Saturday, June 9, 2012

renungkan



Duhai sahabat-sahabat sealiran darah denganku dalam agama yang benar ini.. Ini adalah gambar mayat.. Mayat yang telah beberapa hari/minggu terbiar, lalu ia dimakan ulat dan menjadi busuk.. Ini adalah jasad manusia.. Selalunya apabila seseorang itu meninggal dan ia dimasukkan ke dalam kubur, maka mayatnya akan hancur di dalam tanah, kita tak dapat melihat mayat itu bagaimana hancurnya, namun ambil la gambar ini sebagai pedoman bahawa setiap yang hidup itu pasti akan mati dan setiap yang mati itu pasti akan binasa kecuali mereka yang dipilih Allah..

Kita bermaksiat atas bumi Allah, tapi kita mengharap supaya Allah tidak siksa kita di dalam kubur dan memasukkan kita dalam syurga, tapi apa usaha kita atas muka bumi ini supaya Allah redha dan kasih pada kita? Mengapa kita susah mahu patuh kepada perintah Allah dan mengapa kita masih tak mahu meninggalkan maksiat? Mengapa pula kita selalu menunda taubat? Melihat mayat saja sudah berasa geli, tapi tahukah bahawa kita akan menjadi seperti ia jika kita tidak menjaga agama Allah dan tidak langsung mahu menjadi orang yang soleh di sisi Allah..

Dan masih ramai pula antara kita yang masih bermusuh antara satu sama lain serta umpat mengumpat sesama mereka.. Daging inilah yang akan disuapkan ke mulut-mulut kita andai itu kerja kita di dunia..

Kembalikan Kami Ke Dunia..


"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini, setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yg zalim." "Duduklah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata kepadaku" (al-Mu'minun 107,108)

Golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "wahai Tuhanku, kembalikanlah daku supaya aku dapat mengerjakan amal soleh dalam perkara-perkara yg telah aku tinggalkan". Tidak! Mana boleh? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh sehingga hari mereka dibangkitkan semula. (al-Mu'minun 99-100)

Sesungguhnya, kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata "alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amal dan menerima balasan)". (an-Naba' 40)

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada Allah serta taat kepada rasul Allah. (Al-Ahzaab 66)

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka, lalu mereka berkata : "Sekiranya kami dikembalikan ke dunia, kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman". (al an'aam 27)

Dan berilah amaran kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu, dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan ? (Ibrahim: 44)

Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya sambil berkata: "alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yg benar bersama-sama rasul? (al-furqaan 27)

Dan jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin.” (as-Sajadah: 12)

Nota: Gambar Hiasan, bukannya neraka sebenar kerana neraka itu satu tempat yang sangat dahsyat yang tak pernah mata melihatnya, tak pernah telinga mendengarnya, tak pernah hati terlintas mengenainya.

Kenali Penyakit....


Allah Maha Kaya....diberikan kepiada setiap manusia kenikmatan untuk kita hargainya dengan memperbanyakkan kesyukuran....juga kadang kala diuji pula dengan didatangkan pelbagai musibah berupa kesakitan untuk kita menilai kembali siapa kita di sisi Allah....Allah berikan kita pancaindera yang sempurna dan dalam kesempurnaan itu ada kekurangan untuk kita muhasabah diri..

Cuba semak balik dan renungkan dalam diri kita... 
apakah punca-punca penyakit yang singgah dalam hidup seseorang......

