Dalam menjalani sebuah kehidupan kita sering kali tersasar dari landasan yang telah digariskan oleh Islam....kesedaran tentang kesilapan yang kita lakukan merupakan hidayah dari Allah yang amat bernilai dan tak tergambar nikmatnya...beruntunglah orang-orang yang sentiasa mendapat naungan dan rahmat dari Ilahi.....oleh itu sewajarnya kita menjadikan perjalanan hidup para wali Allah sebagai panduan hidup........
Latarbelakang
Seorang Sufi biasanya dia tidak mengaku dirinya Sufi. Yang
pasti , seseorang yang tidak dibimbing oleh seorang atau lebih Nabi a.s tidak
selayaknya menganggap dirinya Sufi. Terkadang , mereka yang sampai ke maqam
yang tiada maqam pun hanya mengaku dirinya salik (pemula jalan kesufian).
Mereka yang dibimbing sampai ke maqam yang tiada maqam tentunya diajari oleh
Allah s.w.t sendiri.
Perjalanan Hidup Ahli Sufi
Selalunya mereka akan melalui inisiasi (initiation)
contohnya pada awal perjalanan mereka akan bermimpi musyafahah ( bersalam)
dengan ummahatul mukminin Saidatina Aisyah ( dalam kes Sh. Abdul Qadir Jilani
rah. beliau bermimpi menyusu ( sebagai seorang bayi) dengan Saidatina Aishah
r.anha) . Dalam perjalanan peningkatan maqam , mereka akan dihadiahkan khirqah
atau jubah oleh guru mursyid mereka – dalam kes Sh. Al-Busiri ( pengarang
Selawat Burdah) beliau bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w langsung diberi
hadiah sehelai burdah kepadanya. Mereka diajari oleh Allah s.w.t untuk
mengamalkan zikir dan wirid berdasarkan pemerhatian (pembukaan) yang telah
ditunjuki oleh Allah s.w.t , contohnya mereka akan melihat jasad mereka yang
sedang sakaratul maut memberi salam “ Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh ilayaumilkiyamah” ( kaki kanan beri salam kepada kaki kiri , tangan
kanan memberi salam kepada tangan kiri dan seterusnya) – maka , mereka pun
menggunakan salam ini kepada orang-orang yang dikasihi mereka.
Allah s.w.t akan memberi nama rahsia kepada mereka sebab
nama yang diberikan oleh ibubapa mereka tidak menepati kehendak Allah s.w.t
atau mungkin Allah sengaja ingin merahsiakan nama mereka dikalangan manusia
sendiri. Ini dibuktikan dengan pelbagai riwayat dimana nama para anbiya’
termasuk nama Rasulullah s.a.w sendiri diberi oleh Allah s.w.t melalui mimpi .
Dikalangan sahabat nama Saidina Ali kar. juga diberi oleh Allah s.w.t kepada
ibunya melalui mimpi. Dalam perjalanan hidupnya mereka akan mengalami mikraj –
seperti Nabi s.a.w sebab perkara ini adalah sunnah . Ada beberapa mod mikraj :
satu mikraj dalam mimpi , satu lagi ketika melaksanakan solat (selalunya akan
berada di Sidratul Muntaha ) dan satu lagi ketika melakukan zikir atau dalam
keadaan pengsan sebab rindu-dendam kepada Allah s.w.t ( selalunya ke bawah Arsy
). Isra’ pula selalunya dilaksanakan ketika solat juga iaitu menghantar roh
memasuki Kaabah .
Seseorang ahli Sufi itu akan mencapai haqqul yakin sebab
Allah s.w.t memberi peluang untuk dia melihat surga, neraka , Sidratul Muntaha
( dan melihat penempatannya di situ) titian syirat dan lain-lain. Sebahagian
besar menyingkapan ini berlaku ketika ahli Sufi ini melakukan zikir atau
puji-pujian kepada Allah atau ketika membaca Selawat , samada diiringi oleh
para malaikat , dibawa oleh Nabi s.a.w atau para sahabat baginda dan para wali
qutub. Dia akan dibimbing oleh gurunya untuk melaksanakan solat daim ( sentiasa
membawa zikir ) dan duduk dalam keadaan sentiasa fana’ atau lebih tinggi lagi
fana’ baqa’ billah. Dia tahu kedudukan menginati Allah s.w.t diwaktu pagi dan
diwaktu petang sebab dia dapat meletakkan kepentingan itu untuk melihat wajah
Allah (masimum dua kali dalam sehari ) disruga nanti. Dia dapat menyelami
keadaan mengapa jika kita buat satu bulatan ( contohnya ketika bertahlil atau
membaca Yasin) tidak dibenarkan seseorang duduk di dalam bulatan itu- apa yang
ada di tengah bulatan itu dapat dilihatnya.
No comments:
Post a Comment