MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?
Sesuatu
yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap
adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.
Tumbuhan
zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu
gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun
adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D,
E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece,
"Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan
bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau
cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan
matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil
dari pokok, jenis dan saiz.
Kebanyakan
minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah
penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.
Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan
bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak
zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan
tetapi juga menambah perisa dalam masakan.
Minyak
zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia
merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam
pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan
minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid
yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam
minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit
jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.
Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai
masalah akibat proses penuaan.
Menurut
ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan
sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga
digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam
mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah
zaitun boleh mengatas masalah sembelit.
Pengambilan
lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit
jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia
menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan
rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik.
Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit
gusi dan gigi.
Menurut
statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean.
Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian
terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit
jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut
kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak
zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain
mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko
menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan
perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi
punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit
jantung koronari dan serangan jantung.
Kajian
yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health"
dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil
minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi
kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah
menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh
professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol"
di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang
pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford
menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan
kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute
of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak
zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada
dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging
yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang
tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun
mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh
memeliharanya daripada kanser kulit.
SURAH TENTANG BUAH ZAITUN
No comments:
Post a Comment