Wednesday, November 5, 2014

MEE CALONG





Semalam punya cite..rai tetamu dengan mee calong...bertambah2x tetamu tu makan mee calong ni..3x tau hehehe.mee calong yang terkenal di sekitar Kuantan terutama Beserah, Sg Karang dan balok...dr kecik sampai le besar ...tak pernah jemu...mak selalu duk masak mee calong ni...ni belajor dari mak le ni..tapi kalau kat kampung Beserah ni mmg banyak kedai2 yang jual mee calong ni..

Resepi..

Mee kuning @ mee lidi dicelur @ mee hoon dicelur
daun sup + daun bawang dipotong halus
bawang goreng
nak special sikit tambah telur yang direbus dlm kuah mee calong...

Kuah Calong
air 1 periuk
lada sulah


setengah genggam bilis (ditumbuk)
bahan tumis (2 biji bawang besar + 2ulas bawang putih dimayang halus, kayu manis, bunga lawang digoreng dlm minyak panas hingga layu tp jangan sampai garing sangat ye)
daun bawang +daun sup potong kasar2


Cara-caranya:

masak air 1 periuk, masukkan lada sulah kemudian masukkan bilis tumbuk..agak2 dah mendidih masukkan bahan tumis tadi..dan masukkan daun bawang dan sup slow kan api perasakan dgn garam dan perisa

butir ikan dan keropok lekur (2 in 1)
1 kilo ikan kembong diambil isi sahaja
1 1/2 cawan tpung ubi kayu@kanji
1-1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecik ajinomoto
3/4 cawan air ais


1 periuk air mendidih masak atas dpur
blend semua sampai hancur dan sebati (rasa dulu ok ke tak kalau tawar tambah garam)
amik sikit tpg ubi letak kat tangan dan amik sikit adunan ikan tu bulat2kan kecik2 je..buat separuh adunan separuh adunan lagi boleh buat kopok lekur..
adunan butir yang dibulat2kan masukkan dlm air menddih masak hingga butir terapung..tunggu dlm 5 minit baru angkat

No comments:

Post a Comment