Kekurangan sesetengah fungsi dan penyakit terhadap pancaindera sedikit sebanyak menggangu kita berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran kita. Tetapi dengan kemajuan pelbagai teknologi perubatan dalam dan luar negara, banyak masalah yang dihadapi berjaya diatasi dengan pembedahan ataupun pemindahan organ walaupun ia sejenis kanser.
Mari kita kenali apakah punca dan tanda-tanda kanser serta rawatan yang sesuai jika ia menyerang pancaindera manusia iaitu lidah, kulit, mata, hidung dan telinga. Ayuh kita selidik.
Lidah
Kanser lidah di Malaysia berada di tangga keenam. 5.2% ditemui di kalangan lelaki india dan 7.7% di kalangan wanita India.
Punca
  • Tembakau (tindakan menguyah atau menyentil tembakau)
  • Perokok
  • Minum alkohol berlebihan
  • Menyentil pinang
  • Terdedah pada pancaran matahari berlebihan
Tanda-Tanda
  • Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan
  • Ulser mulut tidak sembuh lebih dari tinga minggu
  • Gumpalan tisu yang tidak susut selepas rawatan
  • Tompokan putih atau merah di bahagian mulut
  • Kebas pada bahagian lidah yang berpanjangan
  • Kepayahan untuk menelan, menggerakkan rahang atau lidah
  • Kesakitan di bahagian dalam keongkong yang berpanjangan
  • Bengkak pada rahang dan leher lebih dari tiga minggu
  • Tiada selera makan dan berat badan menurun
  • Hilatosis atau nafas berbau
Rawatan
Rawatan bagi kanser mulutu ialah pembedahan. Pembedahan yang dilakukan pada kanser mulut tahap 1 dan 2 mempunyai peluang pemulihan yang tinggi namun bakal meninggalkan kecacatan muka yang sedikit. Sel-sel kanser mulut biasanya merebak ke bahagian limfa dan aliran vena bahagian kepala dan leher. Oleh itu pembedahan akan melibatkan tisu-tisu kanser dan sistem limfa sekelilingnya.
Hidung
Kanser nasofaringeal (hidung) merebak di dalam nasafarinks iaitu satu bahagian di belakang hidung dan di atas tekak. Ia terletak betul-betul di bawah dasar tengkorak dan hanya sedikit di atas lelangit lembut. Terdapat berjenis-jenis ketumbuhan atau tumor yang boleh merebak di dalam nasofarinks sam ada benigna yang tidak berbahaya atau malignant (berbahaya). Ketumbuhan yang berbahaya ini boleh menembusi sekeliling tisu dan kemudiannya merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.
Siapa Yang Berisiko?
  • Lelaki. Ketumbuhan adalah tiga kali lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita
  • Berusia lebih daripada 35 tahun. Satu umur yang secara relatifnya adalah awal untuk satu-satu kanser berkembang
Penyelidikan berterusan sedang dijalankan dengan meluas bagi mempeljarai tentang punca-puncanya. Ia berkemungkinan disebabkan faktor genetik dan persekitaran. Selain itu, kekerapan memakan jeruk atau makanan yang tinggi kandungan garamnya seperti ikan, daging, telur masin, sayuran jeruk dan lain-lain sejak dari kanak-kanak juga turut menyumbang.
Petanda Awal Kanser Nasofaringeal
  • Terjadi titisan hidung
  • Masalah hidung berdarah
  • Hidung tersumbat
  • Masalah pendengaran di sebelah telinga atau rasa berdesign di sebelah atau kedua-dua telinga
Tanda-Tanda lain (Mungkin Sudah Lewat)
  • Penglihatan menjadi berganda atau kabur akibat serangan saraf-saraf yang mengawal pergerakan mata
  • Pening kepala
  • Rasa kebas di separuh bahagian muka
  • Mengalami masalah pertuturan
  • Terdapat ketulan di leher
Peluang untuk menyembuhkan kanser nasofaringeal adalah tinggi, iaitu antara 80 hingga 90 peratus sekiranya ia berjaya dikesan pada peringkata awal lagi.
Rawatan
Doktor akan menggunakan kaedah endoskopi, ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk mengenalpasti ketumbuhan tersebut. Rawatan radiasi dan kemoterapi adalah rawatan standard untuk memulihkan penhidap barah nasofaringeal. Pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya insiden kanser nasofaringeal berulang semula setelah pesakit diberikan rawatan radiasi.
Kulit
Tumor kulit bersifat beningna (tidak berbarah) atau malignan (berbarah). Ada tiga jenis barah kulit, iaitu barah sel asas, sel barah skuamas dan melonoma malignan
Rawatan
Rawatan untuk barah kulit berbeza mengikut kedudukan, tahap, kelangsungan barah serta kesihatan keseluruhan pesakit. Dalam kebanyakan kes, doktor akan mengambil satu bahagian kecil tisu biasa yang dipanggil biopsi. Tisu tersebut diperiksa di bawah mikroskop oleh ahli dematopatologi untuk menentukan jenis-jenis penyakit seterusnya menentukan rawatan yang sesuai.
Telinga
Biasanya kanser telinga dikaitkan dengan msalah kanser otak. Petanda awal ialah bunyi berdesing dalam telingan atau dikenali sebagai tinnitus. Rawatannya ialah melalui pembedahan dan juga kemoterapi yang sesuai.
Jika disebabkan masalah seperti tahi telinga, telinga bernanah dan sebagainya, masalah ini dikenali sebagai tinnitus. Namun ia akan hilang dengan cara membuang tahi dan nanah tersebut. Ia juga boleh diubati dengan antibiotik. Jika pesakit mengalami masalah pada koklea pula, mereka tidak akn mendengar langsung sebarang bunyi sama ada dari luar atau dalam.
Tinnitus Disebabkan Oleh
  • Sukar tidur malam
  • kepenatan
  • Mood tidak stabil
  • Stres
Rawatan
keadaan tinnitus tidak boleh dirawat atau diubati tetapi individu boleh mengawalnya dengan cara menerima keadaan tersebut dengan hati yang tenang. Dalam hal ini, penghidap mungkin perlu mendapatkan bimbingan psikogloi bagi membantu mereka mengawal keadaan agar tidak runsing dan risau.
Penggunaan alat bantuan pendengaran juga mampu menangani keadaan itu namun ia tidak boleh mengatasi masalah tersebut sepenuhnya.
Dalam mengelak masalah tinnitus, setiap individu disaran untuk menjalani gaya hidup sihat. Selain itu, penyakit seperti diabetes dan darah tinggi boleh menggangu deria pendengaran sekaligus mendedahkan pengidapnya kepada masalah tinnitus.
Mata
Ia juga dikenali sebagai ‘retinoblastoma’ iaitu sejenis ketumbuhan yang bermula dari sel-sel retina dan akhirnya menjadi kanser.
Tanda-tanda
  • Leukocoria, Anak mata kelihatan berwarna ptuih. Ia adalah warna kanser tersebut yang telah membesar dalam ruang mata
  • Juling, Kanser menyebabkan fungsi melihat hilang, akibatnya mata menjadi malas dan juling
  • Glaukoma, tekanan introokular mata menjadi tinggi kerana ruang mata terisi ketumbuhan. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun ia menyebabkan bola mata membesar
  • Mata menjadi merah tanpa sebab atau kecederaan
  • Protosis, mata menonjol kerana kanser telah merebak keluar dari bola mata
Rawatan
Ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat atau membuang terus mata yang berpenyakit. Ia boleh digantikan dengan prostesis atau mata palsu.
Jadi sekiranya anda ada tanda-tanda seperti diatas jangan tunggu lagi. Buat pemeriksaan lanjut dengan doktor. Mengecah adalah lebih baik daripada merawat.

