Friday, June 15, 2012
Sakit Kepala Dan Rawatannya
(( Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala ))
Dalam Sakit..ada nikmatnya..
Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita
perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya
umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri
nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan
merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada
hamba-hambanya.
Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh
orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila
nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah
melenyapkan kebahagiaan.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."
Namun sebagai orang hamba yang beriman, apabila ditimpa
musibah penyakit ia tetap berzikir kepada Allah, bersyukur, bersabar dan
mengharapkan ganjaran pahala. Sebagai mana sebuah hadis riwayat Muslim daripada
Suhaib r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud):
'sungguh ajaib keadaan seorang mukmin. Seluruh keadaanya
pasti menjadi baik. Dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan
orang beriman. Apabila ia memperoleh
kenikmatan, ia akan bersyukur, maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat
dirinya."
Betapa Beruntungnya Orang
yang Sakit
Sekiranya orang yang sakit mahu merenung pelbagai
keuntungan dan kebaikan dari penyakitnya, nescaya ia tidak akan mengangankan
kesembuhan daripada penyakit tersebut.
Salah satu kelebihan sakit ialah ia dapat mengangkat
darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada
Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."
Apabila cubaan dan penyakit
menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu
bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih
daripada Tuhannya. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
"Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah percepatkan seksaan di dunia."
Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mengalami demam yang amat teruk. Beliau bertanya: "Wahai Rasulullah! Engkau juga mengalami demam seteruk ini?" Baginda menjawab: "Betul. Bahkan aku merasa demam dua kali ganda lebih berat daripada yang biasa kamu rasakan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sa'ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang: "Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Beliau menjawab: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): 'Orang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang dibawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah maka cubaan yang menimpanya sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di bumi tanpa memiliki sekelumit dosa pun."
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu al-Saib. Baginda bertanya: "Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu al-Saib?" Wanita itu menjawab: "Demam, Allah tidak memberkati padanya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapauskan dosa anak-anak adam..."
Ulama' Mengharapkan Sakit
Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan: "Sesungguhnya para ulama' dahulu mengharapkan
ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau."
Mengapa perlu bersedih apabila
ditimpa penyakit? Kemungkinan dengan penyakit itu kita memiliki kedudukan di
sisi Allah Taala yang tidak dapat dicapai oleh perbuatan amal ibadat. Jadi,
Allah terus memberi cubaan kepada kita dengan hikmah-Nya yang mungkin kita
tidak menyukainya, lalu ia mengurniakan kepada kita kesabaran dalam
menghadapinya sehingga kita mencapai kedudukan tersebut.
Antara Maha Lembutnya Allah s.w.t. dan rahmat-Nya, bahawa
apabila Allah menutup satu pintu kebaikan bagi seseorang, nescaya ia akan
membuka banyak lagi pintu kebaikan yang lain. Bagi orang yang sakit, Allah
tidak menghalangnya daripada mendapat pahala daripada pelbagai ibadah yang
biasa mereka lakukan, meskipun mereka tidak menyempurnakan lagi kerana mereka
sakit.
Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Musa al-'Asy'ari r.a., beliau bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Kalau seseorang hamba sakit atau sedang bermusafir, pasti Allah akan menulis baginya pahala seperti ketika ia mengamalkan ibadah semasa masih sihat dan sedang bermukim."
Kemuliaan apa lagi yang mahu
diperoleh setelah diberikan Allah kemuliaan ini? Keutamaan apa pula yang lebih
luas selain daripada keutamaan dari Allah yang mengurniakan pelbagai
kenikmatan? Ketika sakit, seorang hamba berehat, namun Allah masih menulis
pahala daripada ibadah dan perbuatan baik yang diamalkan semasa sihat.
Jangan Risau! Setiap Kesukaran Itu Ada Kemudahan
Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan,
pasti Allah mendatangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia menjadi
sunnatullah yang berlaku terhadap makhluk-Nya.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5
hingga 6 yang bermaksud:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada
kemudahan(5). Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan(6)."
Boleh jadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu
membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti akan ada jalan
keluar dari sisi Allah yang akan diperolehnya. Mungkin sahaja seseorang yang
menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak akan dapat memperoleh
penyelesaian, tiba-tiba terbuka di hadapannya jalan keluar yang tidak pernah ia
terfikir sebelumnya.
Bagi orang diberi ujian(penyakit) daripada Allah,
janganlah kita berburuk sangka kepada Allah, berasa kecewa dan berputus asa
kerana apa-apa sahaja yang terdapat dalam persangkaan seorang hamba, maka
begitulah yang Allah lakukan terhadapnya.
