Tuesday, January 25, 2011

Wardah Islamic Fashion Store: Tudung Syria Labuh

Wardah Islamic Fashion Store: Tudung Syria Labuh: "Tudung syria labuh twist yang anggun dengan kualiti kain lycra yang dijamin gred A. HARGA: RM45/pcs termasuk inner dwi-tona dan (witho..."

Friday, January 14, 2011

Nur Fatihah : Pemergiaanmu Meninggalkan Seribu Erti


Benarlah janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan kembali menemuiNya, ianya akan berlaku kepada setiap makhluk sama ada kita bersedia atau tidak bersedia, kita tetap akan melaluinya.


Nur Fatihah, usiamu begitu muda namun kau telah pergi untuk selamanya mengadap Rabbul Jalil. Pemergianmu juga mengingatkan diriku bahawa ajal tidak mengenal usia, apabila tiba detik janji kita akan bertemu dengan kekasih sejati kita, Allahu Rabbi. Pada Allah ku panjatkan doa agar rohmu ditempatkan dalam golongan orang beriman dan roh para ahli syurga.


Nur Fatihah.....sesungguhnya terlalu berat dugaan yang engkau alami, sejak mula kau mengetahui penyakit itu, kehidupanmu berubah secara mendadak, aktiviti seharianmu juga tidak selincah dulu, sedangkan semua orang tahu tingkah laku tidaklah sedemikian, namun begitu...kau seolah-olah melupakan terus penyakitmu dengan gelak tawa mu yang begitu menyenangkan ramai orang. keceriaan mu membuatkan semua orang di sekelilingmu menganggap bahawa penyakit yang pernah singgah dalam tubuhmu telah beransur pergi....tetapi..... itulah janji Allah.....antara sebab dan musabab pemergianmu... penyakitmu muncul kembali di saat kau tekun menghadapi peperiksaan SPM....kau begitu bersemangat mengulangkaji tanpa kau sedari......penyakit itu sedikit demi sedikit telah memakanmu...sehingga akhirnya tamat sahaja SPM kau telah dimasukkan ke hospital...meskipun itu bukan pintamu. Berapa kali kau beritahu enggan menjalani rawatan kimoterapi...lantaran implikasi yang tidak tertanggung olehmu...


Begitulah....keengganan mu bersebab...seolah-olah engkau telah mengetahui akhir hidupmu...Tanggal 2 Januari 2011....jam 12.07 malam doktor mengesahkan kau telah kembali ke rahmatullah....menggeletar tubuhku menerima berita kehilanganmu...bukannya aku tidak redha dengan pemergianmu tetapi.......terlalu banyak alasan buatku betul-betul rasa terkilan....Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap apa yang dilakukanNya....


Dari jauh... aku tidak pernah lupa untuk sedekahkan al-Fatihah buatmu....mudah-mudahan Allah tempatkan dirimu di antara penghuni ahli syurga....Sesungguhnya aku tidak pernah lupa dengan genggaman erat tanganmu di saat kau bertarung dengan maut.... kalimah Allah yang tidak pernah lekang di hatimu meskipun bibirmu tidak mampu lagi untuk berkata-kata....hanya linangan airmata yang mampu kau tunjukkan betapa azabnya disaat nyawa berpisah dari jasad......


Tenanglah dalam persemadian.......Nur Fatihah.....sesungguhnya kehidupan disana lebih baik buatmu dan ketahuilah Allah amat menyayangimu.....Kami yang tinggal tidak akan melupakan dirimu....kau tetap akan kekal dalam ingatan kami semua... AL-FATIHAH....

Wednesday, December 15, 2010

Sembahyang Adalah Penawar Bagi Hati Yang Susah..

" Oh Tuhanku, dosaku amat besar, namun jika aku bandingkan dengan ampunanMu, pastilah ampunanMu jauh lebih besar........."
Kaum wanita zaman dahulu mampu memahami dengan baik bahawa hakikat sembahyang adalah hubungan ( komunikasi ) antara hamba dengan Allah. Dalam hubungan antara hamba dengan Khaliq, maka hanya orang-orang yang khusyuk sajalah yang mendapat balasan baik dari sembahyangnya:
" Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya...." ( surah al-Mukminun : ayat 1 - 2 )
Bertolak dari pengertian mendalam itulah mereka sentiasa bersemangat untuk menghidupkan malam-malam mereka dengan solat yang khusyuk, dan meninggalkan urusan dunia buat sementara. Mereka menyedari bahawa bekalan yang paling baik untuk akhirat dan untuk menyeru sesama kaum muslimin adalah solat, sebab solat memberikan kekuatan untuk menghadapi kesusahan.
Menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, terutama mengerjakan solat adalah cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menurut satu riwayat daripada Anas bin Malik r.a. nahawa Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke dalam masjid, kemudian melihat ada tali yang melintang antara dua sudut masjid, maka baginda bertanya " untuk apa tali ini " mereka berkata : " tali ini milik zainab, jika dalam keadaaan lemah, ia berpegang pada tali ini. Rasulullah s.a.w. bersabda : " bukalah tali ini, smbahyang lah kamu sesuai dengan kemampuan kamu, jika lemah maka solatlah dalam keadaan duduk."
Menerusi hadis tersebut dapat diambil kesimpulan bahawa para wanita ketika itu benar-benar memaksa diri mereka untuk mendapat redha Allah. Lalu Nabi s.a.w. melarang mereka memaksakan diri melakukan hal-hal yang di luar kemampuan mereka. Sesungguhnya ibadah yang paling baik adalah yang dilakukan secara berterusan meskipun sedikit.
Sebaliknya, kaum wanita pada zaman sekarang menggunakan seluruh waktu mereka untuk urusan keduniaan. Bukankah sebaiknya mereka bangun di tengah malam untuk melakukan solat supaya mereka mampu mengalahkan syaitan. Ketahuilah bahawa perkara terbaik adalah yang pertengahan. " Celakalah orang-orang yang berlebihan, " Rasulullah s.a.w. mengulangnya sebanyak tiga kali, ini menunjukkan betapa buruknya melakukan sesuatu yang berlebihan di luar kemampuan.

Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 H

Salam Maal Hijrah........ Tahun baru hijrah telah meninggalkan seribu kenangan yang begitu mengusik perasaan. Hanya harapan di tahun baru ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik. Dosa-dosa semalam sentiasa menjadi igauan di siang hari..... sememangnya setiap insan di dunia ini bukannya maksum...tidak sunyi dari melakukan kesilapan.....dan kesilapan itu sewajarnya kita akui dan cubalah untuk memperbaiki diri....lantaran Allah bersifat Maha Pengampun....maka pohonlah kemaafan dan keampunan dari Allah....moga-moga kehidupan kita selepas ini lebih bererti dan diberkati oleh Allah...

Itulah yang menjadi harapanku di tahun baru ini, untuk menjadi insan yang lebih baik daripada hari semalam...semalam yang telah di lalui sememangnya tidak lagi boleh kita ubah...yang termampu kita lakukan....perbaiki diri dan sedaya mungkin menjadi hamba Allah yang patuh pada setiap syariat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam al-Quran....Sesungguhnya Allah menyukai orang bertaubat lantaran kesilapan yang telah dilakukan.....jangan ditunggu hari esok atau hari tua baru keinginan untuk bertaubat itu menjengah...kita tidak boleh mengandaikan bila kita akan kembali mengadap Ilahi....justeru janganlah ditangguh kewajipan untuk bertaubat.....



Kadang-kadang terfikir juga....mengapa kita mudah sangat melakukan dosa....kita bukannya tidak tahu bahawa itu adalah satu kesalahan dan perkara Allah tidak suka....tetapi mengapa kita masih melakukannya....adakah kita merasa seronok dengan maksiat yang kita lakukan...biarpun keseronokan itu hanya bersifat sementara....itulah yang dikatakan iman manusia ada kala ianya meningkat dan tidak mustahil ia menurun seolah-olah kita baru mengenal Islam dan ada ketikanya tindak tanduk kita tidak ubah seperti insan-insan yang digelar musyrikin.....sama ada kita menyedarinya atau tidak itulah yang sering berlaku dalam kehidupan kita seharian.


Alunan kalimah-kalimah Allah begitu menyentuh perasaan...kadang-kadang tanpa disedari airmata keinsafan laju mengalir sebagai tanda protes hati terhadap setiap perlakuan yang telah jauh menyimpang daripada landasanNya. Ku syukuri Ya Allah......masih ada lagi peluang untukku memperbaiki diri di tahun baru hijrah ini...benarlah apa yang telah sejarah rungkaikan...untuk berjaya dan untuk menjadi manusia yang lebih cemerlang di dunia dan di akhirat kita perlu berhijrah....meninggalkan segala kekusutan, kekecewaan dan segala kealpaan kita sebelum ini....berhijrahlah...berubahlah....insya Allah kehidupan yang menunggu kita di hadapan lebih bersinar dan akan sentiasa bersinar selagi kita menjadikan al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. sebagai panduan dan pegangan hidup kita.


Mampukah kita berdiri dilandasan yang benar sekiranya di kiri dan kanan kita sentiasa mengajak kita melakukan perkara yang dimurkai Allah. Walaupun hati kecil ini selalu menjerit dan merintih.......mengapa....mengapa.....dan mengapa masih ada lagi insan yang masih belum menyedari dan insaf meskipun usia sudah jauh pergi dan semakin bertambah pula dari hari ke hari. Selagi hidayah Allah belum tiba...begitulah agaknya kehidupan yang akan dilalui setiap hari....mana mungkin hidayah itu kunjung tiba sekiranya tidak dicari....hanya atas kehendak Allah...ianya akan berlaku....seperti yang terjadi pada insan-insan yang terpilih.....


Semoga di tahun baru ini...kehidupan kita semua lebih terarah kepada Ilahi....bukannya terus hanyut dan leka dalam kehidupan yang tidak menjanjikan apa-apa ini... dan semoga dosa-dosa silam tidak lagi diulangi dan menjadi kekesalan yang tidak berpenghujung....... berunahlah untuk diri kita dan kerana mengharapkan keredhaan Ilahi....tanpaNya siapalah kita di dunia yang fana' ini....

Monday, November 29, 2010

Pesanan Rasulullah s.a.w terhadap wanita

  • Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias ( bukan untuk suaminya ) adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya.
  • Wanita yang taat berkhifmat pada suami, akan tertutup pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang disukai dengan tidak dihisab.
  • Wanita yang taat pada suaminya semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya ( serta menjaga solat dan puasanya ).
  • Sebaik-baik wanita ialah isteri, yang apabila kamu memandangnya ialah menggirangkan kamu, jika engkau memerintah dituruti perintah engkau, jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
  • Perempuan tidak berhak keluar rumah melainkan jika terpaksa ( kerana sesuatu urusan yang mustahak ) dan ia tidak berhak melalui jalan-jalan melainkan ditepi-tepinya.
  • Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya, " tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun." Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
  • Wanita yang mati dalam keadaan suaminya redha tidak marah padanya, nescaya ia masuk syurga.
  • Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah ( perang sabil )
  • Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkan.

Wednesday, July 21, 2010

Wahai Isteriku..............

Wahai isteriku, Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu aku tidak mampu memberikannya selalu kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya Wahai isteriku Haraplah pada Allah SWT KERANA Allah SWT yang memegang jiwaku agar aku menghargai dirimu Wahai isteriku Jangan sesekali kau menangis keranaku tetapi menangislah kerana Allah SWT yang kekadang kau lupa akan diriNya kerana terlalu mengharapkan penghargaan daripadaku Wahai isteriku Aku takut meletakkan harapanku kepadamu kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT untuk membimbingmu menjadi isteri yang terbaik untukku Wahai isteriku


Aku takut menghargai dirimu melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT Wahai isteriku Dikala kau bersedih keranaku ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah kerana kau mengharapkan diriku lebih daripadaNya Wahai isteriku aku tidak mampu membahagiakan dirimu kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu Wahai isteriku simpanlah air matamu hanya untuk Allah bukan untuk diriku kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan aku daripada Allah Wahai isteriku sesungguhnya aku menyayangi dirimu hanyalah kerana Allah SWT yang melantik diriku menjadi wakil utk menyayangimu


Wahai isteriku sesungguhnya aku menjadi penemanmu semata-mata kerana Allah SWT yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya Wahai isteriku Sesungguhnya aku juga insan yang lemah yang sekadar memiliki kudrathanya atas apa yang Allah izinkan untukku Wahai isteriku tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku untuk menghargai dirimu Wahai isteriku semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah oleh Allah SWT dengan semata-mata mengharapkan diriNya


Wahai isteriku, aku redha dan rela dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintai diriku Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,kau bukan sekadar mencintai diriku,malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku. Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT. Wahai isteriku, Aku mencintaimu kerana Allah SWT dan aku mengharapkan kau juga begitu.


Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah. Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah. Jagai jiwa kami ya Allah. Sesungguhnya perkahwinan kami ini atas kehendakMu ya Allah. Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah..terima kasih.

Wednesday, June 30, 2010

Hati Sakit atau Sihat.....

Sebuah hadis yang menarik untuk kita kita renungkan adalah tentang respon atau tindak balas hati manusia mukmin yang melakukan amalan sama ada baik atau buruk. Imam at-Tirmizi meriwayatkan bahawa seseorang hamba itu masih dikira mukmin sekiranya dia mempunyai dua sifat, iaitu ketika dia melakukan kebaikan, hatinya gembira dan ketika dia melakukan dosa, hatinya tidak selesa dan tidak senang. inilah petunjuk yang kita cari dalam menentukan sama ada hati kita masih baik, sakit atau tenat.
Sekiranya kita masih lagi merasai pahitnya dosa dan lazatnya beribadah, itulah hati yang beriman dan bersyukurlah. Namun sekiranya kita tidak merasai kelazatan ibadah, malah lazat itu bertukar menjadi tidak tenang dan runsing, ini amat membimbangkan.
Kita renungkan sebuah hadis riwayat Imam Muslim sewaktu nabi s.a.w. disoal oleh seseorang sahabatnya bernama an-Nawwas bin Sam'an tentang apa itu kebaikan dan apa itu dosa. Rasulullah s.a.w. memberikan jawapan yang padat dan ringkas dengan sabda baginda yang bermaksud : " Kebaikan itu adalah kesempurnaan akhlak, dosa pula ialah apa yang mengganggu di hatimu dan engkau tidak suka ia diketahui oleh manusia.
Inilah petunjuk yang boleh kita gunakan untuk menilai sejauhmana sihatnya hati kita. Bagi seorang mukmin yang memiliki hati yang bersih atau yang masih sihat dan tidak kronik sakitnya, dirinya akan merasa terganggu dan gelisah apabila melakukan dosa. Ditambah dengan sifat malunya sekiranya dosa itu diketahui oleh manusia lain. Bandingkan keadaan ini dengan sikap sebahagian muslim yang tidak merasa bersalah langsung ketika melakukan dosa. malah mereka suka dan gembira apabila dosanya diketahui oleh orang lain.