Sunday, November 20, 2011

Mencintaimu Dalam Diam...............



Cukup cintai dalam diam,
Bukan kerana membenci hadirnya,
Tetapi menjaga kesuciannya,
... Bukan kerana menghindari dunia,
Tetapi meraih syurga-NYA,
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya,
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.
Cukup cintai dari kejauhan
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
Menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi?
“... boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
Kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
Nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
Gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
Kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dengan cara-Nya yang tersendiri.
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

Thursday, October 20, 2011

Yang Tersirat....................





Ada seorang anak muda ini telah pulang ke Malaysia setelah sekian lama ke luar negara.Apabila dia pulang,dia meminta ibu bapanya mencari seorang ulama' atau profesor yang dapat membantunya menjawab 3 soalan yg menganggu fikirannyaAnak muda :Siapa anda?Adakah anda dapat menjawab soalan saya?Ulama' :Saya salah seorang hamba Allah dan insyaAllah saya bolehmenjawab soalan anda.Anak muda :Anda pasti?Saya dah jumpa banyak profesor dan mereka tidak dpt menjawab soalan saya.Ulama' :Saya akan cuba sebaik mungkin dengan bantuan AllahAnak muda :Saya ada 3 soalan :


1)ADAKAH ALLAH WUJUD?

2)APA ITU TAKDIR?

3)JIKA SYAITAN DIBUAT DRP API,MENGAPA AKHIR SEKALI DIA AKAN DILEMPARKAN KE DALAM NERAKA YG JUGA DIBUAT DRP API.SUDAH PASTI TIDAK AKAN MENYAKITKAN DIA KERANA SYAITAN DAN NERAKA SAMA2DIBUAT DRP API?~


Tiba2 ulama' itu menampar pipi anak muda itu dengan kuat~Anak muda :(dlm kesakitan)Hei,mengapa anda marahkan saya?Ulama' :Saya tidak marah.Tamparan tadi adalah jawapan saya kepada 3 soalan anda tadi.Anak muda :Saya tidak faham.Ulama' :Apa yg anda rasa selepas saya menampar anda tadi?Anak muda :Sudah pasti saya merasa kesakitan.Ulama' :Jadi,anda percaya yg kesakitan itu wujud?Tunjukkan bagaimana rupa kesakitan itu?Anak muda :Saya tak boleh.Ulama' :Itulah jawapan saya pada soalan anda yg pertama.Setiap drp kita dpt merasakan kewujudan Allah tanpa kita dpt melihat rupaNya.Adakah malam tadi anda bermimpi anda akan ditampar oleh saya? Anak muda :TidakUlama' :Adakah anda terfikir yg anda akan mendpt tamparan drp saya?Anak muda :TidakUlama' :Itulah 'TAKDIR'.Saya menggunakan tangan saya utk tampar andatadi,drapa tangan saya dibuat?Anak muda :KulitUlama' :Bagaimana dengan muka anda?Anak muda :Drp kulit jugaUlama' :Bagaimana anda rasa selepas ditampar oleh saya? Anak muda :KesakitanUlama' :Walaupun syaitan dan neraka sama2 dibuat drp api,kalau Allahkehendaki ,InsyaAllah neraka itu adalah tempat paling sakit untuk syaitan.

Siapakah kita.....



Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa mepmbaca pos iini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Mencari Cinta Allah.....