Jika hamba itu bersangka baik kepada-Nya, maka Allah akan
memberikannya perkara-perkara yang baik. Sebaliknya jika hambanya bersangka
buruk terhadap dirinya, maka Allah menganggap ia sebagai satu doa, bahkan Allah
akan mengabulkan doa itu sesuai dengan permintaannya sebagaimana hadis riwayat
oleh Imam Ahmad:
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla berfirman: 'Aku hanya
mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku, Aku pun
akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat
begitu terhadapnya."
Apa pun, sentiasalah bersabar atas dugaan kesakitan
yang diberi kerana sedetik masa orang yang sakit itu dinilai oleh-Nya. Mungkin
nilaian inilah yang memberatkan timbangan amal kita apabila dihisab di akhirat
nanti. Wallahua'lam.
Bulan Rejab...Kelebihannya..
Diriwayatkan
bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah SAW menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya.
Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
Thursday, June 14, 2012
RABIA’TUL ADAWIYAH……Ahli Sufi Wanita..
RABIA’TUL ADAWIYAH……
Rabiah adalah salah satu tokoh sufi
wanita pada zamannya,beliau dilahirkan di kota Basrah tahun 95 hijriyah,dan
putri ke 4 dari seorang lelaki bernama,Ismail Adawiyah.Beliau hidup dalam
kemiskinan dan lingkungan yang serba kurang bahkan ketika Rabiah lahir lampu
untuk menerangi saat kelahirannyapun tidak ada. Rabiah yang lahir dalam
keadaan miskin tapi kaya akan iman dan peribadatan kepada Allah.
Ayahnya hanya seorang yang bekerja
mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan. Pada
akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan
Bani Umaiyah, yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan mulai
berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlomba-lomba mencari
kekayaan. Sebab itu kejahatan dan maksiat tersebar luas.
Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali. Namun begitu, Allah telah memelihara sebahagian kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri.Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan waktu dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Ayahanda Rabi’ah merupakan hamba yang sangat taat dan taqwa,hidup jauh dari kemewahan dunia dan tidak pernah berhenti bersyukur kepada Allah. Beliau mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berhasil menghafal kandungan al-Quran.
Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali. Namun begitu, Allah telah memelihara sebahagian kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri.Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan waktu dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Ayahanda Rabi’ah merupakan hamba yang sangat taat dan taqwa,hidup jauh dari kemewahan dunia dan tidak pernah berhenti bersyukur kepada Allah. Beliau mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berhasil menghafal kandungan al-Quran.
Sejak kecil Rabi’ah sudah berjiwa
halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. Memasuki
masa kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit,dan semakin sulit setelah
beliau ditinggal ayah dan ibunya,dipanggil Allah. Dan ujian2 lain yang menguji
keteguhan imannya,sampai dia sanggup,untuk menjadi hamba sahaya dari seorang
kaya raya pada zaman itu,dan ini terjadi karena penderitaan kemiskinan yang
dideritanya.
Cubaan demi cubaan dilalui Rabiah
dalam menjalani hidupnya yang sarat akan penderitaan dan karena beliau pintar
memainkan alat muzik, maka majikannya semakin menjadikannya sumber mencari wang
dengan keahlian yang dimiliki Rabiah.
Dalam keadaan hidup yang keras dan serba terkekang sebagai hamba sahaya,membuat Rabiah mendekatkan diri kepada Allah, dan selalu menyempatkan waktunya yang luang untuk terus bermohon kepada Allah, baik pagi maupun petang,malam dan siang. Amalannya tidak hanya sebatas berdoa saja tapi sepanjang hari dan sepanjang ada waktu dia senantiasa selalu berzikir dan berdoa, dan selalu melaksanakan amalan-amalan sunat lainnya dan saat melakukan solat sepanjang solat airmatanya selalu membasahi sajadahnya, air mata kerinduan kepada Allah sang Khaliq yang di rinduinya.
Dalam keadaan hidup yang keras dan serba terkekang sebagai hamba sahaya,membuat Rabiah mendekatkan diri kepada Allah, dan selalu menyempatkan waktunya yang luang untuk terus bermohon kepada Allah, baik pagi maupun petang,malam dan siang. Amalannya tidak hanya sebatas berdoa saja tapi sepanjang hari dan sepanjang ada waktu dia senantiasa selalu berzikir dan berdoa, dan selalu melaksanakan amalan-amalan sunat lainnya dan saat melakukan solat sepanjang solat airmatanya selalu membasahi sajadahnya, air mata kerinduan kepada Allah sang Khaliq yang di rinduinya.