Wednesday, June 6, 2012

RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA............

Satu hal sebagai bahan renungan Kita..
Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara Hari itu.. mempelai sangat dimanjakan Mandipun.. harus dimandikan Seluruh badan Kita terbuka.. Tak ada sehelai benangpun menutupinya.. Tak ada sedikitpun rasa malu.. Seluruh badan digosok dan dibersihkan Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih.. Itulah sosok Kita.. Itulah jasad Kita waktu itu Setelah dimandikan.. Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih Kain itu ...jarang orang memakainya.. Karena sangat terkenal bernama Kafan Wangian ditaburkan kebaju Kita.. Bahagian kepala.., badan.., dan kaki diikatkan Tataplah.. tataplah.. itulah wajah Kita Keranda pelaminan.. langsung disiapkan Pengantin bersanding sendirian.. Mempelai diarak ke pusara yang dihadiri tetangga Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga Serta rasa haru para handai taulan Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat.. Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba duluan Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan Dan akhirnya..... tiba masa pengantin.. Menunggu dan ditinggal sendirian, Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan Malam pertama yang indah atau meresahkan.. Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah Di kamar bertilamkan tanah.. Dan ketika 7 langkah telah pergi.... Sang Malaikat lalu bertanya. Kita tak tahu apakah akan mem peroleh Nikmat Kubur.. Ataukah Kita akan mem peroleh Siksa Kubur.. Kita tak tahu.. Dan tak seorangpun yang tahu.. -----------------------------------------------

Ku syukuri nikmatMu Ilahi......

Terlalu banyak nikmat yang aku dapat....meskipun tidak memiliki


Kadang-kadang kita perlu berhijrah demi sebuah kehidupan yang penuh bermakna dan membawa kebahagiaan yang abadi......namun bukan sedikit pengorbanan yang perlu kita taruhkan untuk menggapai impian tersebut....kata-kata dan bisikan hati adakalanya benar dan kadang-kadang hanya bisikan syaitan semata.


Memang sudah menjadi janji Allah...jika mahukan kebaikan kita seharusnya berhijrah tak kiralah dari sudut mental ataupun tempat yang akan kita diami...pemikiran kita tidak akan berada di takuk yang lama dan kita berasa selesa dengan kehidupan sedia ada tanpa memikirkan bagaimana seharusnya kita mengubah corak hidup yang tidak membawa sebarang cabaran..


Tapi....mengapa ye...di saat kita ingin sangat berubah...ada saja yang menghalangnya.....bisikan hati bagai merendah-rendahkan kehendak dalam diri....hanya kekuatan dalaman mampu menghindari segala bisikan-bisikan yang boleh menggagalkan segala usaha dan niat kita selama ini..


Berkali-kali juga ku pohonkan dari ilahi...ya Allah...bantu diriku...bimbing aku ya Allah ke jalan kebenaran....jangan sesekali diriku jauh dari rahmat dan hidayahMu...hari ini aku berjanji lagi dan terus berusaha untuk menjadi hamba yang redha dengan apa jua cabaran dan ujian yang mendatang....aku sedar ....Allah menyayangi diriku sebab itu hidupku tidak pernah lari sebarang cubaan...semuanya untuk mengingatkan diriku agar tidak terus hanyut dengan kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan ini...


Bersangka Baik Dengan Allah

Apa jua yang terjadi dalam hidup kita...sewajarnya kita laluinya dengan sikap yang positif..bukannya menyalahkan sesiapa di atas apa yang kita lalui...jika hari ini kesenangan yang kita miliki jangan lupa kesukaran yang bakal kita hadapi..hidup ini ibarat roda...kadang kala kita di atas

Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar



 

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt

Tuesday, June 5, 2012

Sabarlah Dalam Bersabar



“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (QS: al-Baqarah : 256)

Segala bentuk ujian dan cobaan, beban, dugaan dan segalanya adalah dibawah kekuasaan-Nya
Mungkin ujian itu begitu mudah untuk kita selesaikan
Mungkin ujian itu terlalu sulit untuk kita ungkapkan
Ada yang dapat kita temui jalan keluar dari permasalahan

Ada yang terus menjadi misteri dalam kehidupan hingga tidak ada penyelesaian yang ditemui
Namun kita harus tetap percaya skrip hidup kita telah tertulis dengan begitu indah sekali oleh ALLAH

Membuatkan kita tidak pernah untuk terus putus harapan
Karena ujian itulah yang akan mematangkan dan mendewasakan
Karena ujian itulah yang akan mewarnai diary kehidupan
Karena ujian inilah yang terus akan mengisi pengalaman melayari kehidupan

Namun apa yang paling penting sekali adalah
Sesungguhnya kita tidak pernah sendirian
KARENA ALLAH ITU SENTIASA BERSAMA KITA
Begitu juga dengan mereka yang lain.

Jarak Antara Dua Pintu Syurga




Sudah banyak Mukzijat Rasullullah shallallahu 'alaihi wassalam yang telah kita kongsikan sebelum ini yang telah dibuktikan dengan teknologi zaman sekarang. Dan ini adalah salah satunya yaitu JARAK ANTARA DUA PINTU SYURGA.

Berita JARAK ANTARA DUA PINTU SYURGA ini telah shahih dari hadits Abu Hurairah radhiallahu'anhu bahwa Nabi shallallahu'alaihi wa sallam bersabda: وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ لَكَمَا بَيْ...نَ مَكَّةَ وَهَجَرٍ أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى “Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.” (H.Riwayat Muslim no. 287)

Apa yang disabdakan Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam pada 1400 tahun yang lalu, ketika menggambarkan LUASNYA PINTU SYURGA. Luasnya sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra [Jarak Makkah-Hajar = Jarak Makkah-Bushra]. Kini pembuktian jarak yang telah disebutkan di atas, dapat di hitung dengan menggunakan SATELIT pada masa kini yang membuktikan bahawa benar jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, persis keduanya memiliki jarak yang sama iaitu 1,272 km. satu lagi mukjizat sabda Nabi Muhammad shallallahu'alaihi wasallam, yang telah dibuktikan dengan teknologi hari ini. SUBHANALLAH!!

Monday, June 4, 2012

Seorang Sufi....Tanda-tanda Kesufian....




Setiap kejadian Allah ada sebab dan ada musabbah.....dan Allah jua sering kali memberi alamat dan petanda sebelum sesuatu perkara terjadi.....ini semua membukti keadilan Allah kepada hambaNya...malangnya hanya hamba yang alpha akan petanda yang diberikan...
Setiap perkara yang dijadikan oleh Allah s.w.t mempunyai tanda dan dalilnya. Ini kerana setiap perbuatan Allah s.w.t ada hikmahnya – Cuma tidak semua manusia dapat mencapainya. Ini kerana isti’dad (kesediaan) untuk menerima ilmu dan tajalli ini adalah menurut usaha masing-masing. Di sini diperturunkan beberapa tanda kewalian ( tahap terakhir jalan Sufi iaitu menjadi Kekasih Allah s.w.t). Antaranya:

    Mempunyai lebih dari satu nama rahsia
    Disahkan sebagai “gembala “ Allah s.w.t (tanda awal) – sebabnya , selepas ini mereka perlu mengembala manusia.
    Terbuka langit ketika ditalqinkan (tanda awal)
    Banyak kali berjumpa dengan Nabi Khidr a.s (selalunya dalam keadaan jaga) – riwayat tentang Nabi Khidr a.s sudah wafat ini tidak benar sebab mereka mengira Nabi Khidr a.s hidup di alam bumi ini sedang tempat hakikinya di tempat lain. Yang pasti mereka yang berkata demikian (walaupun bertaraf Imam )i.e berijtihad demikian kerana mereka sendiri tidak pernah berjumpa dengan Nabi Khidr a.s apalagi belajar dengannya.
    Sudah berjumpa dengan semua 25 nabi a.s termasuk 313 nabi , ahli Badar dan ahli Uhud. Kadang-kadang khususan dengan 14 syahid Badar.
    Dianugerahi oleh Allah s.w.t Selawat dan Istigfar sendiri
    Dibimbing secara ladunni oleh Nabi tertentu juga para malaikat yang 4 ( Jibrail, Mikhail, Isrofil, Izroil (a.s) dan seorang sahabat yang 4 ( Saidina Abu Bakar, Umar , Utsman dan Ali r.anhum)
    Kedudukan tertentu sebagai ahli Baits ( ini seperti sabda Rasulullah s.a.w terhadap Salman r.a ) – samada disahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri atau Saidatina Fatimah r.a .
    Pengesahan wilayah oleh gurunya dengan dihadiri para maliakat , wali qutb dan Rasulullah s.a.w sendiri beserta beberapa Nabi a.s lain (khasnya yang pernah mengajarnya secara ladunni).
    Menyintai orang Arab – ini kerana seorang Sufi ini bila berjumpa para Nabi a.s dan para malaikat a.s semua mereka berjubah dan beserban –iaitu berpakaian seperti seorang Arab. Itu sebabnya, salah satu panggilan Nabi s.a.w ialah “ Ya Arabiyyun”.
    Selalu duduk dalam sabar dan syukur ( tanda awal) . Contohnya tuduhan dan fitnah banyak berlaku . Nabi s.a.w sendiri dituduh orang gila. Nabi Sulaiman a.s dituduh seorang pengamal sihir. Oleh itu , dia yang duduk dalam sabar dan syukur ini tahu bagaimana dan untuk apa ayat “ Innahu min Sulaiman wainnahu Bismillah ArRahman ArRahim” digunakan.

Kesimpulannya

Sebarang tulisan dan huraian tentang Sufi dan amalan Sufi mestilah dilakukan oleh orang yang sudah mengalaminya. Menjadi satu kesalahan jika orang yang tidak bertarekat dan menjalani perjalanan Sufi menulis tentangnya sebab selok belok dan liku –liku perjalanannya agak rumit dan memerlukan banyak mujahadah serta tunjuk ajar daripada guru yang mursyid.

Seperti yang dihurai oleh seorang ahli Sufi mazhab Shafie , Ala adDawlah as Simnani ((1261-1336) dalam kitabnya Syaqaiq al Hada’iq) , jalan Sufi diumpamakan sebagai sebuah pohon :

Dosa dan taubat adalah akarnya, pembebasan diri ( dari kepentingan duniawi) dan pengasingan diri adalah kulitnya , pengakuan akan keEsaan Allah adalah buahnya , kesabaran , kesucian, ketelusan dan kesalihan adalah daunnya; doa (wirid) , malu, kasih sayang dan kesetiaan adalah bunganya ; kemiskinan , peleburan diri (fana’) , keberhasilan dan keselamatan adalah ranting- rantingnya.

Gambaran Seorang Sufi....



Menyusuri perjalanan seorang sufi membuat kita sering bermuhasabah tentang diri kita...dimanakah kita di dunia ini...adakah layak kita digelar seorang mukmin atau muslim semata....yang pasti antara keduanya membawa pengertian yang amat berbeza.....tanyalah diri wahai sebenar diri....adakah aku seorang muslim yang mukmin atau tidak.........

Keadaan ( atau hal ) seorang Sufi

Seseorang ahli Sufi dapat membuktikan apa yang orang awam selalu ditanya dan tidak dapat menjawab : apa buktinya Fatihah itu Ummul Kitab? Dengan membaca Fatihah kepada seseorang Nabi a.s atau malaikat , Nabi a.s atau malaikat itu terus hadir dihadapannya –itulah pembuktiannya. Hal atau keadaan seorang Sufi sentiasa menuju kea rah insanul kamil (atau nafsu kamaliyah). Jika dia berada lama dalam hal ini , diharus turun balik ke nafsu mutmainnah kerana menjadi tugasnya untuk bercampur dengan manusia dan menyebarkan misinya untuk membawa manusia mengenal Allah s.w.t. Dia membawa nubuwwah dalam wilayah , kerana wilayah itu lebih am (general) dari nubuwwah. Dia rapat dengan al-Quran dan memahami hakikat al-Quran dalam dirinya – itu sebabnya akalnya bernama aqal Qur’ani ( ini terbukti mengikuti sunnah sebab Nabi Muhammad s.a.w sendiri dihuraikan oleh Saidatina Aisyah r.a sebagai Quran berjalan) . Antara hal-hal yang pelik berlaku ialah Quran turun dari langit terus masuk ke kepala dan dadanya ( dua peristiwa yang berbeza) selalu pada suatu malam Jumaat atau ketika waktu khutbah Jumaat . Dengan prasyarat (dalam bentuk tajalli ini) ini dia akan dapat memahami makna batin al-Quran (selain daripada makna zahir yang boleh dipelajari dari tulisan para Imam –imam mufassirin yang terkenal seperti Ibn Kathir , al-Qurtubi dll) , had dan mathla’nya. 4 dimensi al-Quran ini pula melambangkan pendedahan tentang rahsia alam nasut (makna zahir) , alam malakut (makna batin) , alam jabarut ( hadd) dan alam lahut ( mathla’). Dalam makam-makam dan waktu tertentu ahli Sufi ini akan diajari oleh salah seorang dari 25 nabi-nabi a.s . Itu sebabnya Ibn Arabi menulis kitab Fusus al-Hikam untuk menerangkan dan menghuraikan hikmah-hikmah para anbiya’ tersebut untuk ahli Sufi akan datang kerana hikmah mengatasi ilmu pengetahuan manusiawi. Dia dapat dengan inayah Allah s.w.t mengosongkan jiwanya untuk menerima hikmah ini kerana ilmu kenabian dan wilayah adalah ilmu yang tidak berdasarkan akal melainkan diganti oleh Allah s.w.t dengan akal Qur’ani , bukan akal biasa yang berfikir mengikut hukum fizik ( sebab musabab).

Diantara bukti atau tanda kenaikan maqam seseorang ahli Sufi ialah penerimaan khirqah (jubah) atau mungkin burdah (serban atau kain penutup kepala) . Ini selalunya diterima atau disampaikan oleh gurunya daripada orang lain . Dengan memakainya dia akan dapat bertabarruk dan dapat mengalami hal (keadaan) orang yang pernah memakainya – contohnya dapat melihat cahaya Dzat Allah s.w.t seperti yang dialami Nabi Musa a.s . Penyingkapan lain antaranya ialah mengalami dan menyelami zaman perjanjian dengan Rabb iaitu zaman roh melakukan perjanjian dengan Allah s.w.t iaitu era “ alastu birobbikum , qolu bala syahidna” – almasyadu tauhidi .

Jika dia berbuat kesalahan , gurunya akan memerintahkannya melaksanakan solat taubat yang perlbagai : antaranya solat taubat anggota luar ( tangan , kaki, hidung , mulut , mata dan telinga) dan juga solat taubat anggota dalaman dan juga 7 lathaif. Allah s.w.t akan membuka sebahagian rahsia roh – selain daripada melihat rohani seseorang dalam pelbagai wajah dia juga akan dapat melihat roh pelbagai objek contohnya roh Kaabah dan roh Hajar Aswad. Oleh itu dia tidak hairan mendengar cerita bagaimana para waliyullah zaman dahulu (contohnya Sh. Ahmad Yasawi rah.) dapat menghadirkan Kaabah dan Hajar Aswad dihadapan anak muridnya. Kerana memahami dan mengenal roh Hajar Aswad misalnya , bukan saja dia akan kucup tetapi dia juga akan memeluk Hajar Aswad itu sebab roh Hajar Aswad itu “adalah Dia dan bukan Dia” sekaligus – itu sebabnya hadith menyebutkan bahawa mereka yang mencium Hajar Aswad sebenarnya bersalaman dengan Tangan Allah s.w.t.

Mereka akan melihat banyak pembuktian hadith dalam perjalanan hidup mereka , antaranya melihat malaikat mengajar mereka yang belum khatam al-Quran sewaktu hidupnya , dengan al-Quran di dalam kubur (alam barzakh). Ini selalunya berlaku kepada mereka yang menyesal dan kemudian bersungguh-sungguh untuk menperdalami al-Quran diwaktu tua. Oleh itu , penampakan ini sebenarnya adalah maksud “ Carilah (pelajarilah) ilmu hingga ke liang lahad”. Dia akan selalu terkenang kata-kata azimat gurunya “ orang yang bodoh masuk neraka, orang yang pandai masuk surga” – sebab orang yang bodoh itu malas mencari ilmu sedang orang yang pandai itu rajin dan berusaha bersungguh sungguh mencari ilmu.

Dalam banyak keadaan Nabi-nabi yang datang mengajarinya adalah dari kalangan ulul azmi – mereka jugalah yang menjaga Lathaif-lathaif dalam diri kita. Kadang- kadang tersingkap (ini selalunya berlaku atas keperluan atau permintaan dari seseorang) penampakan samada seseorang itu bercakap bohong atau benar atau dapat melihat penceramah agama yang bercakap dalam TV keadaan sebenar orang itu – sebab cahaya atau zulumat yang keluar dari mulutnya dapat dilihat. Mereka juga memahami bahawa makhluk-makhluk bathil juga adalah ciptaan Allah s.w.t dan selalau meletakkan perlindungan dalam doa “ Aku berlindung dariMu dengan Mu”. Dalam banyak keadaan manusia biasa akan selalu memandang serong terhadap banyak perbuatannya – tapi dia tidak memperdulikan pandangan manusia sebaliknya dia taat terus kepada perintah Tuhannya , sebab dia melihat “kebatinan” sesuatu perbuatan dan tidak menumpukan kepada zahirnya perbuatan itu. Mereka juga akan mengalami mikraj (sebagaimana yang dihurai oleh Imam Qusyairi bahawa Rasulullah s.a.w mengalami mikraj secara ruh 33 kali sebelum mikraj dengan jasad dan ruh) secara ruh selain daripada mikraj ketika solat ( ke Sidratul Muntaha atau bawah Arsy).Dia akan diajari oleh gurunya banyak ilmu yang tidak tertulis dalam kitab atau buku yang merupakan sebahagian daripada ilmu asrar (rahsia) yang hanya boleh diajar kepada orang yang layak – dalam kes ini seseorang sufi itu diberi penempatan khawas oleh gurunya untuk seterusnya mencapai maqam khawasul khawass. Keadaannya adalah seperti yang disebut dalam al-Quran “ Masing-masing kelompok tempat minumnya sendiri “ (Al Baqarah 2 ayat 260) , sedang gurunya seperti Rasulullah s.a.w akan mengatakan “ Aku hanya seorang manusia biasa seperti kamu” ( Al Kahfi 18 ayat 110). Kekusyukan dalam setiap ibadatnya (khasnya solat dan zikir) sangat penting baginya agar dia tidak melanggar perintah Allah agar tidak mengingat (menempatkan) yang lain seperti yang difirmankan dalam surah Al jinn 72 ayat 18. Dia selalu mengingati pesan Allah sw.t bahawa syaitan adalah musuhnya – dan syaitan itu diperanginya dengan bersungguh-sungguh (dengan jihad) . Pada musuh dari kalangan manusia dia akan berdoa “ Wahai Allah , banyakkanlah hartanya dan anak-anaknya” sebab pasti dengan dua ujian ini musuhnya akan binasa.

Zikirnya ahli Sufi sangat berbeza dengan zikir orang awam. “ Dan ingatlah Tuhanmu di saat kamu lupa” ( Al Kahfi 18 :24) – iaitu dia berzikir dengan memfana’kan diri (lupa diri) iaitu balik kepada kejadian awal diri manusia seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t “ Bukankah telah datang kepada manusia waktu dari kehidupannya , ketika ia bahkan belum boleh disebut” ( Surah 76 ayat 1). Banyak juga hikmah yang dia dapatkan dan salurkan kepada orang ramai (khasnya rakan-rakan dan orang yang berdekatan dengannya ) contohnya , dia anjurkan :

    Guna surah-surah pendek (Juz Amma) dalam al Quran sebagai mas kahwin walaupun sudah ada wang dan hadiah disertakan dalam sesuatu pernikahan.
    Menasihati orang lain untuk bersabar dan bersyukur – dia memahami hakikat ketunggalan (sebatang karanya ) manusia- sebenarnya kekasih Adam a.s adalah Allah s.w.t bukan Hawa a.s , sebab Hawa itu datang dari dirinya Adam (tulang rusuknya). Begitu juga , seseorang suami atau isteri berfikir isteri atau suaminya itu kekasihnya , tetapi cuba renungkan – ibubapa mertua juga adalah ibu dan bapa kita. Oleh itu dari satu segi isteri atau suami kita itu “adik beradik” kita – jadi , kesimpulannya Allah s.w.t jualah Kekasih kita sebab suami atau isteri hanya “adik beradik”.
    Pada pandangan mereka manusia semua sama (baik Islam atau kafir) dan tidak membeza-bezakan mereka ( sebab yang Islam hari ini mungkin murtad esok atau yang kafir hari ini mungkin jadi islam esok). Binatang-binatang seperti kucing , burung dan lain-lain suka mengusapkan badan kepada ahli Sufi untuk mengambil cahaya dan keberkatannya.

Sunday, June 3, 2012

Latar Belakang Perjalanan Sufi



Dalam menjalani sebuah kehidupan kita sering kali tersasar dari landasan yang telah digariskan oleh Islam....kesedaran tentang kesilapan yang kita lakukan merupakan hidayah dari Allah yang amat bernilai dan tak tergambar nikmatnya...beruntunglah orang-orang  yang sentiasa mendapat naungan dan rahmat dari Ilahi.....oleh itu sewajarnya kita menjadikan perjalanan hidup para wali Allah sebagai panduan hidup........


Latarbelakang

Seorang Sufi biasanya dia tidak mengaku dirinya Sufi. Yang pasti , seseorang yang tidak dibimbing oleh seorang atau lebih Nabi a.s tidak selayaknya menganggap dirinya Sufi. Terkadang , mereka yang sampai ke maqam yang tiada maqam pun hanya mengaku dirinya salik (pemula jalan kesufian). Mereka yang dibimbing sampai ke maqam yang tiada maqam tentunya diajari oleh Allah s.w.t sendiri.

Perjalanan Hidup Ahli Sufi

Selalunya mereka akan melalui inisiasi (initiation) contohnya pada awal perjalanan mereka akan bermimpi musyafahah ( bersalam) dengan ummahatul mukminin Saidatina Aisyah ( dalam kes Sh. Abdul Qadir Jilani rah. beliau bermimpi menyusu ( sebagai seorang bayi) dengan Saidatina Aishah r.anha) . Dalam perjalanan peningkatan maqam , mereka akan dihadiahkan khirqah atau jubah oleh guru mursyid mereka – dalam kes Sh. Al-Busiri ( pengarang Selawat Burdah) beliau bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w langsung diberi hadiah sehelai burdah kepadanya. Mereka diajari oleh Allah s.w.t untuk mengamalkan zikir dan wirid berdasarkan pemerhatian (pembukaan) yang telah ditunjuki oleh Allah s.w.t , contohnya mereka akan melihat jasad mereka yang sedang sakaratul maut memberi salam “ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ilayaumilkiyamah” ( kaki kanan beri salam kepada kaki kiri , tangan kanan memberi salam kepada tangan kiri dan seterusnya) – maka , mereka pun menggunakan salam ini kepada orang-orang yang dikasihi mereka.

Allah s.w.t akan memberi nama rahsia kepada mereka sebab nama yang diberikan oleh ibubapa mereka tidak menepati kehendak Allah s.w.t atau mungkin Allah sengaja ingin merahsiakan nama mereka dikalangan manusia sendiri. Ini dibuktikan dengan pelbagai riwayat dimana nama para anbiya’ termasuk nama Rasulullah s.a.w sendiri diberi oleh Allah s.w.t melalui mimpi . Dikalangan sahabat nama Saidina Ali kar. juga diberi oleh Allah s.w.t kepada ibunya melalui mimpi. Dalam perjalanan hidupnya mereka akan mengalami mikraj – seperti Nabi s.a.w sebab perkara ini adalah sunnah . Ada beberapa mod mikraj : satu mikraj dalam mimpi , satu lagi ketika melaksanakan solat (selalunya akan berada di Sidratul Muntaha ) dan satu lagi ketika melakukan zikir atau dalam keadaan pengsan sebab rindu-dendam kepada Allah s.w.t ( selalunya ke bawah Arsy ). Isra’ pula selalunya dilaksanakan ketika solat juga iaitu menghantar roh memasuki Kaabah .

Seseorang ahli Sufi itu akan mencapai haqqul yakin sebab Allah s.w.t memberi peluang untuk dia melihat surga, neraka , Sidratul Muntaha ( dan melihat penempatannya di situ) titian syirat dan lain-lain. Sebahagian besar menyingkapan ini berlaku ketika ahli Sufi ini melakukan zikir atau puji-pujian kepada Allah atau ketika membaca Selawat , samada diiringi oleh para malaikat , dibawa oleh Nabi s.a.w atau para sahabat baginda dan para wali qutub. Dia akan dibimbing oleh gurunya untuk melaksanakan solat daim ( sentiasa membawa zikir ) dan duduk dalam keadaan sentiasa fana’ atau lebih tinggi lagi fana’ baqa’ billah. Dia tahu kedudukan menginati Allah s.w.t diwaktu pagi dan diwaktu petang sebab dia dapat meletakkan kepentingan itu untuk melihat wajah Allah (masimum dua kali dalam sehari ) disruga nanti. Dia dapat menyelami keadaan mengapa jika kita buat satu bulatan ( contohnya ketika bertahlil atau membaca Yasin) tidak dibenarkan seseorang duduk di dalam bulatan itu- apa yang ada di tengah bulatan itu dapat dilihatnya.

Thursday, May 31, 2012

Rungkaikan Hijab.....



Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

Wednesday, May 30, 2012



KENALI DIRI....




 Kalam hukama' - Man 'arafa nafsahu, 'arafa rabbahu, faqad 'arafa rabbahu, fasadal jasadu..maksudnya Barangsiapa mengenal dirinya, kenallah Tuhannya, apabila kenal Tuhannya, binasa jasadnya...

Jika kita mahu memahami ayat di atas secara lafzi semata-mata, rasanya sukar difaham. Untuk mudah memahaminya kita buka sedikit dari maksud ayat ini...