"Kita selalu mengucapkan cinta kepada ALLAH. Tetapi pernah tak kita terfikir, adakah ALLAH juga cinta kepada kita?"kata-kata suami di suatu petang, cukup menyentak jiwa ini.
Kuat!
Saya terdiam tidak membalas. Merenung-renung kebenaran dari bicaranya. Bukan tidak pernah terfikir, cuma selalu terlupa.
Berapa ramai manusia yang mengharap dirinya jatuh cinta, lalu setelah merasakan dirinya dicintai, membalas pula huluran kasih itu dengan cinta yang serupa. Maka jadilah mereka dua insan bercinta, saling kasih mengasihi.
Alangkah indahnya kala cinta bersemi, lebih indah bila kasih yang diberi berbalas cinta sejati.
Sebaliknya, bila cinta tidak dihirau, kasih dipandang sepi, bagai bertepuk sebelah tangan, kesakitan yang menjalar dari itu umpama menghulur sebungkus hadiah, tetapi akhirnya ia ‘mendarat’ di tempat sampah.
Sungguh pedih dan menyakitkan perasaan!
CINTA ALLAH
Namun, itu adalah tamsilan cinta sesama manusia. Tentu sahaja interpretasinya tidak sama dan sangat jauh berbeza dengan cinta kepada ALLAH Yang Maha Mencipta.
Kerana, cinta ILAHI bukan sebagaimana cinta Romeo terhadap Juliet, yang berpenghujung dengan kematiannya.
Cinta ILAHI bukan laksana cinta penuh rindu dendam dari Qais kepada Laila, sehingga hidupnya berpanjangan derita siang dan malam.
Juga, cinta ILAHI bukan umpama luahan cinta seorang jejaka kepada gadis yang diidam-idamkannya, sehingga ketika penolakan yang diterima, maka mengalirlah airmata dan hancurlah jiwa.
Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Kaya. Maha suci DIA dari segala kekurangan cinta yang ada pada cinta manusia.
Andai cinta manusia banyak berakhir dengan kehancuran, rindu sesama mereka berisi kedukaan dan penderitaan, kasih yang diharapkan hanya berbalas curahan airmata dan menghancurkan jiwa, maka cinta ALLAH adalah sebalik dari semua itu.
Cinta ALLAH pasti berakhir dengan kebahagiaan.
Menyintai dan merindui-NYA berisi ketenangan dan kedamaian.
Rasa kasih kepada-NYA, walau masih mengalirkan airmata tetapi ia menghidupkan jiwa seumpama air hujan menyirami pepohonan.
Akan tetapi, berapa ramaikah yang mengambil berat akan ungkapan cinta kepada-NYA beriring rasa khuatir dan bimbang, akan berbalaskah lontaran cinta mereka kepada-NYA?

Thursday, September 22, 2011

Bersangka Baik Dengan Allah

Kehidupan tak seindah impian....kalau boleh kita memang inginkan sebuah kehidupan yang sempurna....tetapi apa jua yang berlaku dalam hidup kita...adalah ketentuan yang terbaik dari Allah untuk kita...kadang kala kita begitu sedih dengan apa yang berlaku dalam hidup kita tanpa kita sedari...kita seolah-olah tidak redha nasib yang menimpa diri kita...

Setiap kejadian Allah...ada lawannya...ada pasangannya...ada langit di situ ada bumi....ada lelaki pasangannya perempuan..bahagia pasangannya derita....hari ini kita kecewa, nikmat kegembiraan menunggu di penghujungnya...sihat yang kita rasai, akan menjelma jua kesakitan di saat usia menginjak tua....begitulah lumrah kehidupan..

Mengapalah begitu runsing dengan sedikit cubaan yang Allah turunkan pada kita, sedangkan sudah begitu lama kita menikmati kesenangan dalam hidup kita....adakah kita pernah menghitung setiap nikmat yang dapat sepanjang hidup kita hinggakah kita mudah sekali mempersoalkan mengapa Allah berikan dugaan, cubaan dan kedukaan ini...ketahuilah sedikit ujian itu bukan sekadar untuk memberi sedikit peringatan kepada kita sebaliknya menguji sejauhmana kita benar-benar ikhlas terhadap Allah...moga dengan ada cubaan yang mendatang kita menjadi lebih dekat dengan Allah dan lebih mengharapkan pengampunan dari Ilahi.

Mengapa pandangan kita hanya ke atas semata...melihat kelebihan, keseronokan, kegembiraan dan berbagai nikmat yang diraih orang lain... begitu sukar untuk menjatuhkan pandangan kita buat mereka yang jauh lebih malang dan tidak sehebat diri kita....kita merasakan diri kita amat tidak bernasib baik berbanding mereka yang mendapat apa jua yang mereka inginkan....jika kita sering melihat ke bawah...ketahuilah betapa masih ramai insan lebih malang dari kita.. ingatlah apa yang terjadi...apa yang tersurat...adalah kehendakNya jua...dan untuk kebaikan kita di hari muka..

Bersangka baiklah dengan Allah....hanya ini sahaja caranya....hati kita akan menjadi begitu tenang...jauh sekali kita berjauh hati dengan takdir hidup kita....kesusahan....kesakitan...penderitaan...kekecewaan yang kita tanggung hari ini..buahnya kebahagiaan yang kekal abadi di sana nanti...asalkan kita redha dan ikhlas menerimanya....

Friday, August 5, 2011

Selamat Datang Ramadhan



Ahlan Wasahlan Ya Marhaban...Ramadhan Kareem....bulan penuh kemuliaan dan keberkatan...bulan yang ditunggu oleh seluruh umat Islam seluruh dunia....apa yang diharapkan ramadhan kali ini dipenuhi dengan amalan yang dipandang dan diterima oleh Allah...bukan hanya sekadar amalan sementara....apa yang penting...tarbiah di bulan ramadhan mampu mendidik jiwa kita untuk mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah.

Pesta Ibadah....itu yang selalu di sebut..sana sini ....masjid penuh dengan jemaah tidak kira lelaki atau perempuan...seronok melihat ibubapa mengusung anak-anak kecil bersama-sama mengimarahkan masjid..meskipun hanya sekadar duduk di belakang dan berlari-lari di sekitar masjid....itulah indahnya di bulan ramadhan...masing-masing berebut-berebut untuk melakukan amalan dan menambah amalan-amalan sunat.

Tapi terfikirkah oleh kita...adakah ibadah yang kita lakukan itu benar-benar memenuhi piawaian dan mendapat tempat di sisi Allah.. apa yang menjadi amalan hari ini...kita tidak menilai kualiti ibadah kita tetapi lebih tertumpu kepada kuantiti......

Moga ramadhan kali ini dapat mendidik jiwa kita untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah dan ibadah yang dilakukan sepanjang bulan ramadhan menjadi rutin harian dan kita beristiqamah di hari-hari yang mendatang....

Wednesday, July 20, 2011

Sigma - Istikharah Cinta + Lirik Lagu



Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalan sejadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggil ku
Memohon Petunjuk Mu
Satu nama teman setia
Naluri ku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafas ku
Dalam Mahabbah Rindu

Di istikharah cinta.......

Saturday, July 16, 2011

Monolog Diri.......



Sudah sekian lama aku tidak duduk sendirian..bermonolog, mendengar bicara hati.....sayu amat hati...kenapa tiba-tiba hari-hari yang perlu ku lalui penuh tabah ini menjadi kosong dan hambar sekali....Ya Allah...perasaan apakah yang melanda diri ini..hingga minda ini tak mampu lagi untuk berfikir sewarasnya....hingga mata ini tidak mampu lagi untuk melihat jelas lantaran dikaburi mutiara jernih yang tak berhenti berkolam....hingga hati menjadi zulmat....
Ya Allah keterlanjuran apakah yang tidak ku sedari ini....pasti berat benar..entah masih ada ruang keampunan untukku?..ku mengerti Ya Khaliq...ia suatu ujian dariMu untuk ku yang lemah ini..agar aku lebih menginsafi diri...lebih mengangatiMu walau di mana jua kaki ini melangkah dan berpijak...semua milikMu yang abadi...aku hanya menumpang dengan iradahMu jua...

Ya Allah aku selalu lalai, alpa dengan makrufMu.....asyik dengan dunia yang penuh dengan kemungkaran dan kebatilan...Ya Rahman...dosaku menggunung tinggi...tapi taubatku...dapatku hitung dengan jari....namun...apakah taubatku padaKu sehabis ikhlas ...atau sekadar mainan dibibirku yang penuh kepalsuan....ku bazir air mata penyesalan di malam yang kudus dan penuh hening......
Ya Ghoffur.....mengapa hati kecil ini seringkali mempersoalkan segala takdir yang tersurat...isikan semula Ya Rahim....hatiku dengan maghfirahMu...dengan kekuatan untuk aku kembali bangun...mencari semula hatiku yang hilang di kegelapan malam dalam mencari redhaMu di setiap amalanku yang terlalu sedikit buatMu....dalam setiap butir bicaraku...dalam setiap airmata yang mengalir dihujung penyesalanku.....

