Abdullah bin Amr meriwayatkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda. " mahukah kalian ku khabarkan siapakah di antara kalian yang paling ku cintai dan yang paling dekat denganku di hari kiamat ?.....soalan itu diulang Rasulullah s.a.w. sebanyak dua tiga kali.... Para sahabat menjawab. " Ya ...kami mahu ya Rasulullah "...kemudian baginda menegaskan.." Yang terbaik budi pekertinya di antara kalian "..
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi."...kemuliaan seorang mukmin terletak pada penghayatan agamanya, harga dirinya terletak pada kecerdasan akal fikirannya dan kehormatannya terletak pada kebaikan budi pekertinya"...tegas baginda seterusnya..." beruntunglah orang yang telah mengikhlaskan hatinya untuk iman dan dengan keimanan itu hatinya menjadi sihat, lidahnya menjadi benar, jiwanya menjadi tenang dan budi pekertinya menjadi lurus...."
Benar sekali bicara junjungan .....CINTA itu sangat sukar dicari dan diperolehi. Bagi sesiapa yang mendambakan cinta Ilahi...dialah bakal menjadi kekasih junjungan, bertemu dan berdamping dengan baginda s.a.w. di syurga Jannatunnaim...Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment