“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga
adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
... I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa
hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari
dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan
daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian
dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan
diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut,
bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita
bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita.
“Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan
kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu
dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu
akan lesap.
Anak: *termakan cili
So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.
P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...
Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji
kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."
No comments:
Post a Comment