Ya Allah...hanya dikau yang mampu mengerti apa yang terbuku, tersirat di sudut kalbu....hanya dikau yang memahami kenapa aku begini....sedang aku pemilik hati ini...gagal untuk mengeksplorasi apakah sebenarnya yang terpenjara penjuru hati ini....
Temukan aku...Ya Rahman...dengan fitrah kebenaran...jadikan diriku ini antara hambaMu yang tabah dalam mengharumgi onak duri hidup ini...sesungguhnya aku sendiri tidak tahu dimana aku sebenarnya.....dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman...

Wahai diri...bangkitlah....teruskan mujahadahmu dalam mendidik nafsumu yang masih liar dan penuh dengan mazmumah...usahakanlah untuk menjadi hamba yang taat agar dirimu kelak berada di taman-taman syurga yang menjadi idaman setiap insan......ayuhlah wahai diri....jangan berlengah lagi, selagi nadi masih berdenyut dan boleh bernafas dan selagi belum terlambat........

Bicara Cinta

Abdullah bin Amr meriwayatkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda. " mahukah kalian ku khabarkan siapakah di antara kalian yang paling ku cintai dan yang paling dekat denganku di hari kiamat ?.....soalan itu diulang Rasulullah s.a.w. sebanyak dua tiga kali.... Para sahabat menjawab. " Ya ...kami mahu ya Rasulullah "...kemudian baginda menegaskan.." Yang terbaik budi pekertinya di antara kalian "..
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi."...kemuliaan seorang mukmin terletak pada penghayatan agamanya, harga dirinya terletak pada kecerdasan akal fikirannya dan kehormatannya terletak pada kebaikan budi pekertinya"...tegas baginda seterusnya..." beruntunglah orang yang telah mengikhlaskan hatinya untuk iman dan dengan keimanan itu hatinya menjadi sihat, lidahnya menjadi benar, jiwanya menjadi tenang dan budi pekertinya menjadi lurus...."
Benar sekali bicara junjungan .....CINTA itu sangat sukar dicari dan diperolehi. Bagi sesiapa yang mendambakan cinta Ilahi...dialah bakal menjadi kekasih junjungan, bertemu dan berdamping dengan baginda s.a.w. di syurga Jannatunnaim...Wallahu a'lam...

Sunday, July 10, 2011

Mendidik Emosi...




Terimalah kenyataan...bahawa umumnya wanita lebih emosi berbanding lelaki... Ya...itulah hakikatnya...wanita lebih beremosi dari lelaki...Fakta ini sepatutnya mampu meredakan lelaki berdepan dengan karenah wanita...tak kiralah wanita itu bergelar isteri ke..atau pelajar..pekerja..pentadbir atau apa-apa aje...

Kalau si isteri yang beremosi...sebagai suami perlulah membelai perasaannya..ia bukan sekadar membelai tapi mendidik perasaannya....umum tentu sudah mengerti...perasaan ini ada yang positif dan ada yang negatif...yang positif ditingkatkan dan yang negatif..nak dikawal.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud " Kamu nasihatilah kaum wanita itu dengan baik, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok...dan tulang yang paling bengkok ialah yang paling di atasnya..maka jika engkau paksa untuk meluruskannya...patahlah ia...dan jika engkau biarkan sahaja..tentu selama-lamanya ia bengkok...oleh kerana itu...berbuat baiklah terhadap para wanita..."

Merajuk Pada Yang Kasih




Ingat pada Allah merupakan ibu segala ketenangan.....percayalah...bila hati terhubung dengan Allah...akan besarlah jiwa dan tinggilah cita-cita...sekaligus akan kecillah segala permasalahan dan kesusahan.

Selagi bernama manusia...kita tak akan terlepas dari ujian Allah...semakin kita dekat dengan Allah semakin banyak ujian yang menimpa...tak apalah kan ...itu semuanya untuk menguji sejauh mana kita ikhlas dengan Allah...kita hidup di dunia ni pun dengan ihsan dan iradah Allah...jadi pasrah ajelah apa jua rintangan yang mendatang....


Jika kita nak hitung segala nikmat kurniaan Allah yang telah kita guna pakai setiap hari...memang tidak terbalas dek kita...terlalu sedikit yang kita beri pada Allah berbanding apa yang kita dapat....dalam pada tu pun kita masih tak segan silu .....meminta dan terus meminta pada ilahi sedangkan amalan kita macam tu juga....tak juga bertambah-tambah...kadang-kadang malu rasa dengan diri sendiri..

Saturday, May 28, 2011

Kenapa Nafsu Degil

Dalam kitab karangan Usman bin Hassan bin Ahmad ada menceritakan Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, " wahai akal ..mengadaplah engkau, aku ingin tahu darimu siapakah Aku ini dan siapa pula engkau ?...

Lalu akal pun menjawab...Engkau adalah tuhan yang menjadikan aku dan aku adalah hambamu yang lemah. " ...Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang mengadap, tetapi nafsu hanya mendiamkan diri, begitulah sehingga tiga kali ianya dipanggil barulah ia datang mengadap. Allah berfirman padanya. " Siapakah engkau dan siapakah Aku ?....

Jawab nafsu, " Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku. " ....Allah lalu menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian Allah mengeluarkannya semula untuk disoal..Allah menyoal lagi, " siapakah engkau dan siapakah Aku?, jawab nafsu, " aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau," ...lalu Allah memasukkannya ke dalam neraka juu' pula selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya untuk disoal.

Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya. Katanya, " aku adalah hambamu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Kaya."

Saturday, May 7, 2011

Pengorbanan Ibu............

Wahai wanita yang berpeluang menjadi ibu....bertuahnya anda......


Apa saja yang dijadikan Allah di dunia ini mempunyai sebab dan musabab, maka begitulah juga dengan kelahiran manusia iaitu dengan perkahwinan lelaki dan wanita itu menjadikan umat di dunia ini berkembang biak.

Tumbuh-tumbuhan tidak berhenti-henti tumbuh dan berubah, binatang sentiasa berkembang biak, air sungai terus menerus mengalir, air laut tidak pernah berkurangan, ikan-ikan di laut semakin banyak dan lain-lain lagi kebesaran dan kejadian yang dianugerahkan oleh Allah.

Inilah yang dijanjikan oleh Allah bahawa manusia yang dijadikan oleh Allah dilengkapi dengan rezekinya. Oleh kerana memelihara dan membesarkan manusia kecil itu, bukanlah satu perkara yang mudah, maka Allah telah melengkapkan kaum wanita dengan perasaan kasih sayang yang berlebihan sehingga tubuh yang lemah dan halus itu sanggup memberi pengorbanan yang tidak ternilai harganya.

Dengan perisai kasih sayang itu wanita sanggup menempuh penderitaan dalam masa mengandung, berani menggadai nyawa ketika melahirkan anak. Bersusah payah mengasuh dan mendidik sehingga anak-anak mereka menjadi insan yang sempurna.

Walaupun pengorbanan wanita itu penuh dengan kerelaan tanpa mengharap balasan dari anak-anak mereka, tetapi Allah sangat mengambil berat dan menghargai pengorbanan itu dengan perintah supaya anak-anak tidak menderhakai ibunya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Pada suatu masa datang sorang lelaki pada Rasulullah lalu bertanya, " Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang ibu, saya dukung dia dibelakangku, tidak pernah saya bermasam muka padanya. Saya serahkan kepadanya hasil pendapatanku, Sudahkan saya membalas jasanya.". Jawab Rasulullah: " Tidak, walaupun satu nafas panjangnya, Orang itu bertanya: " Mengapa ? Rasulullah bersabda, " kerana ibumu memeliharamu, dia suka engkau panjang umur, sedangkan engkau memeliharanya, padahal engkau suka dia lekas mati."

Itulah penghargaan yang diberikan kepada kaum ibu, kerana kerelaan mereka memikul akibat kasih sayang yang dikurniakan Allah kepada mereka bagi mengekalkan perkembangan umat manusia.

Tugas wanita yang paling berat ialah dalam membentuk peribadi anak-anak sehingga menjadi manusia bernilai tinggi, berbudi, berpengetahuan dan beragama. Ibu adalah guru terawal kepada anak-anak, sebagai seorang wanita dan ibu anda adalah contoh yang terbaik kepada anak-anak..................

Antara Keluhan Dan Kesabaran...............

Untuk renungan bersama...............

Semasa Abu Hassan mengerjakan ibadah haji, tiba-tiba ia terpandang pada seorang wanita yang berseri wajahnya lalu dia berkata, " Demi Allah, aku tidak pernah melihat wanita yang berseri wajahnya sebelum ini, tentu kamu tidak pernah menghadapi sebarang masalah."

Mendengarkan demikian, lalu wanita itu menjawab, " Apa yang kamu katakan itu tidak benar, aku sendiri sedang menanggung penderitaan yang amat sangat dan dalam masalah ini, tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan." " Bagaimana boleh terjadi demikian, " Tanya Abu Hassan, jawab wanita itu, " Suatu hari, suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan oleh keempat-empat anakku.

Seorang telah berkahwin, dua masih kanak-kanak dan yang bongsunya masih menyusu. Berkatalah anakku yang tengah kepada adiknya, " kamu ingin tahu bagaimana ayah kita menyembelih kambing, " si adik pun mengangguk. maka ditelentangkan adiknya lalu disembelih.

Melihatkan darah yang mengalir, dia menjadi takut lalu lari ke dalam hutan. Akhirnya dia dimakan oleh serigala di sana. Suamiku yang pergi mencarinya di hutan turut meninggal kerana kehausan. Aku pun keluar dari rumah untuk mencari suamiku dengan meninggalkan anak kecil.

Anak itupun merangkak ke dapur lalu ditariknya periuk nasi yang sedang mendidih maka tersimbahlah air panas ke badannya lalu mati di situ.

" Berita ini sampai kepada anakku yang tua, kerana terkejut dia jatuh pengsan lalu mati. Kini tinggallah aku sebatang kara. Soal Hassan lagi, " Bagaimana kamu boleh bersabar dengan ujian yang amat hebat ini?". Jawab wanita ini, " sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza.

Sabar ialah dengan memperbaiki batiniah, membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana Allah. Adapun mengeluh adalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada Allah kerana dia tidak dapat menerima sesuatu itu sebagai takdir untuknya....

Thursday, May 5, 2011

Kuih Lapis Pandan

Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung beras

2 sudu besar tepung jagung

3/4 cawan gula

3 cawan santan

1 sudu kecil garam


Bahan B

1/2 cawan jus pandan

sedikit pewarna hujau

1/2 cawan air
Caranya

Gaulkan kesemua bahan A ( bahagikan kepada 2 bahagian )

Masukkan jus pandan dan pewarna dan sebahagian bancuhan A

Tambahkan 1/2 cawan air lagi untuk bahagian A yang berwarna putih untuk diseimbangkan dengan kecairan bahan hijau.

Panaskan pengukus dan laserkan sedikit minyak ke dalam loyang.

Kukuslah selapis demi selapis sehingga masak.

Tuesday, May 3, 2011

Talam Keladi

Bahan Lapisan Bawah

Tepung jagung 65 gram dengan sedikit garam
Santan 300 ml
Gaulkan dan masukkan keladi yang dipotong ( telah direbus )

Bahan Lapisan Atas
2 camca besar tepung beras
Sedikit tepung kastad
Gula secukup rasa
Telur 1 biji
Santan
Sedikit pewarna keladi

Cara-cara:

Masukkan tepung ke dalam santan sedikit demi sedikit agar tidak berketul.
kemudian masukkan bahan yang siap digaul ke dalam loyang dan susun keladi yang telah direbus .
Kukus hingga masak.

Untuk lapisan atas.....
Gaulkan semua bahan kemudian ditapis.
Kemudian masukkan di dalam lapisan bawah tadi dan kukus hingga masak.