yang tidak tertulis dalam kitab atau buku yang merupakan sebahagian
daripada ilmu asrar (rahsia) yang hanya boleh diajar kepada orang yang layak –
dalam kes ini seseorang sufi itu diberi penempatan khawas oleh gurunya untuk
seterusnya mencapai maqam khawasul khawass. Keadaannya adalah seperti yang
disebut dalam al-Quran “ Masing-masing kelompok tempat minumnya sendiri “ (Al
Baqarah 2 ayat 260) , sedang gurunya seperti Rasulullah s.a.w akan mengatakan “
Aku hanya seorang manusia biasa seperti kamu” ( Al Kahfi 18 ayat 110).
Kekusyukan dalam setiap ibadatnya (khasnya solat dan zikir) sangat penting
baginya agar dia tidak melanggar perintah Allah agar tidak mengingat
(menempatkan) yang lain seperti yang difirmankan dalam surah Al jinn 72 ayat
18. Dia selalu mengingati pesan Allah sw.t bahawa syaitan adalah musuhnya – dan
syaitan itu diperanginya dengan bersungguh-sungguh (dengan jihad) . Pada musuh
dari kalangan manusia dia akan berdoa “ Wahai Allah , banyakkanlah hartanya dan
anak-anaknya” sebab pasti dengan dua ujian ini musuhnya akan binasa.
Zikirnya ahli Sufi sangat berbeza dengan zikir orang awam. “
Dan ingatlah Tuhanmu di saat kamu lupa” ( Al Kahfi 18 :24) – iaitu dia berzikir
dengan memfana’kan diri (lupa diri) iaitu balik kepada kejadian awal diri
manusia seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t “ Bukankah telah datang
kepada manusia waktu dari kehidupannya , ketika ia bahkan belum boleh disebut”
( Surah 76 ayat 1). Banyak juga hikmah yang dia dapatkan dan salurkan kepada
orang ramai (khasnya rakan-rakan dan orang yang berdekatan dengannya )
contohnya , dia anjurkan :
Guna surah-surah
pendek (Juz Amma) dalam al Quran sebagai mas kahwin walaupun sudah ada wang dan
hadiah disertakan dalam sesuatu pernikahan.
Menasihati orang
lain untuk bersabar dan bersyukur – dia memahami hakikat ketunggalan (sebatang
karanya ) manusia- sebenarnya kekasih Adam a.s adalah Allah s.w.t bukan Hawa
a.s , sebab Hawa itu datang dari dirinya Adam (tulang rusuknya). Begitu juga ,
seseorang suami atau isteri berfikir isteri atau suaminya itu kekasihnya ,
tetapi cuba renungkan – ibubapa mertua juga adalah ibu dan bapa kita. Oleh itu
dari satu segi isteri atau suami kita itu “adik beradik” kita – jadi , kesimpulannya
Allah s.w.t jualah Kekasih kita sebab suami atau isteri hanya “adik beradik”.
Pada pandangan
mereka manusia semua sama (baik Islam atau kafir) dan tidak membeza-bezakan
mereka ( sebab yang Islam hari ini mungkin murtad esok atau yang kafir hari ini
mungkin jadi islam esok). Binatang-binatang seperti kucing , burung dan
lain-lain suka mengusapkan badan kepada ahli Sufi untuk mengambil cahaya dan
keberkatannya.
No comments:
Post a Comment