Saidina Ali ra pernah mengatakan: Aku menyembah Allah yang aku nampak...Pada sisi aliran fekah serta aliran orang yang mahu memahami satu-satu ucapan atau perkataan secara lafzi semata-mata (termasuklah ayat-ayat Al Quran dan hadis-hadis bukan hanya kata-kata hikmah tertentu sahaja), mana boleh kan? Nampak Allah yang disembah sebab Allah tu laisa kamitslihi syai'un, ertinya Allah itu tidak sama dengan segala sesuatu. Tetapi ulama' ilmu ketuhanan, tarikat, tasauf dan kerohanian menerima perkataan-perkataan ini dengan huraian ilmu dan kefahaman mereka. Ada lagi satu hadis sahih yang berkaitan, iaitu tentang ihsan, engkau menyembah Allah seolah-olah engkau nampak Allah, jika tak dapat, engkau yakinlah menyembah Allah seolah-olah Allah nampak engkau.

Yakin tu rasa yang ada di dalam hati. Saidina Ali ra melihat Allah dari matahatinya. Saidina Ali juga terkenal kisahnya tentang solat yang khusyuk. Al kisahnya, Saidina Ali terkena panah, apabila hendak mencabut anak panahnya keluar semasa keadaan biasa, terasa sakitnya. Lalu Saidina Ali ra mengatakan cabutlah anak panah itu ketika aku solat...Itulah keadaannya ihsan..Itulah maksud Saidina Ali ra yang mengatakan Aku menyembah Allah yang aku nampak. Itulah maksud kata-kata hikmah - Man 'arafa nafsahu, 'arafa rabbahu, faqad 'arafa rabbahu, fasadal jasadu..maksudnya Barangsiapa mengenal dirinya, kenallah Tuhannya, apabila kenal Tuhannya, binasa jasadnya. Jasad Saidina Ali seolah-olah binasa, tiada rasa sakit, tiada kesedaran sewaktu anak panah dicabut dari tubuhnya..Itulah maksud khusyuk dalam solat..Tentang khusyuk ni pun banyak juga huraian dan pendapat ulama', halaqian boleh membacanya dalam Ihya' Ulumuddin, Imam Al Ghazali rh..

Ulama' yang 'arif ilmu ketuhanan, sesetengah orang memanggil 'arifbillah, menghuraikan kalimah ismuz zat, lafaz jalalah Alif Lam Lam Ha "ALLAH" itu lebih mendetail. ZatNya, sifatNya, asmakNya dan af'alNya. Jadi dalam maksud perkataan Saidina Ali serta hadis ihsan itu, ulama' menghuraikan lagi maksud dan ertinya...Allah yang mana yang dimaksudkan oleh Nabi saw dan Saidina Ali itu?......Huraian tentang solat juga diperdalami dengan lebih mendetail dari sudut keilmuan tetapi rukun dan syarat sama sekali tak boleh diabaikan...rukun dan syarat itu diperincikan lagi ilmu dan kefahamannya....umpama nak makan kuih, supaya kuih lebih halus dan sedap terasa kelazatannya, lalu digali ilmu pembuatan kuih itu supaya kuih lebih berkualiti..Huraian tentang solat juga diperdalami dengan lebih mendetail dari sudut keilmuan tetapi rukun dan syarat sama sekali tak boleh diabaikan...rukun dan syarat itu diperincikan lagi ilmu dan kefahamannya....umpama nak makan kuih, supaya kuih lebih halus dan sedap terasa kelazatannya, lalu digali ilmu pembuatan kuih itu supaya kuih lebih berkualiti..

Terima Kasih....Ya Allah...


Kerana kau Kekasih 

Bermunajat di sepertiga malam

Memohon wangi bunga di kaki syurga

Bagi menyerikan perasaan

Bagi mendewasakan percintaan

Terima kasih

Kerana merantai ku dengan cinta

Kerana mengajar ku erti bahagia

Menjadi manusia

Friday, May 25, 2012

Anwar Suran Post: Gambar Pintu Ke 'Neraka'

Anwar Suran Post: Gambar Pintu Ke 'Neraka': Gambar Pintu ke 'Neraka' Untuk makluman pembaca sekalian, pintu ke 'neraka' yang dimaksudkan penulis adalah gelaran terhadap kawah y...

Anwar Suran Post: 9 Tenaga Dorongan Dalam Tubuh Manusia

Anwar Suran Post: 9 Tenaga Dorongan Dalam Tubuh Manusia: Berita Alam Ghaib 10: 9 Tenaga Dorongan Dalam Tubuh Manusia Sambungan dari entri: 4 Unsur Dalam Tubuh Manusia (sila klik jika be...

Anwar Suran Post: Dimanakah Roh Orang Yang Telah Mati?

Anwar Suran Post: Dimanakah Roh Orang Yang Telah Mati?: Berita Alam Ghaib 18: Dimanakah Roh Orang Yang Telah Mati ? Sambungan dari entri: Berita Alam Ghaib 17 (sila klik jika belum mem...

Sunday, January 22, 2012

Fikir-Fikirkan.....

SAHABAT SEKALIAN.. BACALAH!!! SEBARKANLAH PADA SEMUA UMAT MUHAMMAD AKHIR ZAMAN I...NI.. CARILAH KEBENARAN MENGENAI HAL INI.. RUJUKLAH PADA ULAMA'2.. TANYALAH PADA GURU2 MURSYID.. SESUNGGUHNYA KITA HAMBA YANG LEMAH DAN JAHIL...

PESAN BAGINDA S.A.W..SAMPAIKAN PESANAN KU WALAU SATU AYAT.
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.
Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.
( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.
Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian.Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.