Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Kali
ini, aku ingin berkongsi sebuah kisah dengan sahabat-sahabat semua. Semoga
kisah ini dapat menjadi pengajaran dan panduan buat sahabat-sahabat serta buat
diri sendiri khususnya.
Kisahnya
bermula begini. Ada seorang ahli sufi yang memang terkenal dengan doanya yang
mustajab sehingga tiada satu pun doanya yang tidak dimakbulkan oleh Allah. Pada
suatu hari, ahli sufi tersebut keluar dari rumah dengan berjalan kaki.
Sehinggalah beliau sampai di depan sebatang sungai dan dia ingin ke seberang
sana. Jika dia mahu, dia boleh saja berdoa kepada Allah supaya dia dapat
berjalan di atas air dan menyeberang sungai dengan sekelip mata. Namun, beliau
tidak melakukannya, bimbang akan timbul perasaan riak di dalam hatinya.
Setelah
menunggu, datanglah sebuah samapan yang membawa penumpang ke seberang. Di atas
sampan tersebut kelihatan beberapa orang yang mempunyai tujuan yang sama.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang bertanya kepada ahli sufi tersebut,
"Wahai
ahli sufi, bagaimana kamu berdoa sehingga semua doa-doamu makbul?"
Ahli
sufi hanya berdiam tanpa menjawab soalan lelaki tersebut.
Sehinggalah
sampai satu masa hanya tinggal tiga orang dalam sampan tersebut iaitu pendayung
sampan, lelaki serta ahli sufi tersebut. Tiba-tiba, ahli sufi menolak lelaki
tadi sehingga terjatuh ke dalam sungai. Lelaki tersebut dengan semena-mena
menjerit meminta tolong. Lelaki itu tidak tahu berenang, dan dia memang
bersungguh-sungguh menjerit meminta tolong. Sehinggalah sampai masa pendayung
sampan terjun untuk menyelamatkannya.
Sehinggalah
lelaki tersebut selamat dan kembali berada di dalam sampan. Setelah
menghilangkan penat akibat tercungap-cungap lemas tadi, dia kembali bertanya
kepada ahli sufi,
"Wahai
ahli sufi, mengapa engkau menolak aku ke dalam sungai?"
"Aku
hanya bertanya satu soalan kepada engkau, bagaimana engkau berdoa dan semua
doamu mustajab," sambung lelaki itu lagi.
"Itulah
jawapanku kepada soalanmu," jawab ahli sufi.
Jawapan
itu membuatkan lelaki tersebut terpinga-pinga. Ahli sufi kemudian menyambung
dengan persoalan,
"Bagaimana
keadaanmu ketika di dalam sungai tadi?"
"Tadi
ketika di dalam sungai, aku menjerit-jerit meminta tolong. Berharap semoga
adanya pertolongan yang datang, kerana aku sedar aku tak boleh berenang. Aku
berdoa kepada Allah supaya adanya orang yang akan datang menyelamatkan aku. Aku
bersungguh-sungguh berdoa meminta pertolongan dengan menjerit meminta tolong,"
"Itulah
sebenarnya cara kita berdoa kepada Allah. Jika kita inginkan sesuatu daripada
Allah, seharusnya kita minta dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan
keyakinan dalam doa kita kepadanya,"
Akhirnya,
lelaki yang bertanya faham dengan penjelasan yang cuba disampaikan oleh ahli
sufi tadi.
Tambahkan pengetahuan kesufian dengan melayari www.kesufian.com
ReplyDelete