Wednesday, June 30, 2010

Hati Sakit atau Sihat.....

Sebuah hadis yang menarik untuk kita kita renungkan adalah tentang respon atau tindak balas hati manusia mukmin yang melakukan amalan sama ada baik atau buruk. Imam at-Tirmizi meriwayatkan bahawa seseorang hamba itu masih dikira mukmin sekiranya dia mempunyai dua sifat, iaitu ketika dia melakukan kebaikan, hatinya gembira dan ketika dia melakukan dosa, hatinya tidak selesa dan tidak senang. inilah petunjuk yang kita cari dalam menentukan sama ada hati kita masih baik, sakit atau tenat.
Sekiranya kita masih lagi merasai pahitnya dosa dan lazatnya beribadah, itulah hati yang beriman dan bersyukurlah. Namun sekiranya kita tidak merasai kelazatan ibadah, malah lazat itu bertukar menjadi tidak tenang dan runsing, ini amat membimbangkan.
Kita renungkan sebuah hadis riwayat Imam Muslim sewaktu nabi s.a.w. disoal oleh seseorang sahabatnya bernama an-Nawwas bin Sam'an tentang apa itu kebaikan dan apa itu dosa. Rasulullah s.a.w. memberikan jawapan yang padat dan ringkas dengan sabda baginda yang bermaksud : " Kebaikan itu adalah kesempurnaan akhlak, dosa pula ialah apa yang mengganggu di hatimu dan engkau tidak suka ia diketahui oleh manusia.
Inilah petunjuk yang boleh kita gunakan untuk menilai sejauhmana sihatnya hati kita. Bagi seorang mukmin yang memiliki hati yang bersih atau yang masih sihat dan tidak kronik sakitnya, dirinya akan merasa terganggu dan gelisah apabila melakukan dosa. Ditambah dengan sifat malunya sekiranya dosa itu diketahui oleh manusia lain. Bandingkan keadaan ini dengan sikap sebahagian muslim yang tidak merasa bersalah langsung ketika melakukan dosa. malah mereka suka dan gembira apabila dosanya diketahui oleh orang lain.

Tuesday, June 22, 2010

Ketahanan Jiwa Seorang Wanita

Wanita sering dikaitkan dengan kelemahan jiwanya, kerana nafsu yang lebih tebal membuatkan ketahanan jiwa seorang wanita itu menjadi lemah jika dibandingkan dengan seorang lelaki.
Wanita hanya mempunyai sebahagian akal dan dengan sembilan bahagian nafsu, jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai sembilan bahagian akal dan sebahagian nafsu.
Nafsu perempuan yang terlalu berbeza dengan nafsu lelaki, oleh kemahuan wanita sering dikongkong oleh nafsu jahatnya, hinggakan tindakannya di dorong oleh nafsu hatinya sahaja. nafsu yang sering inginkan perhiasan yang berlebihan, inginkan kemewahan yang melimpah, memandang hina dan merendah-rendahkan orang lain adalah nafsu jahat yang sering menguasai wanita. Begitu juga dengan nafsu sedih derita, kecewa akan menguasai diri wanita dengan begitu dahsyat sekali.
Ujian yang kecil sudah cukup untuk menggugat kestabilan hidup seorang wanita itu, wanita adalah insan yang kuat nafsu dan tinggi emosinya. Keputusan dan tindakan seorang wanita itu sering tidak adil dan penuh emosi. Bukan akalnya tidak cerdik tetapi akalnya tidak kuat untuk menumpaskan desakan nafsu yang sembilan itu.
Cara terbaik melawan hawa nafsu wanita :
  • menuntut ilmu : ilmu adalah makanan akal, fikiran dapat diteguhkan dengan rajinnya seseorang itu menambah ilmu. Kekuatan fikiran yang diusahakan itu mestilah dihalakan ke arah mencari iktibar, hikmah serta pengajaran dari al-Quran, sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " berfikir sesaat lebih baik dari dua rakaat sembahyang yang tidak khusyuk ".
  • mendapat bimbingan lelaki : mendapat bimbingan lelaki yang baik akan menaikkan taraf seorang wanita itu, jalan terbaik untuk mengendali wanita dengan memimpin emosinya, hal ini boleh dilakukan oleh lelaki yang bijak seperti guru, bapa, keluarga, suami atau anggota masyarakat.
  • kemampuan wanita beribadah : bagi wanita mukallaf bersyahadah, menunaikan solat dan berpuasa adalah satu kewajipan dan pada waktu-waktu tertentu seperti waktu haid dan nifas wanita diberi kelonggaran untuk meninggalkan ibadah tersebut bahkan haram melakukannya.
  • kemampuan akal dan kehalusan fikiran : wanita sering dikuasai perasaan, perasaan sering dipengaruhi oleh nafsu lebih dari pertimbangan akalnya. Tindakan atau keputusan yang dilakukan sering berbeza-beza bergantung kepada tekanan terkuat dalam perasaan ketika itu. ketika seorang wanita itu marah, tindakan keras dan sering melulu menghukum, sewaktu ia simpati, terlalu menunjukkan belas kasihan sehingga di luar garis keadilan. Wanita yang sama cerdik dengan lelaki akan jadi kurang cerdik dalam bertindak berbanding dengan lelaki kerana kecerdikannya sudah dipengaruhi oleh nafsu.