Ada riwayat yang mengatakan beliau
telah terjebak dalam dunia maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan dasar
keimanan yang kuat dan belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah
untuk kembali bertaubat. Saat2 taubat inilah yang mungkin dapat menyadarkan
serta mendorong hati bagaimana merasai cara berkomunikasi yang baik antara
seorang hamba rabiah dengan sang Khaliq Allah swt dan selayaknya seorang hamba
bergantung harapan kepada belas ihsan Rabbnya.
Kecintaan Rabiah kepada Allah mengalahkan hidup dan kecintaannya kepada dunia dan isinya, hari-harinya habis untuk berkomunikasi dengan Allah betapa dia merasa dirinya adalah milik Allah hingga ada beberapa pemuda ingin melamarnya di tolaknya dengan halus.
Beliau selalu berbicara dengan Allah seolah-olah dekat sekali dengan Allah dengan bahasa yang indah dan doa-doa yang sangat menyentuh hati dan kata pujian seperti layaknya kerinduan seseorang kepada kekasih hatinya.Salah satu kata-kata Rabiah ketika ber munajat sambil air matanya mengalir.
Kecintaan Rabiah kepada Allah mengalahkan hidup dan kecintaannya kepada dunia dan isinya, hari-harinya habis untuk berkomunikasi dengan Allah betapa dia merasa dirinya adalah milik Allah hingga ada beberapa pemuda ingin melamarnya di tolaknya dengan halus.
Beliau selalu berbicara dengan Allah seolah-olah dekat sekali dengan Allah dengan bahasa yang indah dan doa-doa yang sangat menyentuh hati dan kata pujian seperti layaknya kerinduan seseorang kepada kekasih hatinya.Salah satu kata-kata Rabiah ketika ber munajat sambil air matanya mengalir.
“Kekasihku tiada menyamai kekasih
lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku
mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib dari penglihatanku
dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di
dalam hatiku walau sedetik pun.”
Ya Tuhanku!
Tenggelamkanlah aku di dalam
kecintaan-Mu
supaya tiada suatupun yang dapat
memalingkan aku daripada-Mu.”
Rabiah banyak menolak lamaran yang
datang kepada nya, dengan inilah alasannya:“Perkawinan itu memang
perlu bagi siapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan
untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak
mempunyai apa-apa pun.” Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali
yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-
mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredhaan Allah.
Rabi’ah telah mematikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada
akhirat semata-mata.
Selam 30 tahun selalu doa ini yang senantiasa di ulang-ulang ketika dalam solatnya
Selam 30 tahun selalu doa ini yang senantiasa di ulang-ulang ketika dalam solatnya
“Ya Tuhanku!
Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu
supaya tiada suatupun yang dapat
memalingkan aku daripada-Mu.”
Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu
supaya tiada suatupun yang dapat
memalingkan aku daripada-Mu.”
Di antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah sangat luar biasa di dalam mencintai Allah. Beliau menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Beliau memulaikan pemahamannya tentang sufinya dengan menanamkan rasa takut dari murka Allah seperti yang pernah ungkapkannya dalam doa-doa beliau.
“Wahai Tuhanku!
Apakah Engkau akan membakar
dengan api hati yang mencintai-Mu
dan lisan yang menyebut- Mu dan
hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah bukan karena pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata,tapi sudah menjadi kewajiban baginya
“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharap syurgaMu maka jauhkan aku dari syurgaMu ! Tetapi jika aku menyembah- Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada- Nya.
Rabi’ah meninggal dunia pada 135
Hijrah yaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredha
beliau, amin.
Untuk itu mari kita merenung adakah kita sadar akan sebuah hakikat yang ada di sebut dalam surat al Imran ayat 142,
Untuk itu mari kita merenung adakah kita sadar akan sebuah hakikat yang ada di sebut dalam surat al Imran ayat 142,
”Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga
padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata
orang yang sabar.”(QS. Ali-Imron[3]:142)
Bagaimana perasaan kita apabila orang
yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan
meletakkan kesalahan kepada orang tesrbut? Tidakkah terpikir oleh kita untu
merasakan dalam hati dan berdoa, “Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya
Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan
hanya hidup di sisi-Mu saja yang kekal. Selamatkanlah aku dari tipu daya yang
mengasyikkan.”
Sesungguhnya hendaklah kecintaan kepada Allah benar-benar dapat kita tanamkan kepada diri kita bukan hanya sekedar solat dan puasa atau ibadah ritual lainnya tapi yakin kan diri semakin kita mengenal Allah dengan dekat maka semakin ingin kita bertemu dan akan ada kerinduan untuk bertemu sang Khaliq.
Subscribe to:
Posts (Atom)



