Sunday, July 10, 2011

Mendidik Emosi...




Terimalah kenyataan...bahawa umumnya wanita lebih emosi berbanding lelaki... Ya...itulah hakikatnya...wanita lebih beremosi dari lelaki...Fakta ini sepatutnya mampu meredakan lelaki berdepan dengan karenah wanita...tak kiralah wanita itu bergelar isteri ke..atau pelajar..pekerja..pentadbir atau apa-apa aje...

Kalau si isteri yang beremosi...sebagai suami perlulah membelai perasaannya..ia bukan sekadar membelai tapi mendidik perasaannya....umum tentu sudah mengerti...perasaan ini ada yang positif dan ada yang negatif...yang positif ditingkatkan dan yang negatif..nak dikawal.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud " Kamu nasihatilah kaum wanita itu dengan baik, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok...dan tulang yang paling bengkok ialah yang paling di atasnya..maka jika engkau paksa untuk meluruskannya...patahlah ia...dan jika engkau biarkan sahaja..tentu selama-lamanya ia bengkok...oleh kerana itu...berbuat baiklah terhadap para wanita..."

No comments:

Post a Comment