Monday, June 21, 2010

Tip Sihat Gaya Rasulullah s.a.w.


    Akhlak nabi sungguh elok hingga Allah memujinya.
    " Sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang terpuji".Nabi tidak pernah menolak makanan. Rasulullah tidak bersusah payah mencari makanan di luar, baginda sukakan makanan yang mudah diperolehi. Apabila tiada sebarang makanan di rumahnya, nabi menahan lapar dan menyambungnya dengan puasa sunat.


Kita disarankan oleh nabi supaya mengunyah makanan sebanyak 32 kali. Kajian perubatan moden mendapati apabila kita mengunyah dengan secukupnya, ia memberikan kesempatan kepada enzim yang dikeluarkan air liur bagi menghuraikan makanan sbelum makanan ditelan dan masuk ke dalam perut. Ini membantu mempercepatkan proses pencernaan. Hasilnya perut, kelenjar-kelenjar pencernaan dan usus kurang dibebankan.


Bekas makanan yang ideal diperbuat daripada seramik ataupun porselin. Ini kerana kedua-duanya tidak dipengaruhi sifat panas ataupun keasidan makanan. Sejak dahulu lagi, para pengamal perubatan Islam menggalakkan kita supaya minum dengan bekas yang diperbuat daripada seramik ataupun kaca. Ini juga membolehkan kita melihat air yang kita minum, adakah terdapat bendasing yang tidak diingini.

Menangis Suatu Terapi dan Perubatan




Air mata tidak keluar dengan sebab tertentu kecuali ia menjdi faktor penting yang bukan hanya dapat membersihkan mata daripada racun, namun juga dapat membantu tubuh membuang racun-racun. Dengan hal demikian, akan muncul ketenangan jiwa.



Al-Quran memuji orang-orang selalu menangis yang disebabkan mencapai tahap makrifatullah kepada Allah dan kerana takut kepadaNya. Di dalam sebuah hadis ada dinyatakan yang bermaksud " Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.



Menangis adalah merupakan keharusan bagi lelaki dan perempuan pada zaman ini, kerana menangis mempunyai faedah kesihatan yang cukup banyak dan bermacam jenis. Menangis bukanlah tanda lemah dan tidak dewasanya seseorang itu. Bahkan menangis merupakan terapi kesihatan yang sangat berguna dan bermanafaat yang dapat digunakan dalam mengubati penyakit-penyakit berbahaya. Perkara ini sesuai dengan kenyataan berikut :

menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan dari tubuh manusia. Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.
otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.

menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. Setelah menangis kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya sehingga akan muncul perasaan tenang.

apabila anda berada pada satu ketika di mana menangis itu dibolehkan dan secara sosial dapat diterima, maka demi kesihatan anda, janganlah anda merasa ragu-ragu untuk menangis dan melepaskan perasaan sedih atau emosi yang terpendam di dalam batin anda.

menangis amat berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi kita, kesalahannya apabila kita mengekang keinginan menangis ketika kita dihadapkan pada keadaan yang mengharuskan kita menangis.

air mata mengandungi berbagai-bagai hormon yang dikeluarkan oleh tubuh ketika kita mengalami ketegangan jiwa. oleh sebab itu semasa kita menangis hormon-hormon ketegangan itu dengan sendirinya hilang.
Menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. menangis juga dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan setelah ia keluar dari pejabat.

Oleh yang demikian ... menangislah ! ...kerana menangis itu adalah ubat...

Friday, June 18, 2010

Mencari Jalan Menuju Kedamaian...

Setiap insan di dunia mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia, tenang, aman dan damai. Namun begitu jalan yang kita pilih mestilah berlandaskan hukum syarak supaya bahagia yang kita cari merupakan kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki.

Berduka dan bersedih merupakan satu penyakit yang ada dalam diri setiap insan selagi ia hidup. Penyakit ini timbul kerana terlalu menuruti kepentingan jasmani dan keinginan syahwat sehingga sukar untuk dipisahkan dengan sesuatu atau perkara yang sangat dicintai..

Ramai manusia berdukacita lantaran memikirkan keuntungan, kekayaan dan kemuliaan masa lalu. Semua itu tidak memberi faedah padanya. Segala peristiwa dan kejadian yang berlaku tidak mungkin akan kembali, walaupun ditangisi dengan air mata darah sekalipun, bahkan akan merosakkan jasmani dan rohani. Manusia akan menangisi masa lalu kerana ia tidak meyakini dan memahami bahawa alam ini dan segala isinya berasal daripada tidak ada, kemudian ada dan akhirnya akan hilang dan sirna. Dengan demikian, kemuliaan, kehebatan, pujian dan sanjungan, anak-anak dan isteri, harta benda dan kekuasaan akan datang dan akan pergi bila-bila masa sahaja.


"Menjaga dan memelihara apa yang ada sekarang" itulah cara untuk mengubati penyakit dukacita ini. Semua yang telah pergi, yang ada sekarang dan yang akan datang adalah nikmat. Janganlah melupakan nikmat yang ada lantaran meratapi nikmat yang hilang. Kalau ada jangan mengharap, kalau hilang janganlah cemas. Di waktu nikmat melimpah ruah, banyaklah bersyukur dan letakkan ia pada tempatnya. Insaflah semua ini adalah pinjaman untuk seketika. Jika nikmat itu pada masa muda, gunakanlah masa muda dengan baik dan berfaedah untuk diri dan juga orang lain, kerana masa muda itu tidak lama. Jika masa muda digunakan dengan baik, kelak di hari tua tidak akan menyesali kepergiannya, melainkan tersenyum, bangga dan bahagia. Sekiranya nikmat yang melimpah ruah berupa harta benda, kekayaan, kemuliaan dan kekuasaan, pelihara dan gunalah dengan baik kerana semuanya juga akan pergi tanpa memberitahu terlebih dahulu ketika kita berada dalam keadaan lupa dan lalai.

Sakinah atau ketenangan diturunkan oleh Allah dalam hati manusia. Oleh kerana itu seseorang yang ingin memperoleh ketenangan hendaklah ia mengosongkan atau membersihkan hatinya daripada segala sifat tercela, mengakui dosa-dosa yang pernah dibuat dan beriltizam untuk memutuskan hubungan dengan msa lalu yang kelam dengan penuh penyesalan dan pengawasan untuk mantap terhadap diri.

Kita akan menemui seseorang yang telah dihiasi jiwanya oleh ketenangan atau sakinah, tidak banyak berbicara tetapi banyak berfikir dan mengamalkan. Berbicara dengan lemah lembut, tidak bercakap dengan nada yang keras apa lagi mengutuk, jauh daripada membuat kekecohan dan seorang yang bersifat pemaaf. Inilah dambaan kita yang hidup di alam moden yang penuh dengan cabaran yang datang dari pelbagai penjuru dan menyebabkan kegelisahan dan kegundahan dalam jiwa seseorang.


Thursday, June 17, 2010

Adakah kita sudah bersedia.......



Satu hal sebagai bahan renungan Kita..
Untuk merenungkan indahnya malam pertama Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara Hari itu.. mempelai sangat dimanjakan Mandipun.. harus dimandikan Seluruh badan Kita terbuka.. Tak ada sehelai benangpun menutupinya.. Tak ada sedikitpun rasa malu.. Seluruh badan digosok dan dibersihkan Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih.. Itulah sosok Kita.. 
Itulah jasad Kita waktu itu Setelah dimandikan.. Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih Kain itu ...jarang orang memakainya.. Karena sangat terkenal bernama Kafan Wangian ditaburkan kebaju Kita.. Bahagian kepala.., badan.., dan kaki diikatkan Tataplah.. tataplah.. itulah wajah Kita Keranda pelaminan.. langsung disiapkan Pengantin bersanding sendirian.. Mempelai diarak ke pusara yang dihadiri tetangga Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga Serta rasa haru para handai taulan Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat.. Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba duluan Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan Dan akhirnya..... tiba masa pengantin.. Menunggu dan ditinggal sendirian, Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan Malam pertama yang indah atau meresahkan.. Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah Di kamar bertilamkan tanah.. Dan ketika 7 langkah telah pergi.... Sang Malaikat lalu bertanya. Kita tak tahu apakah akan mem peroleh Nikmat Kubur.. Ataukah Kita akan mem peroleh Siksa Kubur.. Kita tak tahu.. Dan tak seorangpun yang tahu...........

Saturday, June 12, 2010

Apa yang anda rasa....

Kisah di zaman Khalifah Harun al-Rasyid bagaiman seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak iti menjawab " aku takutkan api neraka ". Khalifah Harun memujuk budak itu dan berkata " anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka ".
Namnun jawapan yang terkeluar dari mulut budak itu " aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka memasukkan ranting-ranting kecil dahulu, setelah ranting kecil terbakar barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku padaku di neraka kelak, aku umpama kayu kecil itukah ?".
Apabila mendengar jawapan dari budak itu, khalifah terus menangis..... Bagaimana dengan diri kita.. adakah kita mempunyai perasaan yang sama seperti budak kecil itu. Hanya orang yang takutkan Allah s.w.t. sahaja mampu berperasaan sedemikian rupa...

Adakah kita benar-benar beriman......

Selagi belum diuji kita tidak tahu dimana tahap keimanan kita terhadap Allah. Kita tidak sewenang-wenangnya boleh mengakui bahawa kita telah beriman dan menjadi muslim yang sejati, para sahabat diuji dengan pelbagai rintangan dalam usaha mengembangkan syiar Islam, sedangkan kita bagaimana.....
Sememangnya semakin kita ingin menjadi umat yang terbaik seperti mana yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. maka semakin kuat dan banyak pula ujian yang bakal menanti kita. Persoalannya mampukah kita menepis segala godaan dan rintangan itu..........oleh sebab itu kita sangat-sangat digalakkan hidup dalam berjamaah supaya kita tidak mudah tergelincir daripada landasan Islam sebenar.
Sejauhmanakah kita boleh menilai ketakutan kita dengan ancaman api neraka.... banyak firman Allah yang menegur manusia dengan menceritakan azab yang pedih bakal menimpa orang-orang yang ingkar dengan perintah Allah s.w.t... mulut kita sentiasa menyebut takut... gentar dan bermacam-macam lagi... tetapi adakah perbuatan kita selari dengan apa yang diucapkan oleh mulut kita...

Thursday, June 3, 2010

BE A HAPPIEST WOMAN


Menarik sekali buku yang ku baca, terasa ianya benar-benar memberikan aku satu kepuasan dan motivasi dalam diri untuk menjadi seorang wanita yang mempunyai jiwa dan semangat yang kuat. Memetik kata-kata dalam buku ini " wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi laman yang segar menghijau " memberikan satu gambaran bahawa wanita mampu mencorakkan kehidupan keluarganya sama ada ke arah kebahagiaan ataupun kehancuran, di tangan wanita itu sendiri terletaknya satu tanggungjawab yang besar. Wanita solehah merupakan benteng dalam sesebuah keluarga daripada anasir-anasir luar yang tidak sihat. Buku ini juga mengajak kaum wanita mencari waktu yang lapang dan menanti kemudahan selepas melalui kesusahan, mengajak bicara dengan akalnya yang jernih, hatinya yang bersih dan rohnya yang suci untuk mengatakan kepadanya sabar dan berhati-hatilah. Jangan putus asa, janganlah berputus harapan dari nikmat Allah.

 Optimis..... kerana sesungguhnya Allah bersamamu dan Allah jualah yang memberi kecukupan dari segala sesuatu. Banyak sekali pedoman yang diberikan bagaimana untuk menjadi muslimah sejati, antara yang dibicarakan adalah bagaimana untuk membina sebuah rumahtangga yang mendapat rahmat dari Allah, sesungguhnya " rumah kecil yang diwarnai iman lebih baik dari istana yang penuh dengan maksiat." Menjadi wanita yang bahagia adalah idaman semua kaum hawa, jadi janganlah terperangkap dan terpedaya dengan bahagia ciptaan sendiri, berpijaklah di landasan yang betul dan di redhai Allah.